Thursday, September 30, 2010

Rumah Terbuka TRC 2010



29hb September 2010 (Rabu), adalah hari Rumah Terbuka TRC yang diadakan di rumah Dato' Sri Sufri. Tahun ni tak buat kat ofis macam tahun-tahun sebelum ni. Macam tahun lepas, buat kat ofis baru punya grand gila. Lagipun nak memperkenalkan ofis baru TRC.

Tahun ni memandangkan Dato' Sri pun rumah baru, so tahun ni buat kat rumah Dato' Sri. So jemputan tak ramai sangat macam sebelum ni. Kalau dulu-dulu adalah gak 5 ribu jemputan. Tahun ni kurang sikit dari 1000 jemputan. Takpe, janji Open House TRC gak kan. (Kali ni buat waktu kerja, selalunya hari Sabtu. Kalau buat hari Sabtu lagi ramai jemputan datang kot)

Memang tahun ni agak proper sikit jemputan memandangkan semua jemputan datang dari 1 arah iaitu pintu pagar rumah sahaja. Hehehe... So guest book tahun ni memang agak penuh jugak la.

Macam sebelum ni, jemputan masuk dari 360 darjah. Kiri kanan depan belakang orang datang masuk. Yela, sebelum ni buat kat ofis lama, tempat terbuka. Tempat parking kereta depan TRC.

Majlis bermula jam 12, iaitu bacaan Yasin. Selesai bacaan dan doa, baru jamuan makan dimulakan.

Katering tahun ni ada masalah sikit. Tapi memandangkan workers TRC dan committee yang sangat komited, perkara ini dapat diselesaikan dan Alhamdulillah berjalan lancar.

Gambar belum siap lagi. Tapi gambar-gambar yang aku post ni adalah dari FB cameraman Thehitman Nazri. Thanks for the nice picca. Masih lagi menunggu softcopy untuk dihantar ke TRC. Yeay!

Committee Members for Open House TRC...

...and still committee members.

Some of my colleagues.

Raya tahun ni sangat meriah dengan bunga api bagai. Bukan bunga api sebarang, ni stok yang naik ke langit pastu letup warna warni semua. Meriah tau.

Tapi bertambah-tambah meriah bila jemputan yang hadir adalah seperti Y.A. Bhg Tun Musa Hitam, beberapa Dato' lagi (tak bole nak recall pulak) dan semestinya paling meriah bila adanya Dato' Sri Khalid Mohd Jiwa dan isteri Dato' Siti Nurhaliza pun ada.

Kitorang yang committee memang dah tahu mereka akan sampai pukul 6 petang. Sanggup tunggu kat reception sampai la diorang sampai. Konon nak sambut. Pergh, dasat penangan Dato' Siti kan?


Datin Sri, Dato' Siti, Dato' K, Dato' Sri

Sangat rancak berbual.

OMG. Sangat chantek!

Dan ye, sangat kacak.

Sebelum balik, amik la gambar. Best dapat dok seblah. Dan mintak maaf pada Kak Leen sebab hadang muka akak. Sowiiii. :(

Dah masuk kete pun nak snap gak pic.

Masa untuk kitorang pulak snap pic. Dato' Sri maintain je. Hehehe...

Dan lagi...

Selesai majlis. Gambar kenangan dengan Datin Sri.

Dan dengan Dato' Sri. Oh Dato' Aziz kanan sekali. Dan Dato' Richard 4 dari kanan. (Banyak plak Dato' kat TRC ni)

Kesimpulannya. Tahun ni memang superb gile. Meriah. Sangat best. Alaaa.. gambar bunga api takdek. Kalau aku ada kamera sendiri, aku snap semua benda yang ada.




p/s: Nanti bulan 12 anak Dato' Sri kawin pulak. So event tu nanti lebih kurang gini gak. Committee yang sama gak. Jemputan yang lebih kurang sama. And of course Dato' K dan Dato' SN dijemput lagi. Yeaah!

Sunday, September 26, 2010

Rayyan Yang Makin Pandai

Rayyan sekarang dah makin bijak tau. Dah pandai godek handphone ibunya, tukar wallpaper gambar dia. Sabar jela.

Die sebenarnya tekan tekan je, tapi ntah macamane bijak sangat plak sampai boleh tekan ke setting wallpaper. Letak muka die plak tuh. Adoyaii...

Sebelum ni pun penah, hantar sms. Kat kawan aku penah, kat atok die pun penah. Siap bagi no ekor lagi.

Adoi... Rayyan... Rayyan...

Malam semalam beraya rumah sedara. Rayyan kan sekarang dah lasak. Asyik nak merayap je ntah ke mana mana. Capai tu, capai ni.

So nak dijadikan cerita, my SIL (Kak Q) marah la si Rayyan ni. Marah asyik merayap je tak dok diam.

Rayyan dok je diam sebab kena marah. Tapi boleh pulak die pergi ke Kak Q, tiba-tiba "Pap!" dia pukulnya kaki Kak Q.

Apa lagi, semua yang ada kat situ bantai gelak la. Pandai sangat la Rayyan ni sekarang. Siap pukul balik tu yang tak tahan. Sabar jela.

"Garangla Rayyan ni," mak sedara cakap bila tengok Rayyan macam tu.

Adoi...

Rayyan... Rayyan...

Thursday, September 23, 2010

Di Nasi Lemak Kopi O

Minggu lepas aku berkesempatan untuk ikut Encik Tingkerbell ke rancangan talk show TV9 Nasi Lemak Kopi O. Memandangkan si kecik ada dengan family mertua, so hidup bujang la kami sementara.

Rancangan ini adalah pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Aku suka talkshow ni sebab kebanyakan topik-topik dalam ni semuanya macam sempoi belaka. Takde la rancangan yang take serius sangat.

Jemput artis, takde la jemput ahli politik bincang isu semasa. (Politik dan isu semasa adalah topik memboringkan bagi aku)

Encik Tingkerbell main keyboard. Oh yer, salah seorang ahli dalam percussion group untuk rancangan NLKO ini iaitu Drum Simfoni.

Berbalik kepada minggu lepas, iaitu minggu aku ikut Encik Tingkerbell ke Sri Pentas, Bandar Utama.

Kami sampai awal gak la, dalam 7.10 pagi. Terus setting keyboard dia la.

Encik Tingkerbell sampai dulu. Yang lain belum lagi.

Ikutkan aku bengang sebenarnya sebab handphone aku ni tak berapa fleksibel. Even aku dah silent HP, tapi bila klik kamera, masih lagi bunyik "cekekk!" (lebey kurang la bunyi gitu)

Setting camera pun tak bole jugak. Memang camera akan kuarkan bunyi jugak bila gambar di'snap'. Aku tak suka sebab nanti nampak sangat jakun masuk studio nak tangkap gambar pakai handphone kamera lopek plak tuh, dah la ade bunyi. Kalau camera digital ok la gak.

Ini pun aku snap sebab dalam studio masih takde orang lagi walaupun sudah 7.15 pagi. Hehehe...

Tengok Encik Tingkerbell sorang-sorang setup barang.

Lepas tu aku dah tak nak snap picca dah. Sebab aku ni penyegan orangnya. Walaupun krew-krew sini semua ramah-ramah belaka, tapi aku tetap segan. Hehehe..

Dok jela aku sorang-sorang kat tepi yer.

Layan jela...


Sampaila aku nampak Adira AF, terus aku snap pic dia. (Suka lagu dia sangat-sangat!)


Tu je picca yang aku amik. Sikit sangat kan? Patutnye aku amik gambar ngan Adira ke, Norman Hakim ke (jemputan untuk segmen Hati Lelaki), Syarifah Nur ke, Talib ke, Fimie ke, last last sorang pun tak. Hahahaha.. Sebab segan. Lain kali la kot.

Sebab Encik Tingkerbell akan bersama dengan NLKO sampai hujung bulan 12. So banyak masa lagi ada. Tak payah nak risau sangat. Hehehe...




Eh, eh. Dah pukul bape ni? Dah, nak tido. Zzzzzzzz...

Wednesday, September 15, 2010

Cameron Highlands Part II

Kesinambungan dari previous entri.

Hari pertama takde perkara menarik nak dikatakan. Melainkan hotel yang tak berapa nak hotel sangat sebab layanan yang tidak berapa baik dari kakitangan hotel. Malas nak cerita. Tak pasal pasal nanti hotel ni tak laku pulak.

Tunggu la aku anta surat kat pemilik hotel ni nak cakap pasal kakitangan dia yang tak berapa nak layan guest macam kitorang. Macam lahanat je perangai.

Pagi-pagi dah siap siap nak check out. Dah la sejuk giler babi. Mandi pakai water heater pun still sejuk jugak.

Biarlah gambar menceritakan segalanya.


Sebelum check out hotel. Breakfast dulu.

Ayah dengan Rayyan.


Ibu pun nak join tangkap gambar.


Rayyan nak drive gi jalan.


Kembang idong Rayyan excited nak gi jalan.

Bace paper dulu.

Masa ni tengah tunggu satu kedai bukak sebab kedai ni murah giler babas. Kata kul 10 pagi bukak tapi dah kul 10.30 pagi pun tak bukak lagik. Hangin je. Lagipun mak nak tukar stoking Rayyan yang mak salah pilih. Kecik la pulak.

Ok la, selit la gambar adik aku Naffsikah a.k.a Cik Siput.


Ini Nabilah a.k.a Cik Gewdix.


Encik Abah kusyuk baca paper.

Aku pun nak gak posing yer.

Lepas boring menunggu kedai tu untuk dibuka, kitorang buat keputusan terus blah la.

Nak pegi strawberry farm lagi, ladang teh gak. (Tapi ikutkan nak balik awal sebab nak singgah Ipoh gi rumah Pak Tam)

Ayah yang berjaya menidurkan Rayyan sementara menunggu kedai dibuka.

Gambar diambil di luar pagar.

Kitorang tak masuk pun dalam sebab nak pluck kena caj RM20 untuk 500 gram strawberry yang dipetik tu. Limit pulak 3 orang je. Memang tak dapat la. Kitorang ni dah la 8 orang. Semua pulak kedekut nak kuarkan duit raya. Last last, tengok jela dari luar. Tak puas sebab tak dapat tangkap gambar bersama strawberry yang fresh.

Menikmati strawberry coklat. Sedap giler sebab sangat fresh.


Selit gak la gambar Hafiizh a.k.a Encik Idong.

Ladang Teh. Masa untuk snap snap!


Sengih plak Rayyan. Tapi pandang tempat lain.

Okay Rayyan, smile!

Dari Kiri: Encik Idong, Cik Siput, Cik Gewdix, Nabihah a.k.a Cik Mafia, Rayyan, Aku.

Ok, ini Encik Abah dan Puan Emak.

Rayyan posing ek?

Rayyan dah letih ni.

Perhati celah mane pun tak tau la.

Lepas je dari sini, terus gerak gi Ipoh singgah rumah Pak Tam. Rumahnya sangat sangat dekat dengan The Lost World of Tambun. Nak singgah, tapi kang memanjang singgah, bile pulak nak balik Kelumpo. Lain kali la kalau gi rumah Pak Tam lagi, kitorang gi The Lost World ok!



p/s: Suami a.k.a Encik Tingkerbell takde dalam pic ladang teh sebab dia mengantuk sangat. Tido dalam kereta. Driver memang letih memanjang.

Monday, September 13, 2010

Cameron Highlands Part I

Sekarang aku berada di Bilik 239 Cool Point Hotel, Cameron Highlands.

Keadaan sangat seram sejuk di sini. Walaupun tanpa kipas dan tanpa penghawa dingin.

Bilik ini sangat besar, tapi ada 1 Queen Bed dan 2 Single Bed. Memang la tak cukup untuk kitorang sekeluarga ni.

Yang ada sini, Encik Abah, Puan Emak, Encik Tingkerbell, Little Cutiepie, Encik Idong, Cik Siput, Cik Gewdix dan Cik Mafia. Termasuk aku dah 8 dewasa, 1 bayi. Memang tak cukup semua nak tido atas katil. (Tapi bilik memang besar, diorang siap menari tarian Nobody by Wondergirls bersama-sama lagi)

Dan oleh kerana bilik yang sangat besar ini, abah tido kat bawah. Sorang sorang.

Si Encik Idong penakut tak nak tido bawah. Tak padan dengan idong besar. Tu pun nak takut.

Oh yer, Encik Abah tido berselimutkan langsir. Lagi tak boleh blah. Adoiyaiii...

Status sekarang: semua dah pengsan. Aku sorang je berblogging kat sini. Nak upload picca tapi takde gambar. Macamane?

Esok la aku tulis lagi. Nak tido. Semua dah sedap berudu. Eh salah, beradu.


p/s: Ade sape sape nak sponsor kamera digital tak? Hehehe

Thursday, September 9, 2010

Masih Bekerja (Bekerja??? Kerja ke?)

Hari ini, ramai tak kerja. Yela, last day Ramadhan. Esok dah raya.

Orang semua dah balik kampung.

Tapi aku kerja.

Ada juga dua, tiga orang bekerja.

Nasib Cik Nurul, Cik Senah, Cik Kemal temankan.

Oh, bos Cik Yanti ada. Tapi Cik Yanti takde, dah balik kampung.

Kenapa aku masih bekerja ni?

Sebab lepas raya nak cuti seminggu. (Save cuti)

Nasib baik hari ni company bagi halfday.

Rasa macam nak balik sekarang ni nak kemas rumah.

Jasad di sini. Tapi minda dah terbang. Minda di rumah.

Nak tolong mak buat rendang.

Nak packing baju Rayyan.

Nak packing baju Encik Tingkerbell.

Nak packing baju sendiri.

Nak masuk kuih raya dalam balang.

Adoi, takde mood.

Nasib Cik Senah ni banyak cakap. Ada la macam radio tambahan kat sini.

Tak habis habis lagi lipat drawing dia ni.

Alaaa......











Cepatla sikit pukul 1.00.


AKU NAK BALIK!!!

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Sebulan berlalu dengan cepat. Lagi beberapa hari nak sambut Syawal.

Dengan ini, aku dan keluarga ingin mengucapkan


Selamat Hari Raya Aidilfitri
serta

Maaf Zahir dan Batin


kepada sesiapa yang pernah tersinggung dengan kata kata atau pun perbuatan selama berkenalan atau berblogging atau berkawan atau sebagainya.

0-0 ok?








p/s: Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelum ini kerana kehadiran Muhamad Rayyan Danish, permata hatiku.

Adam's 1st Besday GA by ZuraZari

Aku nak join la GA dari ZuraZari ni. Memandangkan memang si Rayyan ni memang gila kentang pegang stereng.

Kalau nak tau syarat untuk join, boleh klik sini atau klik banner di side bar ok.

Oh yer, syarat kena pic baby pegang stereng yer.



.

.

.

.

.

.


Nama: Muhamad Rayyan Danish
Umur dalam picca: 6 bulan

Umur Sekarang: 10 bulan

Rayyan ada banyak pic pegang stereng. Tapi amik jela yang ni. Yang lain semua ada gambar aku kat blakang. Masa ni die tak bole berdiri betul pun. Hehehe.. Dok nak melompat jek pegang stereng.

Tarikh tutup adalah pada 10.10.10. Yeay!

Sunday, September 5, 2010

Bebel Sebelum Tidur

Once again, using my handphone, blogging.

Rayyan tido dah. Letih main, last last tido sendiri. Lagi senang macamtu. Malam takdela berjaga sangat.

Tadi layan movie kat tv2, Transformers. Dah tengok cerita ni banyak kali dah. Wayang, dvd, tapi still nak tengok gak kat tv. Sebab memang suka gile tengok Transformers. Memang best giler.

Hari ni, adik aku yang belajar kat JMTI Penang dah balik bercuti. So, chances nak guna komputer agak tipis sebab berebut la ramai beradik.

Oh yer. Aku sepatutnya tido umah sendiri, tapi aku tido umah mak aku hujung minggu ni atas sebab sebab tertentu.

Dan sebab Encik Tingkerbell ada kerja pun ye jugak. Pagi tadi mati mati aku ingat Nasi Lemak Kopi O tu start pukul 9 pagi. Terlambat sikit nak tengok Encik Tingkerbell beraksi.

Dia sangat poyo. Balik kena kutuk kaw kaw. Padan muka. Hehehe

Esok ada lagi. Tengok macamana plak. Nak kutuk apa lagi pasni. Yeay!

Ok, time go sleep. Jari dah letih. Dah la sambil baring. Lagi penat kot.


Daaaaaa~

Friday, September 3, 2010

Blogging via Handphone

Harini testing blogging pakai handphone. Nak tengok ok ke tak. Best ke tak best. Tapi bole tulis sikit je kot. Letih la taip kat handphone.

Rayyan dah tido. Ada sebelah ni ha. Nak tido gak sambil peluk Rayyan. Hehehe..

Oh yer, esok dan Ahad jangan lupe tengok TV9 jam 9 pagi, rancangan Nasi Lemak Kopi O.

Encik Tingkerbell masuk TV. Live band.



P/S: Teka lah dia main instrumen apa. Huhuhu




Pembetulan: Pukul 8 pagi - 10 pagi rancangan Nasi Lemak Kopi O. Hehehe...

Wednesday, September 1, 2010

Contest Memek Muka Si Manja

Ok, hari ni ada lagi contest yang dianjurkan oleh Ibu Aqil. Contest ni macam best. Hehehe..

Kalau nak join, nak tau syarat penyertaan, sila klik pada side bar sebelah atau klik sini yer.


So, dengan berbesar hatinya ditampilkan gambar yang bertuah itu.

.

.

.

.

.

.

.

Taraaaaaa!




Nama: Muhamad Rayyan Danish
Umur: 10 bulan

Gambar ni adalah antara gambar yang paling kelakar kalau tengok balik. Tersenyum je kalau tengok pic ni. Sebab tak paham ape yang si kecik ni nak sampai kan. Hehehe.. Dia buat muka pelik dengan idong kembang nye, kening lagi. Hahaha

Closing Date untuk contest ini adalah pada 25 September 2010 @ 12am.