Showing posts with label Blog via Handphone. Show all posts
Showing posts with label Blog via Handphone. Show all posts

Wednesday, May 25, 2016

Happy 8th Year Anniversary!

Susahnya bila komputer dah tak boleh nak update entri. Terpaksa guna phone yang comel sangat ni. But it's ok. Aku tengah bosan ni so boleh la layan phone. Bos jap lagi masuk so what? Tak bole? Hashtag jangankecamsaya.

So 29 May 2016 ni hari Ahad, genaplah aku bekerja dengan company ni selama 8 tahun. Agak agak bos aku bosan tak dengan secretary dia ni? Hopefully tak la sebab aku nak kerja lama sini. Hahahaha.

Harapan? Hmmm. Sempena anniversary aku ngan TRC ni, aku just berharap dapat berkhidmat lebih lama tambahan ekonomi makin gawat ni. Nak cari kerja lain pun pikir sejuta kali kot. Banyak aku boleh cerita pasal kerja aku kat sini, bukan takat as secretary je, as QS, Quality Unit, despatch, driver, semua aku buat. Cuma tak cerita je.

Nak cerita pasal anak kat sini pun banyak aku nak cerita. Lagi lagi si kecik Eilman tu yang akal makin banyak tu. Tapi sebab tak selesa pakai phone, agak sakit hati gak la kalau nak bercerita atau letak gambar.

Ok next time cerita lagi. Kbai.



Thank you for spending time reading this entry yaw!

Thursday, May 19, 2016

Update Entri by Bloguma


Saje nak post entri kat sini guna apps dari Apps Store. Best ke tidak ke. Cantik ke tidak ke. Walaupun phone kecik, tapi nak gak try. Hahahaha



Ni plak add text with picture. Me and my sis. Yup, we're working at the same place. ✌🏻


Okey, try tengok dulu camne result entri ni.

Kbai.




AsknieAlias



All 5 of Us (2015)


This is our family.


This is our picture last year Raya Aidilfitri 2015. Tahun ni tak tau la tema warna apa pulak. Still belum decide. Any suggestion?

Rasa macam dah takde readers dah. Tapi sukati la. Ni diari aku kan?


AsknieAlias

First Entry for 2016



Dah berzaman rasa tak bersiaran kat blog ni. Ni pun post entri guna email. Tak mampu nak online kat rumah, busy anak ada 3.

Kat opis pun tak mampu since website blogger kena block. Macam kelakar je, tu pun nak block. Bapak ah kedekut.

Agak agak kalau rasa dah bosan nanti, aku update la cerita apa apa. Aku dah anggap blog ni macam diari aku dah. Sebab bila makin tua ni, makin banyak benda lupa. So bila baca balik entri entri lama, baru boleh flashback kisah kisah yang aku kongsi sini.

Tak pun, kasi anak anak aku baca satu hari nanti. Huhuhuuhu mesti comel kan?



K update lagi next time.

Daaa..


Thanks for reading this entry yaw…
AsknieAlias™

Wednesday, June 24, 2015

Ramadhan Datang Lagi



Ramadhan datang lagi.

Selamat berpuasa kepada yang berpuasa di seluruh dunia. Chewah, macam la seluruh dunia baca pulak ape aku tulis ni.

Tahun ni pertama kali beraya 5 beranak. Baju raya kami 5 beranak semua dah siap. Alhamdulillah, sebab awal awal tahun dah settlekan baju raya nak tempah. Hehehehe..

Blog ni dah lama sangat bersarang. Nak tukar header, nak tukar itu ini semua dah susah gara-gara office dah block website.

Ni pun publish entri pakai handphone.

Takpela. Nak buat macamana.

Tahun ni ikutkan tak berapa nak beraya sangat sebab bajet takde. Banyak shortage this year, bajet semua lari. Panjang cerita.

Oh yer, dalam blog ni takde langsung gambar Eilman kan? My third boy. Takpela, nanti ada masa kat umah mak ke, publish post kat umah mak jela yer. Tu pun kalau ada masa. Heheheh

K bai.

Thank you for spending time reading this entry yaw!

AsknieAlias™

Sunday, September 5, 2010

Bebel Sebelum Tidur

Once again, using my handphone, blogging.

Rayyan tido dah. Letih main, last last tido sendiri. Lagi senang macamtu. Malam takdela berjaga sangat.

Tadi layan movie kat tv2, Transformers. Dah tengok cerita ni banyak kali dah. Wayang, dvd, tapi still nak tengok gak kat tv. Sebab memang suka gile tengok Transformers. Memang best giler.

Hari ni, adik aku yang belajar kat JMTI Penang dah balik bercuti. So, chances nak guna komputer agak tipis sebab berebut la ramai beradik.

Oh yer. Aku sepatutnya tido umah sendiri, tapi aku tido umah mak aku hujung minggu ni atas sebab sebab tertentu.

Dan sebab Encik Tingkerbell ada kerja pun ye jugak. Pagi tadi mati mati aku ingat Nasi Lemak Kopi O tu start pukul 9 pagi. Terlambat sikit nak tengok Encik Tingkerbell beraksi.

Dia sangat poyo. Balik kena kutuk kaw kaw. Padan muka. Hehehe

Esok ada lagi. Tengok macamana plak. Nak kutuk apa lagi pasni. Yeay!

Ok, time go sleep. Jari dah letih. Dah la sambil baring. Lagi penat kot.


Daaaaaa~

Friday, September 3, 2010

Blogging via Handphone

Harini testing blogging pakai handphone. Nak tengok ok ke tak. Best ke tak best. Tapi bole tulis sikit je kot. Letih la taip kat handphone.

Rayyan dah tido. Ada sebelah ni ha. Nak tido gak sambil peluk Rayyan. Hehehe..

Oh yer, esok dan Ahad jangan lupe tengok TV9 jam 9 pagi, rancangan Nasi Lemak Kopi O.

Encik Tingkerbell masuk TV. Live band.



P/S: Teka lah dia main instrumen apa. Huhuhu




Pembetulan: Pukul 8 pagi - 10 pagi rancangan Nasi Lemak Kopi O. Hehehe...