Wednesday, January 30, 2013

JJCM : Cozy House Restaurant, Great Eastern Mall





Hari Ahad, 27 Jan, kami sekeluarga 3 beranak nak keluar makan kat luar. Pikir punya pikir, akhirnya buat keputusan nak makan kat Cozy House Restaurant, Level 3, Great Eastern Mall.

Kami selalu gak makan kat sini. Especially kalau ada duit la. Ni sebab saje nak jalan jalan pun.

Encik Tingkerbell kalau makan sini selalunya satu yang dia WAJIB order. Chicken Chop with gravy. Entah kenapa la dari dulu sampai sekarang memang ni jela dia makan kalau kat sini. Tak dinafikan memang sedap la. Harga pun sedap. Hehehehe.. Jom layan gambar.

Masing masing buat muka comel sementara tunggu makanan. (Instagram : askniealias)

Air sampai dulu. (instagram : askniealias)

Minuman WAJIB Encik Tingkerbell jugak. Strawberry Milk Shake. Aku tak kisah minum pape pun tapi hari tu tekak nak minum Watermelon Juice.


Thai Fried Rice with Egg.

Aku saja nak order makanan lain pulak. Hari tu makan Thai Fried Rice with egg. Tapi aku request yang kurang pedas. Sebab aku ni mana tahan pedas. Wow boleh tahan sedappp...


Chicken Chop with Gravy.

Fav food Encik Tingkerbell dah sampai. Memang sedap. :)



Mushroom Soup.

Kengkonon mushroom soup ni nak kasi Rayyan. Tapi Rayyan pun tak nak makan sangat hari tu. Last last aku gak habiskan. Lagipun Encik Tingkerbell takut aku tak kenyang makan nasi. Die suruh makan ni gak. Sedapppp...



HABIS!

Sedar tak sedar, habis licin! Wei macam kebulurrrrr.. Hahahaha.. Padahal memang kalau makan kat sini memang macam ni pun kitorang makan. Tak baik membazir. Habiskan makanan yer...




p/s: Total makanan hari tu RM60. Dah agak pun harga dia memang mahal. Tapi dah memang sengaja nak makan tempat mahal. Bukan selalu. Setahun dua tiga kali je punnn...



Thank you for spending time reading this entry yaw!

Salah Cakap #7 : Aiskrim Punya Pasal




Hari tu aku dan Encik Tingkerbell kat rumah berdua tengok TV. Rayyan tengah main game kat handphone. Biasalahhh...

Semenjak dah ada Astro PVR Beyond ni, semua cerita Encik Tingkerbell nak rakam. Tapi bagus gak. Kadang kadang dah takde cerita kat TV tu, boleh la layan cerita yang dah rakam. DVD dah tak layan dah sekarang. Tekan remote, play. Habis cerita. Sampai banyak dah movie rakam tapi tak sempat nak tengok pun. Aku rakam Running Man pun sampai sekarang banyak lagi tak tengok. Kang aku nak tengok, Encik Tingkerbell tak nak tengok. Dah la satu siri sejam setengah. Lagi lambat nak habis tengok.

So, aku decide nak tengok cerita Sekali Lagi lakonan Shaheizy Sam yang ada sakit autisma bersama Lisa Surihani. Actually aku dah tengok cerita ni tapi aku nak tengok lagi. Aku rasa kalau 100 kali aku tengok, 100 kali gak aku nangis. Bencik betul. Pastu kena bahan dengan Encik Tingkerbell. Siot.

Ada satu scene, Arman dengan Amy beli aiskrim kat pak arab. Pak arab jual aiskrim pastu buat some jokes.

AA : Bestnya aiskrim.

ET : Aiskrim pak arab ni sedap tauu.. Dia punya aiskrim dia, betul betul PIAW punya aiskrim. PIAW punya.

AA : Piaw? Apa makna piaw tu?

ET : Rasa aiskrim tu la. PIAW punya aiskrim ni. Betul betul PIAW la.

AA : Awak ni biar betul. PIAW ke, PURE? (English: Pure - Malay :Tulen/Asli) Orang rasa awak nak cakap PURE la tapi awak cakap PIAW. Hahahahhahhaha! Malunyaaa salah pronounce! Hahahahha!!!

ET : (SENYUMMMMMMMMMMMMM + SENGIHHHHHHH)

Masa Encik Tingkerbell dok sengih tu memang aku dah agak dah, dia memang salah pronounce. Hahahahahahaha!



p/s: Masa tu memang muka Encik Tingkerbell confident gila. Tak tahan aku gelak wehhhh. Nak speaking, jadi skipping sudaaaa.. Piaw pun boleyyyyyy...

Thank you for spending time reading this entry yaw!

Tuesday, January 29, 2013

Salah Cakap #6 : Dalam Satu Hari





26 January 2013, Saturday - My 28th Birthday. Happy Birthday to me. :)



KISAH 1

Hari tu kami sekeluarga (Aku, Rayyan, Encik Tingkerbell, Nabilah dan Adik) pergi tengok bola PKNS vs Lions XII kat Stadium MBPJ Petaling Jaya untuk Piala FA 2013. Nasib baik PKNS menang 1-0. Kalau tak, sia sia je Rayyan jerit jerit sorak. Hahahaha..

PKNS dan Lions XII dah masuk padang. Nyanyi lagu Negaraku.

Rayyan sorak. Serius wei Rayyan sorak.


On the way balik tu, macam biasa la dalam kereta dengar radio Suria FM (Dah minat dengar Suria dah plak sekarang wooo) Biasalah lagu radio Suria FM ni ada lagu rock kapak tahun 80-an dulu.

Encik Tingkerbell ni beriya iya nyanyi tapi aku tak pernah dengar pun lagu ni. So aku tanya dia.

AA : Lagu siapa awak nyanyi ni?

ET : Lagu kumpulan Damansara.

AA : DAMANSARA? Hahahahahahahahaha

ET : Eh, eh. Damasutra laaa. Lalu kat Damansara ni tu yang teringat Damansara tu.

Kitorang dalam kereta dok gelak tak benti. Damansara pun boleyyyyy...





KISAH 2

Dalam perjalanan balik tu, Encik Tingkerbell ajak pergi Jalan TAR. Yela, hari Sabtu ada pasar malam kat Jalan TAR tu. Okey la bole jalan jalan.

Lepas dapat parking, kitorang berjalan la menuju ke kotaraya. Chewah ayat. Encik Tingkerbell kata dia nak pergi beli selipar kat Pertama Complex dulu.

Sebelum melintas jalan tu aku tanya Encik Tingkerbell.

AA : Awak, sekarang dah pukul berapa?

ET : Dah pukul 6.15 ringgit.

AA : Ringgit???? Hahahaha.. Mentang mentang nak beli selipar baru, dok pikir ringgit laaaa...

Kitorang sekali lagi gelakkan Encik Tingkerbell yang tak habis habis buat lawak tak sengaja. Hahahahaha!


Test selipar kat kedai Nike. Kononnyaaaa...



KISAH 3

Dah selesai membeli belah semua bagai, dah beli selipar mahal dia kat Pertama Complex, dah jalan jalan kat pasar malam Jalan TAR (sempat rembat jersey ngan selipar untuk Rayyan je pun) kami nak balik la rumah.

Siap dok kat kaki lima jap rehat sebab letih. Pastu masing masing pikir nak pergi makan kat mana. Aku memang tak kisah nak makan kat mana pun.

Encik Tingkerbell kata dia nak beli mekdi la. Memandangkan aku memang suka makan Prosperity Burger mekdi dan hari tu birthday aku. Konon nak ikut cakap birthday girl la. (Padahal aku tak mintak pun nak pergi mekdi) Takpela, jomla beli drive thru je kat mekdi. Nanti makan kat rumah je. Aku pun tak larat nak ke mana mana lagi dah. (Since pregnant, cepat semput. Lagi lagi perut dah besar ni)

Sampai je kat mekdi Ampang, macam biasa la kena order kat mesin bercakap tu kan.

Mekdi : Ye encik. Nak pesan apa?

ET : Bagi PROSPERITU burger. Eh, PROSPERITY burger set besar satu. Bla bla bla (order lain lain)

Kitorang yang dalam kereta ni mengekeh gelak tak tahan. Adoooii.. Sakit perut dibuatnya asyik gelakkan Encik Tingkerbell je. Prosperitu pun boleyyy...





KISAH 4

Lepas dah order, macam biasa gi kaunter 1 untuk bayar. Then proceed kaunter 2 untuk ambik makanan yang dah order tadi.

Minah mekdi pun pass la makanan kat tingkap macam biasa.

ET : Ni cukup ke semua burger?

Mekdi : Cukup semua.

ET : Mintak extra CHEESE yer! Eh, extra SOS!

AA : Hahahahaha! Extra cheese. Burger dah bagi, baru nak mintak cheese. Hahahahaha!

ET : Eh, boleh je kalau nak mintak extra cheese. Yang double cheese burger tu. Boleh je nak mintak extra cheese.

Elehhhhh... Padahal Encik Tingkerbell nak cover malu je tu. Hahahahahaha.. Layan jelaaa...





p/s: Kesian seharian Encik Tingkerbell kena bahan sebab asyik salah cakap je.

p/s/s: Pics semua dari instagram aku.


Thank you for spending time reading this entry yaw!





Thursday, January 17, 2013

Pregnancy Check Up : 18 Weeks



Memandangkan hari ni aku agak free, makanya aku menaipla kat blog buruk aku ni ha.

Bukan free sangat pun. Kerja ada. Tapi pending ni ha. Dok skype ngan bos, dia tak reply jawapan, makanya jadi pending la. Dah sms, tapi tak reply gak. Busy benor le gamaknya kat sana tu.

Bos aku sekarang most of the time ada kat Brunei. 2 minggu sana, dua hari kat KL. Tu pun kat KL hari Sabtu ngan Ahad time kitorang tengah cuti. Kitorang cuti baru la bos nak balik KL. Dia cuma sign benda berlambak kat atas meja dia jela. Isnin pagi-pagi dia dah fly balik Brunei. 4 pagi dah bertolak pergi airport. Bila masa lah nak jumpa dia kan. Ni pun aku rasa dekat sebulan gak la aku tak tengok muka dia. Harapkan chatting kat skype ngan sms jela kami ni.

So pagi tadi aku pergi check up pregnancy kat Klinik Pusrawi, Taman Permata. 18 weeks. Result blood test pun dah keluar. So, takde masalah. Air kencing, blood pressure, berat, baby dalam kandungan dah start tendang tendang, Alhamdulillah semuanya takde masalah. Okey je semua.

Berat pun naik sejajar dengan kenaikan perut.

20 Nov 2012 - 10 weeks - 47.4 kg
19 Dec 2012 - 14 weeks - 50.6 kg
17 Jan 2013 - 18 weeks - 52.6 kg

Next check up is on 14 Feb 2013. :)

Dah tanya doktor, usia 4 bulan pregnant ni dah boleh nampak boy or girl kan? Doc cakap yes, tapi kalau nak lebih jelas, check masa 6 bulan. Sebab kalau boy masa 4 bulan ni, dia punya anu tak berapa nak jelas sangat. Aku pun mengiyakan ajer.

Lagipun start pregnancy check up 6 bulan, aku akan start check up kat Hospital Pusrawi pulak. Hospital Pusrawi kan doktor pakar semuanya. So panel tak cover untuk checkup pregnancy 6 bulan ke bawah. Sebab tu aku check up kat klinik je buat masa ni. Nanti 6 bulan dah boleh check up dengan pakar. Yeay! Masa tu la dah start scan baby tiap kali check up. :)

Hari ni Encik Tingkerbell cuti. So, dia duduk rumah jaga Rayyan. Tadi lepas checkup kami breakfast la kat kedai nasi lemak sotong. Nasi lemak dia memang sedap sebab sambal dia best. Tapi pagi ni kami bertiga makan lontong. Lontong dia memang sedap sangat sangat. Rayyan makan banyak. Lepas breakfast, aku terus pergi ofis dan Encik Tingkerbell bawak Rayyan pergi mana ntah naik motor.

Tadi call Encik Tingkerbell, tanya dia kat mana. Dia ngan Rayyan kat rumah katanya tak ke mana mana. Padahal tadi aku nampak dia bawak motor pergi tempat lain, bukan menuju ke rumah. Lepas tu aku cakap ngan Rayyan dalam phone. Rayyan pulak cakap, "Ibu, Tayen ade tete polish, ayah biyi." Maknanya, "Ibu, Rayyan ada kete polis, ayah beli."

Hah, kantoi diorang pergi kedai beli kete polis mainan. Encik Tingkerbell dah tak boleh tipu aku dah. Sebab Rayyan dah pandai cakap sekarang. Muahahahahahaha!



p/s: Sekarang mulut asyik mengunyah je. Tak sedar dah makan banyak. Patutla sentiasa kenyang jek. 

p/s/s: Mentang mentangla sickness dah takde kan. Memang makan jela keje.


Thank you for spending time reading this entry yaw!

Wednesday, January 16, 2013

I'm Officially Announcing...



Sebenarnya aku ada good news untuk dikongsikan bersama pembaca. Chewah. Bajet ada pembaca. Puiiihhh!

Ramai dah tau actually, tapi aku masih belum announce secara official kat blog ni. Yela, blog ni kan bacaan aku jugak di masa hadapan. Kot kot aku hilang ingatan one day, kalau aku baca blog ni, at least aku boleh la kenang kenang balik ape yang pernah berlaku dalam life aku kan.

Ha aku dah mula nak mengarut dah ni.

Straight to da point.

As at today, 16th January 2013, I am


PREGNANT 18 WEEKS


Aku dah melepasi first trimester which is trimester yang agak penuh dengan dugaan. Loya, muntah, macam biasa la. Tapi tak seteruk Rayyan dulu, sampai kena admit hospital masuk air lagi. That's why aku jarang nak update blog. Takde mood, takde idea, sakit kepala, pening kepala, angin dalam badan, sume benda berangin tak boleh nak makan and the list go on and on...

Test positive dari Klinik Pusrawi, Taman Permata masa check up pregnant dengan Encik Tingkerbell.

Sekarang sedang melalui 2nd trimester dan sedang menikmati keindahan proses pembesaran perut. Dah start rasa baby gerak since 17 weeks aritu. It's amazing. :)

Well, si abang baby ni, Muhamad Rayyan Danish dah mula menunjukkan tingkah laku yang agak luar biasa dari biasa iaitu, manja gila, kuat merajuk, manja sangat, manja, manja, manja. Perghhh.. Bayangkan selama ni dia selalu buat derk je dengan ibu dia kalau main, sekarang dah tak macam tu. Manja sesangatttttttt... Sket sket nak buat muka, sket sket ajak main. Lepas tu suka cubit pipi aku sambil cakap, "Coooomel Ibu." Pastu dia cubit lagi, cakap plak, "Coooomel sangatttt." Hahahahaha.. Pandai Rayyan. Ibu memang comel. Wakakakka..

And yang paling terharu sangat, lately ni dia suka sangat cium perut. Dia akan mintak nak cium cakap, "Ibu, nak cium baby."

Geli jugak la bila die selak kain baju semata nak cium perut. Ku tahankan geli tu Jebat!

Kepada Rayyan, walaupun Ibu akan ada baby baru nanti, Rayyan tetap Ibu sayang jugak. Ibu sayang anak-anak Ibu.

18 Weeks.

Besar ni rupanya baby dalam perut ni yer.

Kepada sesiapa yang membaca, tolonglah doakan aku semoga selamat dan sihat sepanjang melalui tempoh berbadan dua ni. 

Oleh kerana aku pernah mengandung dan beranak sebelum ni, maka aku terbayang bayang kesakitan nak bersalin tu. Semoga dipermudahkan macam bersalin Rayyan dulu. Aminnn...






Thank you for spending time reading this entry yaw!

Friday, January 11, 2013

Salah Cakap #5 : Speaker



Masing masing sedia maklum pasukan bola Johor Darul Takzim FC banyak beli player hebat. Safee Sali, Norshahrul Idlan Talha (Mat Yo), Safiq Rahim, Zaquan Adha, Aidil Zafuan, Muslim Ahmad dan lain lain. Tu belum campur dua orang pemain import Daniel Guiza, bintang bola sepak Sepanyol dengan sape ntah lagi sorang.

Malam tu aku dan Encik Tingkerbell menonton perlawanan bola sepak Liga Super antara Johor Darul Takzim FC menentang Pahang. Chewah ayat skema siot macam karangan sekolah ni.

Memandangkan aku ni bukanla pandai sangat tengok bola, kadang kadang aku sendiri confuse bila aku tengok player tu offside tapi Encik Tingkerbell kata tak. Kalau player tu offside, aku pulak tanya balik "eh yeke offside?"

Aku dok tengok player terkenal Safee Sali dok kat bangku simpanan je. Dah second half dah game. Sultan Johor ni beli player mahal mahal tapi tak main. Rugi. So, aku pun bertanya la kepada Encik Tingkerbell.


AA : Eh, awak! Kenapa Safee Sali tak main?

ET : Laaa.. Habis tu, dah berapa banyak speaker nak main?

AA : Speaker?????? Wakakakkakakkakakkaakkaakakkaka!


Perkataan salah : Speaker

Perkataan Betul : Striker

Non stop gelak aku malam tu. Rasa macam kelakar habis! Hahahahhaha


p/s: Intro punya panjang. Salah cakapnya sikit je. Alaaa.. Saje nak panjangkan entri. Hahahhahha



Thank you for spending time reading this entry yaw!

Tuesday, January 8, 2013

Rebate, Oh Rebate!



Siapa tau pasal rebate RM200 kepada belia (umur 21 - 30 tahun) untuk pembelian handphone? Of course ramai tahu.

Dari semalam aku dok register tapi tak dapat dapat. Hangin gak ni. Asyik kuar mende alah ni jekkkk..




Ini boleh mendatangkan gaduh ni.

Aku baca kat homepage ni semalam ada tulis "44,000 permohonan belia telah diluluskan." Kalau mata aku tak silap baca lahhhh...

Aku sebenarnya sakit hati lagi ni. Sebab aku nak sangat rebate tu. Aku nak handphone baru. Since handphone aku dah mula buat hal ni. Nasibla sampai December 2013. Ada setahun lagi nak cuba register. Puuuiiii..

Sape nak sakit hati macam aku gak, mari lah beramai ramai mendaftar di www.komunikasibelia.skmm.gov.my.




Thank you for spending time reading this entry yaw!