Monday, March 7, 2022

Pengalaman Bersalin Anak Keempat - Part 2



Bersambung dari Part 1.

SN senior tu kata, "Takpe, saya nak check je"

Then, dia kata sesuatu yang buat aku ngan mak aku terkejut.

Lepas dia seluk, dia kata, "Ok dah 9cm. Dah boleh panggil doktor"

Aku ngan mak terkejut. Eh tadi kata 6cm je. Takkan sekejap dah 9cm. 

Dengan tak semena mena nya tetiba labour room kecoh. Hampir penuh labour room tu dengan staf yang buat persiapan untuk aku bersalin.

Sorang dok pasang tempat letak kaki, sorang dok pasang tempat letak tangan. Sorang dok siapkan tempat letak baby, sorang dok pasang lampu suluh bawah aku tu...

Aku terpinga pinga sebab 3 anak sebelum ni aku tak penah bersalin pakai method camni. Sebelum ni bersalin, kaki dirapatkan ke bontot, tangan pegang kaki jangan lepas, and teran pandang perut, jangan buat bunyi. 

Tapi kali ni lain. Kaki aku diletakkan kat tempat tadah kaki tu, pastu aku kena pegang pemegang besi yang dia pasang. Gambar contoh kat bawah.

Camni la keadaan aku. Kaki letak camtu, tangan pegang besi.

Sambil sambil tu SN tu cakap ngan aku, dia kata doktor dah balik rumah tadi. Ni kitorang panggil dia, dia dah on the way. Sekejap je sebab rumah dia dekat dekat sini je.

"Sementara tunggu doktor, saya nak awak teran bila datang contraction. Saya nak awak teran sikit ye bila saya suruh. Teran macam nak berak"

Dan dan tu contraction datang, aku pun teran, macam teran nak berak je, tapi tak kuat sangat, cukup sampai dia kata stop. 

Doktor tak sampai lagi, SN tu tenangkan aku kata "ok sikit je lagi, kita tunggu doktor sampai baru kita boleh push habis. Alaaa dah nak keluar dah ni, ni saya dah nampak rambut. Ada ni ha rambut dia"

Mak aku kat seblah pun macam "yeke.."

SN tu siap cakap ha makcik nak tengok meh sini tengok. Mak aku pun tengok la kepala dah kat bawah dah. Mak aku macam excited la kot sebab first time tengok kejadian bersalin ni. Kepala dah nampak atau orang kata 'crowning,'

Nak dekat kul 5 camtu doktor pun sampai. Labour room tu dah la kecik. Aku rasa penuh dah orang dalam tu rasanya.

Doktor sampai, semua benda dah siap, tinggal aku nak push je bila contraction datang.

Lampu pun dah on suluh bawah tu. Doktor kata, "Contraction datang je, awak tarik nafas dalam dalam sampai leher, lepas tu teran sambil pandang perut, jangan keluarkan bunyi."

Aku pun dah start sakit, aku amik nafas dalam dalam, then terus teran sekuatnya sampai putus nafas aku rasa. Elok je aku nak stop teran, tetiba doktor kata "SAMBUNG SAMBUNG TERAN" eh aku ni dah habis nafas camne nak sambung teran (cakap dalam hati la) tapi aku gigih la curi nafas sikit then sambung teran lagi sampai la aku mengerang habis nafas.

Tau tau je perut rasa macam kena godek baby dah keluar rupanya. Tak benti aku ucap alhamdulillahhhhh... Tepat jam 5.03pm, 26 Feb 2022, Sabtu, baby dilahirkan. Boleh dikatakan sekali push la, baby terus keluar. Mudah macam bersalin Eilman Adha dulu.

Baby nangis kejap kejap je. Baby terus letak atas badan. Putihhh melepak badan baby, yela baru keluar fresh dari oven kan. Masa atas perut tu doktor gunting tali pusat, pastu nampak misi terus cocok vaksin kat peha baby, dengar la baby nangis situ tapi sekejap gak la. Sebelum diorang amik nak bersihkan baby, aku tanya "girl ke boy????"

Then diorang tunjuk baby kat aku, aku pun kata  "OK GIRLLLLLLL"

Akhirnya baby girl dalam #askbenjr family. Yeayyyy! Abang abang tak sabar tunggu princess keluar tauuu..

Lepas dah bersalin tu, doktor keluarkan uri. Uri berat gak, doktor kata.. Aku siap tanya, doktor gunting bawah ke?

Dia jawab, tak gunting. Tapi koyak sikit kat kulit luar ada la dalam 1cm sikit je. Saya jahit jugak la sikit ni ye. Doktor kata dia bius takut sakit ngilu benang tu. Tapi aku tak terasa sangat pun sebab sakit contraction nak beranak tu jauh lagi sakit.

Alhamdulillah, first time bersalin tak gunting bawah. Ni pun doktor kata tak perlu sapu apa apa kat bawah, just pastikan bersih dan kering jela.

Since ni first time pregnant ada GDM, baby seharian kena monitor kat nursery takut baby pun ada diabetis. So malam pertama tak dapat la spend time dengan baby. Tapi takpela, mak temankan aku sampai ke wad malam tu.

Alhamdulillah, I'm officially mom of 4. Never expect this. Aku ingat cukup la anak 3 je. Lelaki semua pun takpe, tapi dikurniakan anak perempuan pulak kali ni. Rezeki Allah bagi. 

Welcome aboard, newest addition of #askbenjr







Thank you for spending time reading this entry yaw!

Saturday, March 5, 2022

Pengalaman Bersalin Anak Keempat - Part 1



Weh, tajuk tak menahan. Tau tau je dah anak keempat???

Setelah bertahun tak tulis kat sini. Hahahahaha

Dipendekkan cerita, lepas je aku cocok vaksin dose pertama, bulan 6 tahun 2021, aku disahkan pregnant anak ke-4 tanpa disangka sangka. Itu pun check lepas period lambat dah seminggu. Risau aku, berdebar rasa kalau keluar dua line kat UPT. Sekali betul dua line UPT. Rezeki tuhan bagi time PKP. 

Kali ni pregnancy dirahsiakan dari semua kawan-kawan jauh, mahupun sedara sendiri. Tak post gambar perut kat IG, tak bagitau apa apa pun. Yang terdekat je yang tau macam kawan ofis, yang tak tau, memang tak tau langsung.

Bak kata ustaz, sembunyikan kehamilan, hebahkan kelahiran. Haa gitewww..

Back to the story. Aku nak simpan kisah kelahiran anak keempat ni, supaya aku boleh recall balik camne aku bersalin. Sementara kisah masih segar di ingatan.

So here goes...

Minggu ke-38, betul betul jatuh 22.02.2022 hari Selasa. Fuh, kalau la aku bersalin tarikh ni, memang dapat tarikh cantik woooo.. Tapi baby masih sedap dok dalam perut lagi. 

Hari Khamis, 24.02.2022 dah nampak keluar tanda lendir, sikit jela. Tak banyak. Tapi tanda awal dah tu. Masa tu kat ofis, terusla wasap Encik Suami bagitau kalau esok (25.02.2022, Jumaat) nak bersalin, nanti mintak tolong Nabilah la bawak pegi hospital. Sebab 25hb tu Encik Suami ada function dari pagi sampai malam. Encik Suami ok je tapi dah start risau dibuatnye betul betul 25hb tu bersalin, dia takde. Siap call my MIL tanya kalau boleh teman masuk labour room esok. Hahahha padahal baru bagitau ada tanda je. Tak semestinya bersalin esoknye.

Esoknye 25hb Jumaat tu memang dah apply cuti, so duduk rumah je sebab takde kereta nak pegi kerja. Encik Suami dah pakai kereta. Bersalin tak nampak tanda tapi 2, 3 hari ni memang dah tak boleh nak tidur langsung. Sakit pinggang teruk. Tidur kejap kejap pastu terjaga manjang asyik nak kencing je.

Esoknye Sabtu, ada check up, 26.02.2022, kiranya 38w4d la jumpa doc. Ini first time bersalin kat hospital selain Pusrawi. Kali ni kitorang pilih Hospital Wanita dan Kanak-kanak Naluri, Wangsa Maju. Dekat sangat dengan rumah. Dalam 5 minit je naik kereta. Compare dengan Pusrawi amik masa dlm 15 minit. Kalau jalan jem, mau 20 minit ke setengah jam.

Kitorang dapat doktor Jamaliah. Tak kisah la doktor mana pun. Bersalin sama gak, sakit gak kan.

Check up minggu sebelumnya, memang doc cakap kepala baby dah engage. Tunggu masa je. Tapi seminggu dah berlalu, jumpa la balik doc. Kali ni doc nak check bukaan kalau dah bukak. 

Memula scan dulu perut. Doc cakap kepala memang dah kat bawah sangat dah ni. Ketuban ok, semua ok. Baby ni berat dalam 3.2kg nih. Besar.. tapi dah dijangka dah pun sebab 3 anak sebelum ni semua 3kg ke atas. Paling berat Eilman, 3.4kg rasanya.

Tiba masa seluk, urghhh senaknye perut sakit rasa diseluk bawah tu. Doc cakap dah 3cm bukaan. Dah boleh warded dah ni. Nak warded bila doc tanya. Harini ke esok?

Kitorang cakap esok laaa.. Tapi doc insist harini gak sebab tak sempat dah esok kalau 3cm ni. Kitorang ni dah plan nak pegi beli barang la ape la, so doc kata warded 3 petang la boleh ke? Kitorang follow je la doc cakap apa. Doc lagi pakar.

Memandangkan musim Covid-19 ni berleluasa, syarat hospital semua sama. Kena buat RTK test. Kalau negatif baru boleh bersalin normal dan suami boleh teman dalam labour room.

Jadi sebelum kami balik, kami buat RTK kat lobi hospital.

Malangnya, Encik Suami disahkan positif. Result keluar samar samar tapi confirm positif. Encik Suami ni dah gelabah. Semalam baru function, nak teman bini bersalin, dah tak leh.

Doc sarankan aku terus masuk labour room. Tak boleh keluar hospital lagi memandangkan result aku negatif. Encik Suami je kena terus balik rumah kuarantin. Aku dah blur. Ah sudah. Kena beranak terus plak. Sape nak teman dalam labour room nih.

Memula memang Encik Suami call MIL suruh teman aku dalam labour room. Tapi MIL dah kat Shah Alam, kalau gerak balik pun, petang baru sampai. Hospital pulak cakap, kena sampai sini sebelum pukul 1 sebab Covid test sampai pukul 1 je. Ah sudah, blur. Aku pikir jap adik adik aku mana boleh teman. Tiga2 adik tak boleh. Semua ada hal, aku tau.

Last choice mak. Bukan taknak pilih mak first choice tapi takut ada issue sebab mak aku tak vaksin. So aku tanya la staf situ. Kalau tak vaksin takpe ke? Mak saya tak vaksin. Dia jawab boleh je. Asalkan result RTK negatif, tu je.

Terus la aku call mak tanya boleh teman ke tak. Kebetulan adik aku Apis ada, so boleh hantarkan ke hospital secepat mungkin. Masa call tu dalam pukul 11.15am. Aku suruh mak aku siap secepat mungkin, datang sini. Kabut mak aku siap cepat. Dah la aku suruh mak aku singgah umah jap amik beg hospital. (Teruk betul beg hospital tak bawak masuk kete padahal dah tau nak due)

Sementara nak tunggu mak sampai, aku diarahkan untuk naik dan terus admit labour room. Encik Suami diarahkan balik kuarantin segera. Tak sempat nak salam dia ape sume, dah tak boleh pegang dah. Adui time time ni la positif.

So aku follow SN naik level 1, masuk Labour Room, tukar uniform, bukak baju bra spender sume. Pastu dia masukkan ubat untuk buang air besar. Kosongkan perut. Sekejap je dia masukkan ubat, perut aku dah memulas, terus pegi toilet membuang.

Dalam labour room menunggu mak

Lepas tu aku dipasangkan IV kat tangan, dengan CTG untuk check contraction. Sebab memang belum sakit ape lagi, aku sempat la dok main phone, mesej Encik Suami tanya status, baca wasap group. Nampak mak dah sampai kat lobi kul 12.30pm tengah tunggu turn nak buat RTK test. 

Pastu SN datang nak pecahkan ketuban dengan check bukaan. Bukaan baru 4cm gitu. Pastu pecah ketuban punya lama. Sampai 2 orang pecahkan ketuban aku. Dok godek godek bawah tu aku tak tau la dok buat mende lama gila. Tak jumpa ketuban ke? Ada la dalam 10minit gak dia nak pecahkan. Senak toksah cakap laaa..

Nak dekat kul 1 camtu mak aku dah masuk LR, yeayy ada peneman. Peneman ni bukan teman apa sangat pun. Tolong bagi makan, bagi air sebab dahaga, sebab lepas aku dah pasang CTG kat katil tu aku memang dah tak boleh gerak mana dah. Nak duduk tak boleh, ape pun tak boleh. 

Dalam masa sama kul 1pm tu diorang check lagi bukaan. Seluk lagi, katanya dah 4 ke 5cm. Tapi katanya serviks tebal lagi ni. Kepala pun macam jauh lagi. Ah sudah.. Ghisau.. ghisau lambat bersalin. Harap harap ok je nanti. 

Dah 1.30pm camtu aku dah lapar gila weih. Diorang takkan bagi aku makan berat, lagipun nak bersalin dah. So diorang bagi milo 3in1 dengan biskut satu paket untuk alas perut. Jadi la. Sebab aku sarapan awal kul 8.30am kot. Kul 1.30pm tu memang dah tahap lapar nak mampos. Dah la sarapan tak berat sangat. Setakat roti telur satu dengan nasi lemak berapa suap je.

Masa tu contraction dah mula ada, tapi aku rasa aku masih boleh tahan lagi. SN siap tanya dah ada rasa contraction tak? Aku kata ada sikit tapi boleh tahan lagi.

Dia check CTG dia kata contraction ni nampak macam dah kuat. Dalam hati aku, kuat ke? Macam ok lagi je boleh tahan lagi. Wah dasar blagak kan? Hahahaha

Dalam kul 2 lebih diorang check lagi bukaan. Diorang kata dalam 5 nak ke 6cm. Aku pun macam wah, cepatnya. Ok la tu kan. Then diorang tanya samada aku nak amik ubat tahan sakit tak. Kalau amik ubat tahan sakit, cepat sikit la bukaan tu.

Aku ingat lagi kalau amik ubat tahan sakit, contraction tetap rasa sakit. Tapi dalam selang masa contraction hilang tu aku boleh rehat jap la. Tidur ke, lelap kejap ke. Supaya aku dapat tenaga untuk push nanti.

Dalam masa yang sama, contraction memang dah setiap 3 minit, fuh.. Bukan 5 minit dah, 3 minit dah means memang dah kerap sangat nih. Mak aku siap amik video muka aku menahan contraction bapak buruk ahhhh.

Tiap kali contraction hilang, aku mintak air. Dahaga siot. Dengan penat melayan contraction.

Then kul 3pm diorang datang check lagi bukaan. Katanya dah 6 ke 7cm pulak. Ha sejam 1cm la maknanya. Sakit bukan kepalang. Toksah tanya la sakit ke tak ke, dia punya sakit memang sampai ke pinggang menurun ke peha. Dah la tak boleh gerak mana mana. Mampu ke aku bertahan? Fuh fuh fuh aku control nafas aku. Mak aku dok la suruh selawat ape semua. Aku ni dah baca macam macam. Ayat nabi yunus tu pun dah berkali ulang, tapi kalau dah sakit kan...

Ubat tahan sakit tu banyak membantu sebenarnya. Contraction hilang, sakit pun hilang. Memang lega. Kalau aku tak amik ubat tahan sakit tu, maybe aku masih sakit walau contraction takde sebab sakit benda benda lain, macam sakit pinggang, sakit peha, sakit tangan. 

Pukul 4pm pulak, datang lagi diorang seluk check bukaan. Aku macam dah trauma bila kata nak seluk, sebab time seluk tu memang sakit weih. Aku tak tau laa apsal tapi senak sebu semua rasa.

Tapi kali ni yang seluk orang lain. Aku tak pasti siapa tapi dia kata sorry harini dia ada training tak sempat tukar uniform. Dia pakai baju hitam je. Tak tau la bidan ke SN yang senior ke, MO ke entah aku tak tau. Tapi nampak macam banyak pengalaman sket la.

Dia kata dia nak check bukaan. Dia seluk then dia kata kat kawan dia (orang yang seluk sebelum ni) "Ni baru 6cm laaa"

Aku macam what? Tadi sebelum ni pukul 3pm seluk kata 6 ke 7cm, tetiba sejam kemudian kata baru 6cm sebenarnya. Ahhh aku dah frust. Aku siap cakap kat mak, "alaa dah kul 4 baru 6cm ke mak.. Ni mau bersalin lambat lagi ni. Maghrib agaknya."

Tapi SN tadi (aku anggap SN senior la kot) masa dia seluk tu serius sumpah sakit. Sebab dia macam godek godek korek korek bawah aku tu. Aku siap cakap "Aduhhh sakittt sakitttt." Dia kata, "takpe, tahan je. Saya nak tolong awak ni bagi bukaan cepat sikit bukak."

Ada la dia godek dalam berapa minit, pastu ok dia stop. Baru lega, tapi sakit tetap sakit. Contraction masih tak benti benti.

Tapi aku perasan, lepas je dia godek godek tu, contraction jadi double teruk. Lagi sakit dari sebelum ni. Kalau sebelum ni aku boleh la tahan lagi, tapi kali ni aku memang tak boleh tahan. Sakit sampai aku raup muka aku berkali kali siap rasa macam nak tampar muka sendiri je"

And memang rasa macam dah start nak berak dah. CTG aku pun aku rasa dah stat bunyi beep beep kerap. Kuat sangat ke contraction? 

Sampai SN senior tu tanya aku, "ada rasa nak berak tak?"

Aku jawab, "ada la sikit."

SN senior kata, "OK, saya nak check bukaan."

Aku kata, "Eh ni baru 4.30 petang, tadi kul 4 petang kata baru 6cm kan. Takkan nak seluk lagi"

Aku ni seram sebenarnya bila dia seluk sebab sakit weih.. Aku tak mampooooo tahan sakit tu...

SN senior tu kata, "Takpe, saya nak check je"

Then, dia kata sesuatu yang buat aku ngan mak aku terkejut.






Dia kata apa? Apa yang seram sangat tu?

Bersambung, Part 2. Hehehehehe..     




Thank you for spending time reading this entry yaw!