Wednesday, September 15, 2010

Cameron Highlands Part II

Kesinambungan dari previous entri.

Hari pertama takde perkara menarik nak dikatakan. Melainkan hotel yang tak berapa nak hotel sangat sebab layanan yang tidak berapa baik dari kakitangan hotel. Malas nak cerita. Tak pasal pasal nanti hotel ni tak laku pulak.

Tunggu la aku anta surat kat pemilik hotel ni nak cakap pasal kakitangan dia yang tak berapa nak layan guest macam kitorang. Macam lahanat je perangai.

Pagi-pagi dah siap siap nak check out. Dah la sejuk giler babi. Mandi pakai water heater pun still sejuk jugak.

Biarlah gambar menceritakan segalanya.


Sebelum check out hotel. Breakfast dulu.

Ayah dengan Rayyan.


Ibu pun nak join tangkap gambar.


Rayyan nak drive gi jalan.


Kembang idong Rayyan excited nak gi jalan.

Bace paper dulu.

Masa ni tengah tunggu satu kedai bukak sebab kedai ni murah giler babas. Kata kul 10 pagi bukak tapi dah kul 10.30 pagi pun tak bukak lagik. Hangin je. Lagipun mak nak tukar stoking Rayyan yang mak salah pilih. Kecik la pulak.

Ok la, selit la gambar adik aku Naffsikah a.k.a Cik Siput.


Ini Nabilah a.k.a Cik Gewdix.


Encik Abah kusyuk baca paper.

Aku pun nak gak posing yer.

Lepas boring menunggu kedai tu untuk dibuka, kitorang buat keputusan terus blah la.

Nak pegi strawberry farm lagi, ladang teh gak. (Tapi ikutkan nak balik awal sebab nak singgah Ipoh gi rumah Pak Tam)

Ayah yang berjaya menidurkan Rayyan sementara menunggu kedai dibuka.

Gambar diambil di luar pagar.

Kitorang tak masuk pun dalam sebab nak pluck kena caj RM20 untuk 500 gram strawberry yang dipetik tu. Limit pulak 3 orang je. Memang tak dapat la. Kitorang ni dah la 8 orang. Semua pulak kedekut nak kuarkan duit raya. Last last, tengok jela dari luar. Tak puas sebab tak dapat tangkap gambar bersama strawberry yang fresh.

Menikmati strawberry coklat. Sedap giler sebab sangat fresh.


Selit gak la gambar Hafiizh a.k.a Encik Idong.

Ladang Teh. Masa untuk snap snap!


Sengih plak Rayyan. Tapi pandang tempat lain.

Okay Rayyan, smile!

Dari Kiri: Encik Idong, Cik Siput, Cik Gewdix, Nabihah a.k.a Cik Mafia, Rayyan, Aku.

Ok, ini Encik Abah dan Puan Emak.

Rayyan posing ek?

Rayyan dah letih ni.

Perhati celah mane pun tak tau la.

Lepas je dari sini, terus gerak gi Ipoh singgah rumah Pak Tam. Rumahnya sangat sangat dekat dengan The Lost World of Tambun. Nak singgah, tapi kang memanjang singgah, bile pulak nak balik Kelumpo. Lain kali la kalau gi rumah Pak Tam lagi, kitorang gi The Lost World ok!



p/s: Suami a.k.a Encik Tingkerbell takde dalam pic ladang teh sebab dia mengantuk sangat. Tido dalam kereta. Driver memang letih memanjang.

2 comments:

  1. bulan 12 nie pegi Tambun la..pastu singgah uma pak tam..hahaha

    ReplyDelete

Takkan baca je kot? Komen tak nak?