Monday, September 13, 2010

Cameron Highlands Part I

Sekarang aku berada di Bilik 239 Cool Point Hotel, Cameron Highlands.

Keadaan sangat seram sejuk di sini. Walaupun tanpa kipas dan tanpa penghawa dingin.

Bilik ini sangat besar, tapi ada 1 Queen Bed dan 2 Single Bed. Memang la tak cukup untuk kitorang sekeluarga ni.

Yang ada sini, Encik Abah, Puan Emak, Encik Tingkerbell, Little Cutiepie, Encik Idong, Cik Siput, Cik Gewdix dan Cik Mafia. Termasuk aku dah 8 dewasa, 1 bayi. Memang tak cukup semua nak tido atas katil. (Tapi bilik memang besar, diorang siap menari tarian Nobody by Wondergirls bersama-sama lagi)

Dan oleh kerana bilik yang sangat besar ini, abah tido kat bawah. Sorang sorang.

Si Encik Idong penakut tak nak tido bawah. Tak padan dengan idong besar. Tu pun nak takut.

Oh yer, Encik Abah tido berselimutkan langsir. Lagi tak boleh blah. Adoiyaiii...

Status sekarang: semua dah pengsan. Aku sorang je berblogging kat sini. Nak upload picca tapi takde gambar. Macamane?

Esok la aku tulis lagi. Nak tido. Semua dah sedap berudu. Eh salah, beradu.


p/s: Ade sape sape nak sponsor kamera digital tak? Hehehe

No comments:

Post a Comment

Takkan baca je kot? Komen tak nak?