Showing posts with label Vacation. Show all posts
Showing posts with label Vacation. Show all posts

Wednesday, March 11, 2020

Kisah AskBenJr #1 : Holiday

Pagi sebelum pergi sekolah, Rayyan kira kat kalendar berapa hari lagi tinggal untuk holiday ke Morib dan PD.

Rayyan: Ibu, ada lagi 10 hari lagi ni. 10 x 24 berapa?

Ibu: 10 x 24 jadi 240 lah.

Rayyan: Alaaaa lama lagi.. ada lagi 240 jam.

Ibu: (Ko dah kenapa...)



Thank you for spending time reading this entry yaw!

Wednesday, February 13, 2013

12 Feb 2013 : Sibling's Day Out!




Dah lama betul kitorang tak melepak beramai adik beradik ni. Walaupun sekejap, tapi precious kot moment together. Chewahh.. Yela, since dah ade family sendiri, nak lepak ngan adik beradik pun boleh kira berapa kali.

Actually, family-in-law saje-saje nak bermalam kat Agrotek Garden Resort, Ulu Langat. Since aku dan Encik Tingkerbell kekurangan bajet, maka kami datang singgah jela waktu pagi sebelum diorang check-out. Kira nak mandi manda pun sebelum kul 12 check-out.

Aku pulak saje saje nak buat nasi lemak pagi tu. Sebenarnya aku nak buat untuk aku ngan Encik Tingkerbell je makan, nak test (first time la nak buat nasi lemak) tetiba Encik Tingkerbell kata buatla skali untuk FIL makan breakfast pagi tu. Aku pun, *GULP*. Telan air liur. Okey la, ape rasa pun belasah jela.

Pagi tu aku bangun kul 6 pagi wei siapkan sarapan nasi lemak yang ntah ape ape rasanya ntah. Belasah la katakan. Sambal sotong aku dah siap siap masak malam sebelum tu. Tinggal panaskan je pepagi tu.

Kul 8, kitorang semua beradik gerak pergi Ulu Langat. Sekejap je perjalanan, 8:30 pagi dah sampai.

FIL yang stay kat chalet sana memang resort dah sediakan makanan pagi. Tapi untuk yang stay la, untuk kitorang yang datang menumpang nak mandi ni, makan la nasi lemak aku masak.

Aku tak tau la sedap ke tak, bagi aku macam ade something kureng. Tapi sume dok kata "Boleh la, boleh la" macam nak jaga hati aku jek tak sampai ati nak cakap tak sedap. -_-" MIL pun sama cakap "Boleh la ni..."

Yang penting, adik adik aku makan bertambah k. Wakakakakak.. Sambal sotong paling laku la. Yela, makan nasi takde sambal tak sedap la woi.



Sedap ehhhhh.. Wahahahha 
Makan bertambah woi.

Selepas itu acara untuk mandi manda sampai beku.

Hahaha.. Gambar adik tak bole blah macam Next Top Model posing.

Encik Tingkerbell jadi cameraman sebab dia tak mandi.

Rayyannnnn!





Pissss yolll



Agak agak kitorang dah tak tahan sejuk sangat, kitorang bersiap siap untuk balik.

Sebelum balik, amik gambar buat kenangan dulu wei.

Apsal Encik Tingkerbell tinggi sangat plak ni.


Saje snap pic dalam kereta. Hehehe

Muka Ibu ngan Rayyan tak boleh blah.


Since dah tengahari, masing masing dah lapar. Adik pulak ade kupon diskaun untuk Papa John's, kitorang serbu la Papa John's kat Alpha Angle Wangsa Maju.






Rayyan boooolatkan mata. Mengantuk dia ni.

Mushroom Soup.

Pizza 12" tak ingat flavor ape.

Meatball.

Makanan habis, muka kenyang.

Actually banyak gak kitorang order. Cume tak sempat amik gambar sebab makanan habis dulu baru teringat nak amik gambar. 2 mushroom soup sampai dulu, pastu 1 meatball sampai, pastu 1 pizza 9" sampai (tak sempat amik gambar), pastu 1 pizza 12" plak sampai, pastu order lagi 1 meatball sebab macam tak cukup je makan, pastu baru dessert, 3 ice cream (pun tak amik gambar).

Masing masing macam kebulur sebab tiap kali makanan sampai, makanan habis, sampai terpaksa tunggu next meal.

Makan sini boleh tahan la sedap, tak tau la kot lapar sangat ke sampai semua bantai licin pinggan. Kalau pizza hut belum tentu boleh makan licin macamni. Pizza hut banyak sangat cheese kot sebab tu cepat muak.

Isi form untuk contest. Good luck!

Rayyan pow ayah.

Lepas makan, macam biasa la Encik Tingkerbell ni bukan suka jalan jalan sangat. Die nak balik terus. Balik jela rumah terus.

Sampai rumah semua PENGSAN!



Thank you for spending time reading this entry yaw!

Tuesday, June 12, 2012

Aktiviti Hujung Minggu - 9 Jun 2012

Note: Ini adalah entri bergambar. Kualiti handphone BlackBerry 9700 sahaja.

Tarikh: 9 Jun 2012, Sabtu
Lokasi: Celi Chalet, Kg. Kemensah

Sabtu lepas, aku, Encik Tingkerbell dan Cutie Pie berkelah kat Sungai Kemensah. Keluarga mertua semua ada. Termasuk la pakcik makcik Encik Tingkerbell.

Kami kat sana dari pagi sampai la ke petang. Kul 8:30 pagi mertua dah sampai. Kami kul 9 baru sampai. Pagi breakfast nasi lemak, Cik Yam masak. Kakak ipar pulak beli lagi nasi lemak 20 bungkus. Ha amik ko. Masing masing tak tau ada bawak nasik lemak.

Kami ni dah banyak kali la piknik kat sini, pernah jugak bermalam kat sini. Sewa semua kawasan lagi masa tu. Cuma kali ni kitorang sewa 1 chalet ngan 1 pangkin/gazebo je. Suasana best sangat walaupun tempat takde la besar mana pun. Best sebab suasana sini macam kampung. Siap ada ayam kampung, Rayyan main kejar kejar ayam tau! Lagipun kat belakang Zoo Negara je. Dari rumah ke sini, baru 5 minit. Satu hari nanti aku nak bawak family aku dan pakcik makcik belah aku plak datang sini.

Sewa chalet baru berapa je untuk pagi sampai petang. Kalau nak chalet, tak tau la berapa. Selalu mertua arrrange kan. Aku lagi minat sewa macam pangkin/gazebo tepi sungai. Lagi selesa. Sewa pangkin/gazebo tu tak sure la berapa. Tapi range dalam 20 - 30 ringgit je kot. (merujuk kepada Encik Tingkerbell)

Jom layan je gambar.


Rayyan muka sembap baru bangun tidur.
Ntah ape ape ntah.
Ha! Ada ayam belakang Rayyan!
Ayah nak ajak Rayyan mandi ni.
Punya lah takut air!
Masa ni tok dapat tangkap sekor ikan! Bagi rayyan pegang pancing.
Rayyan semangat!
Rayyan cakap, "Fish! Fish!"
Amboi suka fish!
Konon macam Rayyan yang pancing laaa.
Okey, atok letak fish dalam jaring ni bagi die hidup dalam air ok.
Rendam kaki Rayyan. Ni pun takut.
Cam whoring!
Rayyan dah bosan. -_-"
Adik ipar dan sepupu dah rasmi mandi dulu.
Wajib pakai pelampung (bagi aku) sebab sangat dalam!
MIL rehat kat chalet tepi sungai jap. Rayyan ni baru pas mandi ni.
Rayyan sejuk!
Rayyan bajet comel!
Okey, Rayyan dah bosan.
Adik ipar, sepupu, kakak ipar. 
Rayyan dan Ibu!
Like mother, like son. :)
Mak tok mancing dengan Rayyan setia menanti.
Masa ni tok dapat lagi ikan ni. Rayyan nak pegang joran gak!

Fishhhhhhh!
Okey main bola pulak.
Rayyan dengan Tok Ayah dia main sepak sepak bola.
Macam kat kampung kan suasana.

Serius memang best. Lagi lagi tang mandi tu. Aku banyak kali lompat lompat dalam sungai tu, terasa macam budak kecik je. Padahal dah mak orang. Gambar je takde sebab takde sape nak snap kan.

Gila lompat tinggi tinggi pastu terjun, pastu terduduk sampai dasar. Dah berdiri, siap jengket, still tak timbul sebab dasar sungai dalam sangat. Tinggi aku 5 kaki je, so aku assume dasar sungai tu 5 kaki setengah la. Hehehehe.. Dah la tak reti berenang. Aku gerak gerak jela badan sampai ke tepi. Bukan semua dalam, kat tepi tepi tu takde la dalam sangat. Bole lagi mandi. Tak mungkin hanyut mandi sini sebab kawasan die kecik je. Alaaaa nanti gi sendiri baru tau la.

Gambar ni aku amik dari flickr someone. Aku google nak cari gak gambar kawasan sini. Mau kena saman aku kalau tuan dia baca. Jangan saman saya. Saya orang susah. Hehehehehe

Credit Pic to Azmi Bogart's Flickr. Here's link.
Gambar dia snap cantik la! Tetiba rasa nak beli DSLR. Eh tetiba. Hahahahaha puiiiiii!!!!!


p/s: Entri senang hati namanya ni. :)

Thank you for spending time reading this entry yaw!