Tuesday, May 26, 2009

Kisah Bitch Dalam Rumah Aku

"Mak!! Rin bawak masuk jantan dalam rumah!!" aku menjerit kerana terkejut melihat kelibat mereka berdua yang sedang berjalan perlahan menuju ke bilik.

Terus aku marah dan meninggikan suara ke arah anak kesayangan abah ni.

"Hoi! Ko ingat kau siapa nak bawak jantan masuk dalam rumah ha? Kau ingat kau jalan senyap senyap nak pergi bilik tu, aku tak tau? Aku nampak la bodo!!"

Jantan tak tau malu yang mendengar jeritan aku tu, terus melarikan diri. Turun tangga dan terus keluar. Tak senonoh punya jantan. Dahla masuk rumah aku senyap senyap. Bila aku marah, tau pulak nak lari. Aku tak sempat kejar. Laju je jantan tu lari.

Aku ingat muka jantan tu. Aku cam. Jangan ingat kau terlepas.

Rin diam je. Dia tau dia salah. Mungkin dia ingat takde siapa kat rumah. Tapi dia tak tahu aku dan mak ada kat rumah. Berani pulak tu nak masuk dalam bilik. Nasib baik sebelum diorang masuk bilik, aku dah sergah dulu. Kalau tak, tak tau la. Entah beromen dalam tu pun kitorang tak tau.

Mak aku yang dengar jeritan aku terus ke depan. Mak pun marah. Mak marah lagi teruk dari aku. Mak siap pukul Rin. Rin diam je. Terus Rin berlari ke beranda.

Aku geram betul. Rin buat muka selamba je. Memang geram.

Aku dan mak bising. Mak memang marah. Marah betul. Berani betul Rin buat perangai.

"Dah, mulai hari ni. Jangan bagi Rin keluar rumah langsung!" kata Mak.

Mak bising lagi, "kalau dia mengandung, jangan harap dia nak duduk sini. Mak buang dia dengan anak-anak dia skali!"

Jadi, Rin dikurung dalam rumah. Tak boleh keluar. Sebab mak tau. Kalau Rin keluar jugak, mesti dia cari jantan lain untuk puaskan nafsu dia.

Entah, ni la satu-satunya kucing paling menggedik yang pernah kitorang bela.

Pernah sekali dalam tahun lepas, 3 jantan bergilir gilir puaskan nafsu si Rin ni. Kitorang satu keluarga intai dari tingkap. Selamba je depan pintu rumah. 3 ekor beb. 3 ekor jantan.

Aku ingat lagi, sekor jantan kaler hitam mata buta sebelah, sekor kaler kuning kurus kurap, sekor kaler hitam tempang. OKU pun ko nak belasah ke Rin????? Gile la ko. Memang kuat seks la ko ni betina.

Tapi kes yang berlaku baru ni paling hebat. Jantan hitam yang besar aku tak pernah tengok masuk dalam rumah tetiba selamba je masuk dalam rumah naik tangga nak masuk bilik dengan Rin ni.

Mane tak aku menjerit terkejut. Sebab aku tak pernah tengok jantan nih. Si Rin bawak masuk jantan. Memang la aku marah, mak aku pun marah.

Bila aku dengar suara Rin dalam 2, 3 hari mase tu mengiau mengada ngada, aku tau dah. Suara gedik panggil jantan. Siyes geli siyot.

Rin ni tak de la cun mane. Kurus kering. Sebab tu kitorang panggil Rin. Actually Rin stands for Ring. 'Kering' Tapi tak paham aku. Kurus kering pun banyak jantan nak.

Pada hari kejadian Rin bawak masuk jantan, malam tu pulak kitorang nampak 3 jantan lagi datang malam malam bertenggek depan rumah. Serius gile ar. Kucing mana ntah. Si Rin suka la tu. Pastu menggeliat menggeliat gedik dia. Siyes la gedik.

Aku cite kat mak semua. Mak kata, kalau dia mengandung memang mak buang.

Sebab last year masa Rin buat perangai dengan 3 jantan tu, Rin mengandung pun. 4 ekor. Memang comel ar. Tapi 3 pendek umur. 2 kena langgar kete, sekor mati keracunan kot. Sekor je survival. Ada lagi kat rumah. Nasib jantan so mak aku tak kesah.

Sekarang ni, tunggu jela. Rin mengandung ke tak. Tapi Rin ni memang hebat la. Macam bitch. Gedik gile gatal nak mampus. Tu la yang abah sayang. Anak kesayangan abah. Sebab dia pandai bodek abah. Nyampah.


p/s: 'Kitorang' tu merujuk kepada aku dan adik-adik aku. Tu sume pun sayang gak si gedik nih.

7 comments:

  1. Wahahaha!!
    Ni la post paling best... tentang kucing aku rupanya... =))
    Perghh berani dia bwk jantan msuk bilik ko kan... siap ring pandu jalan msuk bilik lagi.. hahahah xdpt banyangkan! =))
    p/s:(i wonder, kenapa 'bilik kaklong?'. Huurmm...bilik projek kot...wahahahaha.. :)))

    ReplyDelete
  2. ngok ngek. sebab bilik kaklong la projek baik punya kalo tak, takkan aku pun peknen. Hahahahaha

    Ring pun tau la beb. Nnt soh wan ngn huda wat projek kat bilik kaklong. Hahahahahhahahahhahah =))

    ReplyDelete
  3. haha.. wat saspen je as ni.. mule2 za ingtkn org. baru berhajat nk hantar komen nk tanye sape itu rin. haha. kucing rupenye. hahahaha

    ReplyDelete
  4. Tapi kisah benar tau. Memang as menjerit kat Rin ni cakap berani bawak jantan masuk rumah. Nak masuk bilik aku plak tu.

    Adik2 as kat umah sume panggil Rin tu cikaro. hahaha.. cikaro kan bahasa pasar utk bitch. wehehehe

    ReplyDelete
  5. ngandung ke bunting? best citer ni, hahaha!

    ReplyDelete
  6. ishk, mengandung ke, bunting ke, same je. kuar anak gak. huhu

    ReplyDelete
  7. prostitute tol la ring nih!
    wahahaha, tol gak enn? soh kak huda ngan wan try kat bilik kaklong.. baekk punye!

    ReplyDelete

Takkan baca je kot? Komen tak nak?