Dah lama aku tak post entri yang bernas sikit. Selalunya cerita mesti tentang diri aku, apa yang berlaku, bakal berlaku, telah berlaku, ishk macam boring la pulak kan.
Tapi kalau tak cerita, takde pulak cerita nak diceritakan. Sebab kadang-kadang pengalaman tu yang seronok untuk diceritakan. Especially pengalaman yang kelakar la kan.
Buat masa ni... Memang takde cerita kelakar ok? Hehehehe
So far ramai cakap aku dah gemok. Oh tidak! Yeke? Dah gemok ke? Macam tak best je title gemok tuh. So tadi aku gi toilet, tatap jap muke aku yang comel ni. Gemok ke? Eh eh, yela dah gemok. Dagu dah berlipat ni. Oh tidaks. Tidakss!!!
So apa kesimpulannya? Aku ambil semua ini dari sudut positif. Gemuk bermakna aku sangat sihat dan baby dalam kandungan ini sihat jugak. Cukup makan dan cukup semuanya.
Juga gemuk kerana gembira ada orang yang disayangi di sisi aku. Siapa lagi. Encik Tingkerbell.
Dulu masa mula-mula pregnant dulu, aku tak berapa yakin dengan Encik Tingkerbell. Tapi akhirnya, beliau telah membuktikan kepada aku betapa sayangnya dia pada aku. Masa bercinta/bertunang jangan harap nak dengar dia cakap sayang ke, rindu ke. Dah kawin pun jangan harapla nak dengar perkataan itu semua. Dalam mimpi saja bole.
Walaupun aku dah pregnant, masih lagi dia takkan ucap perkataan keramat tu. Sebab aku kenal perangai dia. Tapi aku tahu, jauh di sudut hati dia, dia sayang aku.
Aku pernah terharu sekejap masa aku sickness yang teruk masa awal-awal kehamilan. Dia belikan aku makanan untuk bekalan kat ofis, dia bawak aku pergi hospital, kadang-kadang aku tak perlu cakap aku sakit kepala, dia macam dah tau. Tanpa aku suruh, die akan picit kepala aku. Wah.. terharu gila la...
Kadang-kadang time dia tengah drive, tiba-tiba je tangan die letak kat perut aku. Wah wah, tak sabar perut besar ke sayang? Hehehe...
Sama la masa nak tidur pun. Mesti dia akan pegang perut aku, usap usap sampai la dia tertido.
Oh ya, aku pernah kena maki dengan En Tingkerbell sebab tak makan ubat. Teruk jugak aku kena marah. Sampai dia merajuk dengan aku, tak nak makan malam sama-sama dengan aku. Dia makan sorang, tinggalkan aku terkontang kanting dalam bilik lepas kena marah. Memang salah aku pun sebab tak makan ubat. Bukan malas, tapi aku LUPA. Tu la penyakit paling teruk sekali yang aku alami sekarang nih.
Tapi lepas dia makan, dia masuk bilik suruh gak aku pergi makan. Jangan tinggalkan perut kosong. Hihi.. aku kena marah pun, dia ajak gak makan.
So sekarang demi En Tingkerbell dan anak dalam kandungan, aku akan pastikan aku takkan lupa makan ubat.
So sekarang ni, kalau la siapa-siapa dapat suami atau kekasih tak romantik langsung macam aku ni, jangan ingat dia tak sayang. Sayang sebenarnya. Dia cuma tunjuk melalui perbuatan. Tak perlu kata-kata.
"Terima kasih sayang, orang tau awak sayang orang sangat-sangat. Muarhhhhh!!!"
sronok bace cite life org da kawin ni.. post la lagi.. post la lagi.. hihi ;p
ReplyDeletelagi best kalo diri sendiri yang dah kawin. ape lagi, kawin la cepat za!
ReplyDeleteza tggu as ade anak 2 org dulu.. then za kawin. deal?? ;p
ReplyDeleteishk, kalo camtu dalam 4, 5 tahun la. eh, bole tahan ke 4, 5 tahun nak tunggu kawin nih?
ReplyDeletelamenye! takleh.. takleh... kalo tggu 4 or 5 tahun, tah2 za plak yg ade 2org anak. huhu!
ReplyDelete