Entri sebelum ni kira luahan hati aku sebab ada salah faham antara aku dan En Tingkerbell. Tapi biasa la asam garam rumah tangga, sedangkan lidah lagi tergigit. Inikan pula suami isteri. Chewahh!!! Macam poyo pulak ayat bila aku sendiri yang sebut.
So, lepas je aku post entri aritu, aku terus balik umah. En Tingkerbell biasala. Balik lewat sket pukul 8 malam gitu. Aku tunggu je dia balik. Macam biasa, dia sampai rumah, masuk bilik, pergi mandi. Aku, still depan tv.
Tiba-tiba, die ngomel. Awak, tolong urut kaki. Sakit la. Wah wah. Orait... dah ok la nih. Kalau dah bercakap dengan aku, consider dah pulih la segalanya.
So, aku bertungkus lumus la buat apa yang patut untuk suami kesayangan. Sambil-sambil tu bersembang gak kami. Wah, back to normal! Tapi dia buat macam takde gado atau salah pape pun.
Tapi malam sebelum tidur, dia ungkit gak perkara yang membuatkan dia marah aku. Cuma bezanya lebih 'cool' dari sebelum ni. Agak lama jugak dia membebel. Tapi aku cuma senyap dan dengar je. Lebih baik senyap. Kalau aku melawan, memang takkan berdamai la kami. Bak kata mak mertua aku, "Syahbani ni api. Kalau As bagi api jugak, lagi teruk la. As kena jadi air."
So, aku pun jadi la air. Hehehe.. Maka malam itu kami tidur berpelukan semula. Yuhuhuuu!
Mungkin sebab musabab dia berbaik adalah kerana pagi esoknya kami ada medical check up. Nak check up baby ni. Sihat ke tak. Walaupun kaki dia sakit, jalan pun macam siput, dia tetap temankan aku ke hospital. Mesti dia pun nak tengok baby jugak kan?
Macam biasa check up. Aku ke kaunter, bagi kad appointment dan kesihatan. Aku pergi ke tempat check air kencing. Aku bagi nurse tu air kencing aku pagi tadi yang aku dah bawak bekal siap siap. Kalau tak, aku nak kena kencing kat hospital. Tak nak la. Buat lambat je. Then timbang berat. Pastu check blood pressure. Then tunggu giliran la untuk jumpa doktor.
No giliran 2001. So aku orang kedua. Kalau orang pertama, no 2000. Nombor 2 tu pulak mewakili nombor bilik. Nombor bilik untuk doktor pakar masing masing. Doktor pakar yang aku pilih adalah Dr. Habibah. Doktor akan sampai pukul 10 pagi. Sekarang 9.30 pagi. Aku dan En Tingkerbell gi breakfast dulu.
Selalunya Dr. Habibah ni lambat. Jadi aku dan En Tingkerbell naik atas pukul 10.10 pagi dan tengok, dah nombor 2003! Alaaa.. terlepas. Aku bagitau pada nurse, dan dia cakap lepas ni dia panggil aku. Ok, so tunggu kejap laa.. Kalo awal tadi, dah balik awal dah. Huhuh..
Alhamdulillah, doktor kata aku sihat. First check up (2 bulan) berat aku 37kg. 2nd time check up (3 bulan) berat naik 38.5 kg. So Khamis lepas kali ke-3 check up (4 bulan) berat aku naik jadi 51kg. Tekanan darah ok, kesihatan aku ok.
Doktor tanya, samada aku dah rasa menendang ke? Memandangkan aku first time pregnant, macamanala aku nak tau macamana rasa ditendang. Aku cuma cakap tak tau. Tapi ada masa masanya aku rasa perut macam dijentik. Doktor kata, "betulla, kalau awak rasa berdetik tu, dia tendang la tu."
Mungkin baby kecik lagi. Aku tak rasa sangat. Tapi memang betul perut ada rasa macam berdetik dari dalam.
Then aku berbaring untuk scan. Doktor just sentuh kaki, tekan tekan perut sikit, kemudian dia cakap "Bagus, awak sihat." Then dia bagitau, "Sekarang ni baby awak 17 minggu. Your baby ada di area bawah pusat."
So aku pun mengiyakan je. Patutla, pernah sekali aku tidur tiba-tiba terjaga sebab rasa bawah pusat tegang sangat. Terus tak bole tidur masa tu. Ke kiri, ke kanan. Bangun turun bawah minum air sejuk sebab badan panas. Sampai En Tingkerbell terjaga tanya kenapa. Aku cuma cakap, "perut tegang, tak bole tidur"
Tiba masa untuk scan pulak. Doktor cakap "Dah tau ke jantina ape? Saya dah bagitau ke belum last month?"
Aku cakap, "Belum doktor. Laki ke perempuan?"
Doktor cakap, "Ni lelaki ni. Nampak tak dia punya? Kecik bulat tu."
"Eh, nampak nampak," nada aku macam excited giler. Haha
"Ok, baby sihat. Cukup dua tangan, dua kaki, kepala, ini uri awak, tali pusat. So kepala baby ada kat belah sini yer." die tunjuk perut kiri aku.
"Nampak tak kaki dia. Sebelah kakinya bend, sebelah lurus. Ini tangan dia. Eh eh, tangan dia macam ultraman tu," doktor seloroh. Tapi aku memang nampak tangan die macam gaya nak fire raksasa la. Ni gara-gara belalang tempur la ni. Selalu sangat aku sebut 'henshin' nih.
Bila dah puas hati dengan baby aku yang doktor kata sangat sihat ini, aku dan En Tingkerbell balik. Aku dibekalkan dengan obimin dan caltrate.
Aku terus ke ofis, dan En Tingkerbell ke tempat kerja dia juga sebab ada kerja nak disettlekan walaupun dia ada MC untuk seminggu. Hish...
Oh, tiap kali check up doktor memang akan scan dan akan print dan stapler di kad kesihatan. Tapi aku tak sempat nak masukkan dalam blog. Takpela ek. Ni pun curi curi online kat ofis. Hehe...
So sekarang, teruskan kehidupan macam biasa. Next check up 18hb Jun. Tak sabar la nak tunggu next month.
So far, En Tingkerbell tak cakap lagi nama anak nak apa, atau panggilan apa. So agak agak dia nak dipanggil apa? Mama Papa? Ibu Ayah? Umi Babah? Ma Pa? Entah.. Tunggu jela... :þ
Ralat: Berat aku 47kg dan 48.5kg bukan 37kg dan 38.5kg masa first and 2nd check up. Harap maklum yer. ;)
cop cop!
ReplyDeletebetul ke berat as tu 37 kg and 38.5kg? bukan 47 and 48.5 ke??? musykil nih.. ;)
hohohoho.. yela! salah taip nih. betulla 47 and 48.5kg. heheheh.. takkan jadi ringan sangat pulak kan. hehehe
ReplyDeletehaha. tekezut za tau. ingtkn as da jadi kurus. almaklum sekian lame tidak bertemu. mane tau da jadi keding. haha! ;)
ReplyDeleteishk, tak la. since mula2 pregnant lagi dah berisi sebnarnye. kalo keding tu fida yer. ahahhaha
ReplyDeleteaaa...anak buah aku tuh..
ReplyDeletenanti ko nak namakan anak tu ape ek??
Syahbani + Nurhasni = Syabasni?
Hahah..ape2 pn congrats...huhuh..
p/s: (i wonder...wan bila plak ehh...hurrmm...perancangan perancangan.... huhuhu)
Agak2 la name Apis.
ReplyDeleteAbah cakap aritu letak nama Rossi. Bagi Wan jeles. Hahahaha
p/s: kan dulu Wan nak name anak laki die Rossi, kalo pompuan Rossika. Bodo tul. Hahaha
huhu, aku dah agak dah! pasti cerita tipu berat tu. huhu
ReplyDelete