Thursday, May 7, 2009

Kebodohan Tahap Gampang

"Kaklong, boleh tak tolong amik Abg Kamil kat KL Sentral. Abg Kamil baru balik dari Kuching ni. Takde sape nak amikkan dia. Hari Sabtu Kaklong half day kan. Lepas Kaklong balik kerja, tolong ambik dia yer. Nanti kol Abang Kamil bila dah kat KL Sentral."

"Ok, lagipun lepas kerja takde buat apa. Bole kot," balas aku.

Mulanya malas jugak, tapi fikir balik yang mintak tolong kat aku tu kakak saudara sendiri. Rapat pulak tu. Tambahan memang aku takde apa nak buat bila balik kerja nanti.

Husband sepupu aku ni, aku tak berapa rapat sangat. Tak kenal sangat pun. Kenal pun masa sepupu aku ni kawin la. Agak takut jugakla masa fikir nak amik Abang Kamil ni. Yela, dia sorang lelaki. Aku sorang perempuan.

Well, think positive. I'm a positive thinker, right?

Perjalanan dari Menara Citibank ke KL Sentral tu adalah dalam 15 minit. Tambah dengan jalan jem lagi. Dah nak sampai je, aku call Abg Kamil terus.

"Abg Kamil, Kaklong dah kat KL Sentral ni. Abg tunggu kat mana?"

Selepas penjelasan dari Abg Kamil, aku terus tunggu di tempat yang dinyatakan. 5 minit gak tunggu Abg Kamil sampai.

So aku terus tanya, samada nak hantar balik rumah terus ke? Aku pun tak tahu. Ikutkan hati aku memang nak balik terus ke rumah. Nasibla rumah Abg Kamil dan sepupu aku Kak Mila dekat je. Lepas hantar Abg Kamil balik ke rumah, aku pun boleh la balik terus tidur. Mungkin sebab jalan jem jadi aku takde mood sangat nak berjalan.

Abg Kamil terus call wife kesayangannya.

"Kita pergi ambik Kak Mila kat UTM Jalan Semarak yer. Kak Mila baru habis kelas. Lepas tu baru balik k."

"OK," balas aku mudah.

Dalam perjalanan aku tak banyak bercakap. Tapi aku terfikir-fikir. Berapa upah diorang nak bagi kat aku nanti. Heheh.. alaa.. RM10 pun dah cukup. Upah petrol dengan upah aku memandu jadi pemandu diorang hari ni. Abg Kamil ni dah la kerja pangkat besar kat Kuching tu. Dengar cerita dari makcik aku, gajinya ribu riban jugak la. Mesti upah lebih dari RM10 ni. Hehe.. Aku dah mula la berangan. Aku tak berharap sangat pun, tapi at least ada la sikit untuk minyak kereta yang dah nak kering nih.

Alaa.. sedangkan makteh aku pun yang kerja kilang tu, RM10 bagi. Gaji sebulan pun baru seribu lebih, tu pun lepas buat OT gila babas Sabtu Ahad.

Lepas mengharungi jalan jem, aku pun sampai ke UTM. Tunggu lagi 5 minit untuk Kak Mila turun. So, terus aku hantar mereka balik ke rumah.

Sampai di depan pagar, Abg Kamil dan Kak Mila terus turun dari kereta. Aku bukak bonet untuk mereka ambil beg-beg Abg Kamil yang agak banyak tu.

Aku dengan sepupu aku Kak Mila memang rajin bergurau. Dari kecik lagi aku memang suka menyakat Kak Mila bergurau dengan dia, bertepuk tampar. Semua dah biasa. Jadi macam biasa la ayat gurauan aku.

"Aik kak, takde upah ke? Hehehe," aku cakap dalam nada gurauan. Bukan nada serius pun.

Aku tengok Abg Kamil cuma senyum je.

Kak Mila yang di belakang kereta yang sedang memunggah beg Abg Kamil pun berkata, "Boleh... BOLEH BLAH!"

Abg Kamil dan Kak Mila terus ke pagar rumah, dan terus masuk ke dalam rumah. (Rumah tu pulak rumah mak bapak Kak Mila, bukan rumah sendiri pulak tu)

Aku??? Terasa macam BODOH. Mana terima kasih??? Mana??? Aku tak dengar pun.

Aku terasa macam sangat bodoh hari tu.

Aku tak berharap sangat duit korang, tapi kalau la laki ko dah kerja gaji ribu riban, takkan nak bagi aku duit minyak pun tak boleh. Please la appreciate sikit apa aku dah buat kat korang. Aku drive pergi balik amik korang, minyak kereta nak kering, ingat aku ni kuli korang ke? Terima kasih pun aku tak dengar. Kalau ada pun mungkin sayup sayup je.

Semenjak hari tu, apa saja diorang mintak aku tolong, aku takkan tolong. Sebab ini bukan kali pertama. Ini kali ke berapa ntah. Tapi sebab aku tak berkira, aku tolong jugak. Cuma kali ni paling teruk. Aku pulak yang kena sound. Sakit hati beb.

Balik rumah aku terus cerita kat mak. Mak aku pun geram. Aku cerita kat En Tingkerbell. En Tingkerbell lagi geram. Semua orang geram. Aku?? Lagi berjuta kali ganda sakit hati.




p/s: Dengar cerita sekarang mereka dah pindah ke rumah sewa. Sebab makcik aku sendiri tak tahan dengan perangai anak kandung dan menantunya yang kedekut dan berkira dengan mak sendiri.

p/ss: Kisah ini 3 tahun lepas tak silap. Tapi sampai sekarang aku takkan lupa sampai bila-bila.

2 comments:

  1. mmg gampang!

    p/s: as jgn baik ati sgt okeh. nnt org gunekan kte.

    peace~ ;)

    ReplyDelete

Takkan baca je kot? Komen tak nak?