Aku pernah ada sahabat lelaki yang pernah berkata pada aku.
"Bercouple itu maksiat"
Itupun katanya setelah dibuat kajian dan pelbagai soal jawab kepada seorang ustaz. Dia bertanya kepada ustaz itu.
"Adakah cara lain untuk berdating secara halal (tidak mendatangkan maksiat)?"
Dan ustaz itu menjawab, "Tiada"
Maka sebab itulah, dia telah memutuskan perhubungannya dengan kekasih hatinya semata kerana tidak mahu melakukan maksiat.
Kawan aku ini bolehla dikatakan kawan baik. Bekas kekasihnya itu pun, adalah kawan baik aku juga.
Cinta bagai nak rak setahun dua, tiba-tiba diputuskan hubungan (title girlfriend & boyfriend) secara tiba-tiba. Bekas aweknya pernah meluahkan perasaan kepada aku, katanya seakan tidak adil dia diperlakukan sebegitu.
Walaupun tiada title girlfriend mahupun boyfriend, tapi kawan ku masih dikongkong sama seperti masa bertitle gf/bf. Aku sebagai perempuan of course faham perasaannya.
Kawan baik aku yang lelaki ini, tegas menyatakan dia takkan bercinta dengan kekasihnya. Diulang-ulang perkataan bercouple maksiat, berdating maksiat, macam-macam ber adalah maksiat.
Walaupun hubungan putus sebagai gf/bf, satu hari nanti dia tetap akan masuk meminang dan menikahi bekas kekasihnya ini.
Satu penantian yang pasti menyeksakan bagi aweknya kerana hidupnya sekarang seperti 'gantung tak bertali.'
Lebih kurang beberapa bulan selepas kata-kata keramat kawan aku itu, aku terkejut apabila terserempak dengan mereka berdua sedang berdua-duaan dalam kereta.
Oh, si lelaki mengajar perempuan belajar memandu rupanya.
Wah wah, mane pergi prinsip ko yang tak nak jumpa awek langsung. Tak nak bercouple langsung. Tak nak berdating langsung. Tak nak berdua-duaan langsung.
Pendek kata, "Cakap Tak Serupa Bikin"
Dengar cerita, bercouple balik. Ah, malas lagi aku nak amik port pasal diorang nih.
Tak lama lepas tu, dengar cerita dah bertunang. Dah bertunang? Tunang pun tak nak bagitau?! Mana tak geram, dua-dua kawan baik, dua-dua tak nak bagitau. Tau tau je, esok nye nak tunang.
Lepas je mereka tunang, lagi senyap. YM kadang-kadang tak berbalas, balas pun setakat sepatah perkataan je. "Sori, BZ."
Nyampah aku. Tau bz, tak payah la online YM. Kan?
Walaubagaimanapun, tahniah la kat korang sebab korang nak kawin dah. Esok, 16hb Mei 2009.
Selepas macam-macam dah kena kutuk, kena ngumpat, macam-macam benda jadi sepanjang persahabatan kita, korang kawin gak akhirnya.
Selamat Pengantin Baru buat Azuan Mat Sani dan Nuryani Yahya. Semoga kekal ke akhir hayat. Amin...
p/s: Tu pun si Azuan nak pos kad kawin. Bz sgt konon sampai tak nak bagi by hand. Ah, nak by hand gak kad kawin.
p/ss: Last last Yani yang bagi by hand. Hampeh punye Azuan.
huu.. mcm penah dengar je cite ni.. huhuu..
ReplyDeletesusah wey nk jadi sealim itu.. name pun manusia.. huuu
za penah dengar ke, sebab as tak penah cite kat sesape pun. mungkin kebetulan ade org lain macam ni gak kan.
ReplyDeleteTapi betul, susah nak jadi alim. hehe