Aku tak tau nak cerita macamana. Tapi harini memang hari paling sakit hati. Setelah berbulan-bulan aku tahan, hari ni la rasa paling teruk sekali.
Tak tau la nak cerita macamana. Mungkin sebab aku pregnant, so naluri aku ni lagi cepat terasa. Dah la aku ni cepat penat. Naik turun tangga sekali pun dah penat gile babas. Macamanala nak aktif macam dulu. Dulu siap bole lari-lari naik turun tangga.
Tak payah la kot aku cite dengan siape yang aku bengang ni. Cukup la 2, 3 orang kat ofis ni yang tau aku bengang dengan siapa. Adik aku Apis pun tau aku bengang dengan siapa. Siap kutuk-kutuk lagi dalam YM.
Ishk, tak boleh marah orang ni banyak banyak sangat. Tak pasal-pasal muka baby aku nanti ikut muka dia. Bak kata Wanie, kalau hensem macam *Ahmad takpela jugak. Hahaha...
Tapi masalahnya aku bengang sangat ngan dia nih. Dah la hari hari ngadap muka dia. Kalau dia bos, takpe la jugak aku paham. Bos la katakan. Nak kata bos pun, bukan bos. Ramai ar tak suka dia ni. Bossy semacam. Bos aku pun tak seteruk dia nih.
Aduh... mintak mintak la dia ni pergi la request assistant lain. Mintak la secretary ko sendiri. Jangan kacau aku. Aku ni tak larat.
Hah! Ade cadangan. Yanti la jadi secretary. Bole?? Hahaha..
*Ahmad = bukan nama sebenar
Thursday, May 28, 2009
Hari Ini Hari Paling Bengang
5
Kritikan
Label:
Angerious
Tuesday, May 26, 2009
Kisah Bitch Dalam Rumah Aku
"Mak!! Rin bawak masuk jantan dalam rumah!!" aku menjerit kerana terkejut melihat kelibat mereka berdua yang sedang berjalan perlahan menuju ke bilik.
Terus aku marah dan meninggikan suara ke arah anak kesayangan abah ni.
"Hoi! Ko ingat kau siapa nak bawak jantan masuk dalam rumah ha? Kau ingat kau jalan senyap senyap nak pergi bilik tu, aku tak tau? Aku nampak la bodo!!"
Jantan tak tau malu yang mendengar jeritan aku tu, terus melarikan diri. Turun tangga dan terus keluar. Tak senonoh punya jantan. Dahla masuk rumah aku senyap senyap. Bila aku marah, tau pulak nak lari. Aku tak sempat kejar. Laju je jantan tu lari.
Aku ingat muka jantan tu. Aku cam. Jangan ingat kau terlepas.
Rin diam je. Dia tau dia salah. Mungkin dia ingat takde siapa kat rumah. Tapi dia tak tahu aku dan mak ada kat rumah. Berani pulak tu nak masuk dalam bilik. Nasib baik sebelum diorang masuk bilik, aku dah sergah dulu. Kalau tak, tak tau la. Entah beromen dalam tu pun kitorang tak tau.
Mak aku yang dengar jeritan aku terus ke depan. Mak pun marah. Mak marah lagi teruk dari aku. Mak siap pukul Rin. Rin diam je. Terus Rin berlari ke beranda.
Aku geram betul. Rin buat muka selamba je. Memang geram.
Aku dan mak bising. Mak memang marah. Marah betul. Berani betul Rin buat perangai.
"Dah, mulai hari ni. Jangan bagi Rin keluar rumah langsung!" kata Mak.
Mak bising lagi, "kalau dia mengandung, jangan harap dia nak duduk sini. Mak buang dia dengan anak-anak dia skali!"
Jadi, Rin dikurung dalam rumah. Tak boleh keluar. Sebab mak tau. Kalau Rin keluar jugak, mesti dia cari jantan lain untuk puaskan nafsu dia.
Entah, ni la satu-satunya kucing paling menggedik yang pernah kitorang bela.
Pernah sekali dalam tahun lepas, 3 jantan bergilir gilir puaskan nafsu si Rin ni. Kitorang satu keluarga intai dari tingkap. Selamba je depan pintu rumah. 3 ekor beb. 3 ekor jantan.
Aku ingat lagi, sekor jantan kaler hitam mata buta sebelah, sekor kaler kuning kurus kurap, sekor kaler hitam tempang. OKU pun ko nak belasah ke Rin????? Gile la ko. Memang kuat seks la ko ni betina.
Tapi kes yang berlaku baru ni paling hebat. Jantan hitam yang besar aku tak pernah tengok masuk dalam rumah tetiba selamba je masuk dalam rumah naik tangga nak masuk bilik dengan Rin ni.
Mane tak aku menjerit terkejut. Sebab aku tak pernah tengok jantan nih. Si Rin bawak masuk jantan. Memang la aku marah, mak aku pun marah.
Bila aku dengar suara Rin dalam 2, 3 hari mase tu mengiau mengada ngada, aku tau dah. Suara gedik panggil jantan. Siyes geli siyot.
Rin ni tak de la cun mane. Kurus kering. Sebab tu kitorang panggil Rin. Actually Rin stands for Ring. 'Kering' Tapi tak paham aku. Kurus kering pun banyak jantan nak.
Pada hari kejadian Rin bawak masuk jantan, malam tu pulak kitorang nampak 3 jantan lagi datang malam malam bertenggek depan rumah. Serius gile ar. Kucing mana ntah. Si Rin suka la tu. Pastu menggeliat menggeliat gedik dia. Siyes la gedik.
Aku cite kat mak semua. Mak kata, kalau dia mengandung memang mak buang.
Sebab last year masa Rin buat perangai dengan 3 jantan tu, Rin mengandung pun. 4 ekor. Memang comel ar. Tapi 3 pendek umur. 2 kena langgar kete, sekor mati keracunan kot. Sekor je survival. Ada lagi kat rumah. Nasib jantan so mak aku tak kesah.
Sekarang ni, tunggu jela. Rin mengandung ke tak. Tapi Rin ni memang hebat la. Macam bitch. Gedik gile gatal nak mampus. Tu la yang abah sayang. Anak kesayangan abah. Sebab dia pandai bodek abah. Nyampah.
p/s: 'Kitorang' tu merujuk kepada aku dan adik-adik aku. Tu sume pun sayang gak si gedik nih.

7
Kritikan
Label:
Angerious
Monday, May 25, 2009
Aku dan Baby
Entri sebelum ni kira luahan hati aku sebab ada salah faham antara aku dan En Tingkerbell. Tapi biasa la asam garam rumah tangga, sedangkan lidah lagi tergigit. Inikan pula suami isteri. Chewahh!!! Macam poyo pulak ayat bila aku sendiri yang sebut.
So, lepas je aku post entri aritu, aku terus balik umah. En Tingkerbell biasala. Balik lewat sket pukul 8 malam gitu. Aku tunggu je dia balik. Macam biasa, dia sampai rumah, masuk bilik, pergi mandi. Aku, still depan tv.
Tiba-tiba, die ngomel. Awak, tolong urut kaki. Sakit la. Wah wah. Orait... dah ok la nih. Kalau dah bercakap dengan aku, consider dah pulih la segalanya.
So, aku bertungkus lumus la buat apa yang patut untuk suami kesayangan. Sambil-sambil tu bersembang gak kami. Wah, back to normal! Tapi dia buat macam takde gado atau salah pape pun.
Tapi malam sebelum tidur, dia ungkit gak perkara yang membuatkan dia marah aku. Cuma bezanya lebih 'cool' dari sebelum ni. Agak lama jugak dia membebel. Tapi aku cuma senyap dan dengar je. Lebih baik senyap. Kalau aku melawan, memang takkan berdamai la kami. Bak kata mak mertua aku, "Syahbani ni api. Kalau As bagi api jugak, lagi teruk la. As kena jadi air."
So, aku pun jadi la air. Hehehe.. Maka malam itu kami tidur berpelukan semula. Yuhuhuuu!
Mungkin sebab musabab dia berbaik adalah kerana pagi esoknya kami ada medical check up. Nak check up baby ni. Sihat ke tak. Walaupun kaki dia sakit, jalan pun macam siput, dia tetap temankan aku ke hospital. Mesti dia pun nak tengok baby jugak kan?
Macam biasa check up. Aku ke kaunter, bagi kad appointment dan kesihatan. Aku pergi ke tempat check air kencing. Aku bagi nurse tu air kencing aku pagi tadi yang aku dah bawak bekal siap siap. Kalau tak, aku nak kena kencing kat hospital. Tak nak la. Buat lambat je. Then timbang berat. Pastu check blood pressure. Then tunggu giliran la untuk jumpa doktor.
No giliran 2001. So aku orang kedua. Kalau orang pertama, no 2000. Nombor 2 tu pulak mewakili nombor bilik. Nombor bilik untuk doktor pakar masing masing. Doktor pakar yang aku pilih adalah Dr. Habibah. Doktor akan sampai pukul 10 pagi. Sekarang 9.30 pagi. Aku dan En Tingkerbell gi breakfast dulu.
Selalunya Dr. Habibah ni lambat. Jadi aku dan En Tingkerbell naik atas pukul 10.10 pagi dan tengok, dah nombor 2003! Alaaa.. terlepas. Aku bagitau pada nurse, dan dia cakap lepas ni dia panggil aku. Ok, so tunggu kejap laa.. Kalo awal tadi, dah balik awal dah. Huhuh..
Alhamdulillah, doktor kata aku sihat. First check up (2 bulan) berat aku 37kg. 2nd time check up (3 bulan) berat naik 38.5 kg. So Khamis lepas kali ke-3 check up (4 bulan) berat aku naik jadi 51kg. Tekanan darah ok, kesihatan aku ok.
Doktor tanya, samada aku dah rasa menendang ke? Memandangkan aku first time pregnant, macamanala aku nak tau macamana rasa ditendang. Aku cuma cakap tak tau. Tapi ada masa masanya aku rasa perut macam dijentik. Doktor kata, "betulla, kalau awak rasa berdetik tu, dia tendang la tu."
Mungkin baby kecik lagi. Aku tak rasa sangat. Tapi memang betul perut ada rasa macam berdetik dari dalam.
Then aku berbaring untuk scan. Doktor just sentuh kaki, tekan tekan perut sikit, kemudian dia cakap "Bagus, awak sihat." Then dia bagitau, "Sekarang ni baby awak 17 minggu. Your baby ada di area bawah pusat."
So aku pun mengiyakan je. Patutla, pernah sekali aku tidur tiba-tiba terjaga sebab rasa bawah pusat tegang sangat. Terus tak bole tidur masa tu. Ke kiri, ke kanan. Bangun turun bawah minum air sejuk sebab badan panas. Sampai En Tingkerbell terjaga tanya kenapa. Aku cuma cakap, "perut tegang, tak bole tidur"
Tiba masa untuk scan pulak. Doktor cakap "Dah tau ke jantina ape? Saya dah bagitau ke belum last month?"
Aku cakap, "Belum doktor. Laki ke perempuan?"
Doktor cakap, "Ni lelaki ni. Nampak tak dia punya? Kecik bulat tu."
"Eh, nampak nampak," nada aku macam excited giler. Haha
"Ok, baby sihat. Cukup dua tangan, dua kaki, kepala, ini uri awak, tali pusat. So kepala baby ada kat belah sini yer." die tunjuk perut kiri aku.
"Nampak tak kaki dia. Sebelah kakinya bend, sebelah lurus. Ini tangan dia. Eh eh, tangan dia macam ultraman tu," doktor seloroh. Tapi aku memang nampak tangan die macam gaya nak fire raksasa la. Ni gara-gara belalang tempur la ni. Selalu sangat aku sebut 'henshin' nih.
Bila dah puas hati dengan baby aku yang doktor kata sangat sihat ini, aku dan En Tingkerbell balik. Aku dibekalkan dengan obimin dan caltrate.
Aku terus ke ofis, dan En Tingkerbell ke tempat kerja dia juga sebab ada kerja nak disettlekan walaupun dia ada MC untuk seminggu. Hish...
Oh, tiap kali check up doktor memang akan scan dan akan print dan stapler di kad kesihatan. Tapi aku tak sempat nak masukkan dalam blog. Takpela ek. Ni pun curi curi online kat ofis. Hehe...
So sekarang, teruskan kehidupan macam biasa. Next check up 18hb Jun. Tak sabar la nak tunggu next month.
So far, En Tingkerbell tak cakap lagi nama anak nak apa, atau panggilan apa. So agak agak dia nak dipanggil apa? Mama Papa? Ibu Ayah? Umi Babah? Ma Pa? Entah.. Tunggu jela... :þ
Ralat: Berat aku 47kg dan 48.5kg bukan 37kg dan 38.5kg masa first and 2nd check up. Harap maklum yer. ;)

Happiness
Wednesday, May 20, 2009
Surat Terbuka Untuk En Tingkerbell
Kehadapan suami ku, Muhamad Syahbani Parun,
2 hari awak senyap jek nih. Tanya sepatah, jawab sepatah. Ishk, tak sedap ati la camni. Nak tidur pun sekarang dah takde goodnight kiss nih. Awak tidur pun, amik port ujung-ujung katil je macam tak nak dekat-dekat ngan orang. Tolak sikit pun dah boleh jatuh katil dah tu. Tapi takkan orang nak tolak awak sampai jatuh katil kot kan?
Nak tidur pun awak dah tak peluk orang. Awak peluk selimut je sebab bantal peluk orang punya. Lain macam la...
Nape ni wak... Orang tau la orang salah. Tapi orang tak sengaja k. Benda kecik je. Dah la, jangan la merajuk lagi. Nanti baby dalam perut ni pun sedih gak la.
Awak,
Malam tadi awak balik umah pun awak senyap je. Tak nak cakap dengan orang ke? Tak nak bagitau apa-apa news ke? Sebelum ni ada je benda awak nak cerita kalau balik umah. Sekarang ni senyap je. Awak buat orang jadi tak senang duduk tau. Malam tadi nak tanye awak pape pun, macam takut-takut je orang nak cakap.
Orang tanya awak nak orang goreng telur dadar macam biasa tak untuk awak. Awak cakap "Hmm" je. Alaaa..tak best la awak cakap ngan orang camtu.
Dua hari awak tak macam selalu, orang rasa lain la. Jangan la macam ni. Ok, orang janji orang tak buat lagi k. Janji ni...
Awak,
Orang tau awak tak sihat. Awak sakit kaki, lutut awak lari masa jatuh main takraw hari tu. Nasib baik masa x-ray kat Pusrawi kelmarin doktor cakap takde pape. Tapi awak tak ingat ke. Masa awak balik umah hari Sabtu lepas. Ahad pagi tu orang naik turun naik turun tangga tau panas kan benda nano tu nak tuam kat lutut awak. Pastu orang panaskan batu garam 2, 3 kali kat kuali pastu tuam kat lutut awak. Abah mak cakap elok untuk lutut awak. Sebab tu masa x-ray, doktor kata tulang ok. Berkat orang tuam kat kaki awak tau.
Orang tau awak MC 9 hari. Orang curi-curi tengok Kad Kesihatan awak. Sebab awak tak nak cerita kat orang pape kan. Sebab orang tau awak marah kat orang lagi.
Awak,
Dah 2 hari orang pergi kerja hati tak senang tau. Orang nak kejut awak bangun tidur, nak bagitau orang nak pergi kerja pun, orang takut-takut. 2, 3 minit gak la dok kat sebelah awak sampai orang lambat pergi kerja tau. Orang tengok je muke awak yang tengah lena tidur tu. Bila awak terjaga sendiri, baru orang cakap orang nak pergi kerja. Pastu awak cuma cakap "Pergila" tapi awak paling muka sebelah sana. Alaa... orang nak cium tangan awak ni, nak cium pipi awak ni. Nape awak paling muka?
Tapi orang cakap jugak, "Orang gi kerja dulu tau" pastu orang cium je pipi awak. Sedih la pergi kerja 2 hari ni.
Hari ni dengan semalam awak tak mesej orang langsung. Awak pergi mana, awak tak bagitau pun. Orang tau awak marah sampai tak nak bagitau orang pape. Tapi jangan la off handphone! Orang tak sedap hati la...
Awak,
Esok orang nak check up doktor nih. Nak tengok baby kita sihat ke tak dalam perut nih. Awak ikut tak? Selalunya awak ikut. Tapi esok orang tak tau la awak ikut ke tak. Ikutla wak, temankan orang. Bole tengok baby kita gerak-gerak dalam perut macam bulan lepas.
Tapi orang tau awak MC, tak sihat, jalan pun macam siput, kaki sakit lagi. Kalau tak ikut pun takpela. Orang paham. :-(
Orang mintak-mintak sangat orang balik umah ni nanti awak cakap la pape dengan orang yek. Jangan senyap. Kalau awak marah-marah orang pun takpe, lagi orang suka. Sebab awak dah back to normal. Kalau awak senyap tu yang lain macam tu...
Please... Orang mintak maaf. Mintak maaf sangat-sangat. Awak tak sayang orang ke? Maafkan la orang k. Bukan besar pun salah orang ni. Orang tak curang pun, orang cuma terbagitau umi awak yang awak kerja part time kat tempat snuker je. Tu je wak. Ok, pasni orang dah tak mau rapat-rapat dengan umi awak lagi. Kalau orang rapat sangat ngan umi awak tu yang orang jadi bercerita tu. Orang dengan umi awak kan dah macam mak dengan anak kandung. Tu yang rajin bercerita.
Sepatutnya awak lagi suka tau orang rapat dengan umi awak. Tapi silap orang la, terbagitau umi benda yang awak tak nak umi tau. Sorry k. Pas ni orang tak cite kat umi ngn abah awak pape lagi tau. Sebab orang tau, awak gado ngan abah awak pasal benda ni.
Tapi umi abah awak suruh orang buat bodo je dengan awak. Sebab awak ni degil. Tapi tak seronok la, bila awak buat 'dak boo' je dengan orang. Sebab awak tak manja-manja dengan orang la buat orang rasa tak seronok.
Awak,
Ingat tak masa kita berdua je dalam bilik. Masa tu malam, lepas solat maghrib. Kita gelak-gelak kuat kuat sebab kita main betting. Orang pukul awak, awak pukul orang. Orang kutuk-kutuk awak, awak kutuk orang. Awak buat muka comel awak cakap konon awak menang. Padahal orang yang menang tau! Pastu orang gelakkan awak sebab awak buat lawak bodo gile.
Pastu mak dengar kat luar mak cakap "Ape benda la seronok sangat. Kuat betul gelak" Ingat tak wak? Orang rindu la time time kita camtu. Hari-hari camtu kan seronok...
Awak,
Please... Back to normal, please...
Yang merinduimu walaupun kita sekatil,
Isterimu yang sah dengan sekali lafaz, Nurhasni Alias.

4
Kritikan
Label:
Gloomy,
Lovey Dovey
Friday, May 15, 2009
Kisah Sahabat
Aku pernah ada sahabat lelaki yang pernah berkata pada aku.
"Bercouple itu maksiat"
Itupun katanya setelah dibuat kajian dan pelbagai soal jawab kepada seorang ustaz. Dia bertanya kepada ustaz itu.
"Adakah cara lain untuk berdating secara halal (tidak mendatangkan maksiat)?"
Dan ustaz itu menjawab, "Tiada"
Maka sebab itulah, dia telah memutuskan perhubungannya dengan kekasih hatinya semata kerana tidak mahu melakukan maksiat.
Kawan aku ini bolehla dikatakan kawan baik. Bekas kekasihnya itu pun, adalah kawan baik aku juga.
Cinta bagai nak rak setahun dua, tiba-tiba diputuskan hubungan (title girlfriend & boyfriend) secara tiba-tiba. Bekas aweknya pernah meluahkan perasaan kepada aku, katanya seakan tidak adil dia diperlakukan sebegitu.
Walaupun tiada title girlfriend mahupun boyfriend, tapi kawan ku masih dikongkong sama seperti masa bertitle gf/bf. Aku sebagai perempuan of course faham perasaannya.
Kawan baik aku yang lelaki ini, tegas menyatakan dia takkan bercinta dengan kekasihnya. Diulang-ulang perkataan bercouple maksiat, berdating maksiat, macam-macam ber adalah maksiat.
Walaupun hubungan putus sebagai gf/bf, satu hari nanti dia tetap akan masuk meminang dan menikahi bekas kekasihnya ini.
Satu penantian yang pasti menyeksakan bagi aweknya kerana hidupnya sekarang seperti 'gantung tak bertali.'
Lebih kurang beberapa bulan selepas kata-kata keramat kawan aku itu, aku terkejut apabila terserempak dengan mereka berdua sedang berdua-duaan dalam kereta.
Oh, si lelaki mengajar perempuan belajar memandu rupanya.
Wah wah, mane pergi prinsip ko yang tak nak jumpa awek langsung. Tak nak bercouple langsung. Tak nak berdating langsung. Tak nak berdua-duaan langsung.
Pendek kata, "Cakap Tak Serupa Bikin"
Dengar cerita, bercouple balik. Ah, malas lagi aku nak amik port pasal diorang nih.
Tak lama lepas tu, dengar cerita dah bertunang. Dah bertunang? Tunang pun tak nak bagitau?! Mana tak geram, dua-dua kawan baik, dua-dua tak nak bagitau. Tau tau je, esok nye nak tunang.
Lepas je mereka tunang, lagi senyap. YM kadang-kadang tak berbalas, balas pun setakat sepatah perkataan je. "Sori, BZ."
Nyampah aku. Tau bz, tak payah la online YM. Kan?
Walaubagaimanapun, tahniah la kat korang sebab korang nak kawin dah. Esok, 16hb Mei 2009.
Selepas macam-macam dah kena kutuk, kena ngumpat, macam-macam benda jadi sepanjang persahabatan kita, korang kawin gak akhirnya.
Selamat Pengantin Baru buat Azuan Mat Sani dan Nuryani Yahya. Semoga kekal ke akhir hayat. Amin...
p/s: Tu pun si Azuan nak pos kad kawin. Bz sgt konon sampai tak nak bagi by hand. Ah, nak by hand gak kad kawin.
p/ss: Last last Yani yang bagi by hand. Hampeh punye Azuan.

2
Kritikan
Label:
Memories
Thursday, May 7, 2009
Kebodohan Tahap Gampang
"Kaklong, boleh tak tolong amik Abg Kamil kat KL Sentral. Abg Kamil baru balik dari Kuching ni. Takde sape nak amikkan dia. Hari Sabtu Kaklong half day kan. Lepas Kaklong balik kerja, tolong ambik dia yer. Nanti kol Abang Kamil bila dah kat KL Sentral."
"Ok, lagipun lepas kerja takde buat apa. Bole kot," balas aku.
Mulanya malas jugak, tapi fikir balik yang mintak tolong kat aku tu kakak saudara sendiri. Rapat pulak tu. Tambahan memang aku takde apa nak buat bila balik kerja nanti.
Husband sepupu aku ni, aku tak berapa rapat sangat. Tak kenal sangat pun. Kenal pun masa sepupu aku ni kawin la. Agak takut jugakla masa fikir nak amik Abang Kamil ni. Yela, dia sorang lelaki. Aku sorang perempuan.
Well, think positive. I'm a positive thinker, right?
Perjalanan dari Menara Citibank ke KL Sentral tu adalah dalam 15 minit. Tambah dengan jalan jem lagi. Dah nak sampai je, aku call Abg Kamil terus.
"Abg Kamil, Kaklong dah kat KL Sentral ni. Abg tunggu kat mana?"
Selepas penjelasan dari Abg Kamil, aku terus tunggu di tempat yang dinyatakan. 5 minit gak tunggu Abg Kamil sampai.
So aku terus tanya, samada nak hantar balik rumah terus ke? Aku pun tak tahu. Ikutkan hati aku memang nak balik terus ke rumah. Nasibla rumah Abg Kamil dan sepupu aku Kak Mila dekat je. Lepas hantar Abg Kamil balik ke rumah, aku pun boleh la balik terus tidur. Mungkin sebab jalan jem jadi aku takde mood sangat nak berjalan.
Abg Kamil terus call wife kesayangannya.
"Kita pergi ambik Kak Mila kat UTM Jalan Semarak yer. Kak Mila baru habis kelas. Lepas tu baru balik k."
"OK," balas aku mudah.
Dalam perjalanan aku tak banyak bercakap. Tapi aku terfikir-fikir. Berapa upah diorang nak bagi kat aku nanti. Heheh.. alaa.. RM10 pun dah cukup. Upah petrol dengan upah aku memandu jadi pemandu diorang hari ni. Abg Kamil ni dah la kerja pangkat besar kat Kuching tu. Dengar cerita dari makcik aku, gajinya ribu riban jugak la. Mesti upah lebih dari RM10 ni. Hehe.. Aku dah mula la berangan. Aku tak berharap sangat pun, tapi at least ada la sikit untuk minyak kereta yang dah nak kering nih.
Alaa.. sedangkan makteh aku pun yang kerja kilang tu, RM10 bagi. Gaji sebulan pun baru seribu lebih, tu pun lepas buat OT gila babas Sabtu Ahad.
Lepas mengharungi jalan jem, aku pun sampai ke UTM. Tunggu lagi 5 minit untuk Kak Mila turun. So, terus aku hantar mereka balik ke rumah.
Sampai di depan pagar, Abg Kamil dan Kak Mila terus turun dari kereta. Aku bukak bonet untuk mereka ambil beg-beg Abg Kamil yang agak banyak tu.
Aku dengan sepupu aku Kak Mila memang rajin bergurau. Dari kecik lagi aku memang suka menyakat Kak Mila bergurau dengan dia, bertepuk tampar. Semua dah biasa. Jadi macam biasa la ayat gurauan aku.
"Aik kak, takde upah ke? Hehehe," aku cakap dalam nada gurauan. Bukan nada serius pun.
Aku tengok Abg Kamil cuma senyum je.
Kak Mila yang di belakang kereta yang sedang memunggah beg Abg Kamil pun berkata, "Boleh... BOLEH BLAH!"
Abg Kamil dan Kak Mila terus ke pagar rumah, dan terus masuk ke dalam rumah. (Rumah tu pulak rumah mak bapak Kak Mila, bukan rumah sendiri pulak tu)
Aku??? Terasa macam BODOH. Mana terima kasih??? Mana??? Aku tak dengar pun.
Aku terasa macam sangat bodoh hari tu.
Aku tak berharap sangat duit korang, tapi kalau la laki ko dah kerja gaji ribu riban, takkan nak bagi aku duit minyak pun tak boleh. Please la appreciate sikit apa aku dah buat kat korang. Aku drive pergi balik amik korang, minyak kereta nak kering, ingat aku ni kuli korang ke? Terima kasih pun aku tak dengar. Kalau ada pun mungkin sayup sayup je.
Semenjak hari tu, apa saja diorang mintak aku tolong, aku takkan tolong. Sebab ini bukan kali pertama. Ini kali ke berapa ntah. Tapi sebab aku tak berkira, aku tolong jugak. Cuma kali ni paling teruk. Aku pulak yang kena sound. Sakit hati beb.
Balik rumah aku terus cerita kat mak. Mak aku pun geram. Aku cerita kat En Tingkerbell. En Tingkerbell lagi geram. Semua orang geram. Aku?? Lagi berjuta kali ganda sakit hati.
p/s: Dengar cerita sekarang mereka dah pindah ke rumah sewa. Sebab makcik aku sendiri tak tahan dengan perangai anak kandung dan menantunya yang kedekut dan berkira dengan mak sendiri.
p/ss: Kisah ini 3 tahun lepas tak silap. Tapi sampai sekarang aku takkan lupa sampai bila-bila.

Wednesday, May 6, 2009
"I Love U Too Sayang"
Dah lama aku tak post entri yang bernas sikit. Selalunya cerita mesti tentang diri aku, apa yang berlaku, bakal berlaku, telah berlaku, ishk macam boring la pulak kan.
Tapi kalau tak cerita, takde pulak cerita nak diceritakan. Sebab kadang-kadang pengalaman tu yang seronok untuk diceritakan. Especially pengalaman yang kelakar la kan.
Buat masa ni... Memang takde cerita kelakar ok? Hehehehe
So far ramai cakap aku dah gemok. Oh tidak! Yeke? Dah gemok ke? Macam tak best je title gemok tuh. So tadi aku gi toilet, tatap jap muke aku yang comel ni. Gemok ke? Eh eh, yela dah gemok. Dagu dah berlipat ni. Oh tidaks. Tidakss!!!
So apa kesimpulannya? Aku ambil semua ini dari sudut positif. Gemuk bermakna aku sangat sihat dan baby dalam kandungan ini sihat jugak. Cukup makan dan cukup semuanya.
Juga gemuk kerana gembira ada orang yang disayangi di sisi aku. Siapa lagi. Encik Tingkerbell.
Dulu masa mula-mula pregnant dulu, aku tak berapa yakin dengan Encik Tingkerbell. Tapi akhirnya, beliau telah membuktikan kepada aku betapa sayangnya dia pada aku. Masa bercinta/bertunang jangan harap nak dengar dia cakap sayang ke, rindu ke. Dah kawin pun jangan harapla nak dengar perkataan itu semua. Dalam mimpi saja bole.
Walaupun aku dah pregnant, masih lagi dia takkan ucap perkataan keramat tu. Sebab aku kenal perangai dia. Tapi aku tahu, jauh di sudut hati dia, dia sayang aku.
Aku pernah terharu sekejap masa aku sickness yang teruk masa awal-awal kehamilan. Dia belikan aku makanan untuk bekalan kat ofis, dia bawak aku pergi hospital, kadang-kadang aku tak perlu cakap aku sakit kepala, dia macam dah tau. Tanpa aku suruh, die akan picit kepala aku. Wah.. terharu gila la...
Kadang-kadang time dia tengah drive, tiba-tiba je tangan die letak kat perut aku. Wah wah, tak sabar perut besar ke sayang? Hehehe...
Sama la masa nak tidur pun. Mesti dia akan pegang perut aku, usap usap sampai la dia tertido.
Oh ya, aku pernah kena maki dengan En Tingkerbell sebab tak makan ubat. Teruk jugak aku kena marah. Sampai dia merajuk dengan aku, tak nak makan malam sama-sama dengan aku. Dia makan sorang, tinggalkan aku terkontang kanting dalam bilik lepas kena marah. Memang salah aku pun sebab tak makan ubat. Bukan malas, tapi aku LUPA. Tu la penyakit paling teruk sekali yang aku alami sekarang nih.
Tapi lepas dia makan, dia masuk bilik suruh gak aku pergi makan. Jangan tinggalkan perut kosong. Hihi.. aku kena marah pun, dia ajak gak makan.
So sekarang demi En Tingkerbell dan anak dalam kandungan, aku akan pastikan aku takkan lupa makan ubat.
So sekarang ni, kalau la siapa-siapa dapat suami atau kekasih tak romantik langsung macam aku ni, jangan ingat dia tak sayang. Sayang sebenarnya. Dia cuma tunjuk melalui perbuatan. Tak perlu kata-kata.
"Terima kasih sayang, orang tau awak sayang orang sangat-sangat. Muarhhhhh!!!"

Subscribe to:
Posts (Atom)