Monday, September 13, 2010

Cameron Highlands Part I

Sekarang aku berada di Bilik 239 Cool Point Hotel, Cameron Highlands.

Keadaan sangat seram sejuk di sini. Walaupun tanpa kipas dan tanpa penghawa dingin.

Bilik ini sangat besar, tapi ada 1 Queen Bed dan 2 Single Bed. Memang la tak cukup untuk kitorang sekeluarga ni.

Yang ada sini, Encik Abah, Puan Emak, Encik Tingkerbell, Little Cutiepie, Encik Idong, Cik Siput, Cik Gewdix dan Cik Mafia. Termasuk aku dah 8 dewasa, 1 bayi. Memang tak cukup semua nak tido atas katil. (Tapi bilik memang besar, diorang siap menari tarian Nobody by Wondergirls bersama-sama lagi)

Dan oleh kerana bilik yang sangat besar ini, abah tido kat bawah. Sorang sorang.

Si Encik Idong penakut tak nak tido bawah. Tak padan dengan idong besar. Tu pun nak takut.

Oh yer, Encik Abah tido berselimutkan langsir. Lagi tak boleh blah. Adoiyaiii...

Status sekarang: semua dah pengsan. Aku sorang je berblogging kat sini. Nak upload picca tapi takde gambar. Macamane?

Esok la aku tulis lagi. Nak tido. Semua dah sedap berudu. Eh salah, beradu.


p/s: Ade sape sape nak sponsor kamera digital tak? Hehehe

Thursday, September 9, 2010

Masih Bekerja (Bekerja??? Kerja ke?)

Hari ini, ramai tak kerja. Yela, last day Ramadhan. Esok dah raya.

Orang semua dah balik kampung.

Tapi aku kerja.

Ada juga dua, tiga orang bekerja.

Nasib Cik Nurul, Cik Senah, Cik Kemal temankan.

Oh, bos Cik Yanti ada. Tapi Cik Yanti takde, dah balik kampung.

Kenapa aku masih bekerja ni?

Sebab lepas raya nak cuti seminggu. (Save cuti)

Nasib baik hari ni company bagi halfday.

Rasa macam nak balik sekarang ni nak kemas rumah.

Jasad di sini. Tapi minda dah terbang. Minda di rumah.

Nak tolong mak buat rendang.

Nak packing baju Rayyan.

Nak packing baju Encik Tingkerbell.

Nak packing baju sendiri.

Nak masuk kuih raya dalam balang.

Adoi, takde mood.

Nasib Cik Senah ni banyak cakap. Ada la macam radio tambahan kat sini.

Tak habis habis lagi lipat drawing dia ni.

Alaaa......











Cepatla sikit pukul 1.00.


AKU NAK BALIK!!!

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Sebulan berlalu dengan cepat. Lagi beberapa hari nak sambut Syawal.

Dengan ini, aku dan keluarga ingin mengucapkan


Selamat Hari Raya Aidilfitri
serta

Maaf Zahir dan Batin


kepada sesiapa yang pernah tersinggung dengan kata kata atau pun perbuatan selama berkenalan atau berblogging atau berkawan atau sebagainya.

0-0 ok?








p/s: Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelum ini kerana kehadiran Muhamad Rayyan Danish, permata hatiku.

Adam's 1st Besday GA by ZuraZari

Aku nak join la GA dari ZuraZari ni. Memandangkan memang si Rayyan ni memang gila kentang pegang stereng.

Kalau nak tau syarat untuk join, boleh klik sini atau klik banner di side bar ok.

Oh yer, syarat kena pic baby pegang stereng yer.



.

.

.

.

.

.


Nama: Muhamad Rayyan Danish
Umur dalam picca: 6 bulan

Umur Sekarang: 10 bulan

Rayyan ada banyak pic pegang stereng. Tapi amik jela yang ni. Yang lain semua ada gambar aku kat blakang. Masa ni die tak bole berdiri betul pun. Hehehe.. Dok nak melompat jek pegang stereng.

Tarikh tutup adalah pada 10.10.10. Yeay!

Sunday, September 5, 2010

Bebel Sebelum Tidur

Once again, using my handphone, blogging.

Rayyan tido dah. Letih main, last last tido sendiri. Lagi senang macamtu. Malam takdela berjaga sangat.

Tadi layan movie kat tv2, Transformers. Dah tengok cerita ni banyak kali dah. Wayang, dvd, tapi still nak tengok gak kat tv. Sebab memang suka gile tengok Transformers. Memang best giler.

Hari ni, adik aku yang belajar kat JMTI Penang dah balik bercuti. So, chances nak guna komputer agak tipis sebab berebut la ramai beradik.

Oh yer. Aku sepatutnya tido umah sendiri, tapi aku tido umah mak aku hujung minggu ni atas sebab sebab tertentu.

Dan sebab Encik Tingkerbell ada kerja pun ye jugak. Pagi tadi mati mati aku ingat Nasi Lemak Kopi O tu start pukul 9 pagi. Terlambat sikit nak tengok Encik Tingkerbell beraksi.

Dia sangat poyo. Balik kena kutuk kaw kaw. Padan muka. Hehehe

Esok ada lagi. Tengok macamana plak. Nak kutuk apa lagi pasni. Yeay!

Ok, time go sleep. Jari dah letih. Dah la sambil baring. Lagi penat kot.


Daaaaaa~