Tuesday, June 3, 2014

Kesian Rayyan...




Kesian Rayyan Danish. Hari ni hari kedua dia demam panas. Pagi semalam demam, tapi tak sangka demam sampai macam gini skali.

Call mak tengahari semalam, mak kata Rayyan nak makan betik. Betik takde, ada mangga je. Makan mangga, muntah plak. Dah muntah, nak makan epal plak. Epal takde. Bagi la makan kek.

Lepas makan kek, dia tidur.

Tengah tidur mak cerita dia meracau racau dalam tidur. Mengigau la tu. Biasa la budak demam. Dalam tengahari mak kata, demam dah kurang. Lagipun dah bagi makan ubat. Dia siap cakap ngan opah dia, "Opah, Ayen dah baik. Meya demam lagi."

Kebetulan sepupu dia Aireen Humaira (panggil Meya atau Ayin) demam panas jugak.

Encik Tingkerbell kata, takpe la. Bawak jela Rayyan pergi klinik lepas aku balik kerja.

Balik kerja, amik Encik Tingkerbell kat rumah, mandi siap siap, terus pergi umah mak amik anak anak.

Rupanya petang tu demam teruk balik. Sebab mulanya ingat kalau Rayyan tak demam sangat, just bagi ubat demam je. Pastu tak yah gi klinik. Tapi rasa suhu badan dia, mak aiii.. Panas betul. So buat keputusan, pergi gak klinik. Rayyan pun tak larat nak berdiri, nak berjalan. Siap komplen dia kata die pening.

Kat klinik, check suhu, 39.9°C! Suhu sangat tinggi bagi budak macam dia! Doktor pun kata tinggi sangat, so disarankan amik ubat masuk ikut bontot tu. Biar cepat kebah. Balik klinik, kami tapau beli mekdi drive thru je lagipun hujan lebat. Rayyan pun lapar, mintak bubur mekdi.

Kat rumah, semua permintaan Rayyan, layan je. Tengok kartun, main tab, nak bubur, nak air. Layan jela. Tengah malam gitu, suhu badan dah kurang. Alhamdulillah... Lega sangat.

Tetiba pagi ni, Rayyan demam panas balik! Panas betul sama macam semalam. Kesian sangat kat Rayyan. Bibir dia makin merah dah. Kejap kejap nak minum air keje dia.

Hantar kat rumah mak, atok Rayyan beli daun sireh. Sapu badan ngan air sireh, bagi minum air kelapa. And aku dah siap pesan kat mak, jangan lupa kasi ubat. Encik Tingkerbell cakap kalau masih panas lagi, kena bawak gi hospital. Lagipun doktor pesan kalau masih panas, kena check darah pulak. :O

Takmo la sampai check darah. Hopefully by today Rayyan dah kebah sket panas dia. Risau sangat ni. Tengah musim demam sebab rasanya ramai sangat budak budak baya Rayyan ni demam panas.

Doakan.

Rayyan demam panas.


p/s: Teringat balik masa Rayyan demam panas dulu. Tragedi Raya ke-4 tahun 2011.

Thank you for spending time reading this entry yaw!

Sunday, June 1, 2014

Selamat Ulang Tahun, Sayang






Hari ni 1 Jun 2014 (Ahad), adalah hari jadi Encik Tingkerbell a.k.a Encik Suami saya Encik Muhamad Syahbani Bin Parun.


SELAMAT ULANG TAHUN YANG KE-33


Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan setia menjadi anak, suami dan ayah yang diberkati Allah. Ibu, Rayyan, Syauqie sayang Ayah sangat sangat.

I love you forever and ever and ever. Muarhhhhhhh!


♥♥♥ FOREVER AND EVER ♥♥♥



p/s: Encik Tingkerbell kalau tangkap gambar memang macam ni je muka dia.


Thank you for spending time reading this entry yaw!

Wednesday, May 28, 2014

Kisah Raja Sehari Mega 2014





Entri ni agak panjang sebab aku banyak nak membebel kat sini.


Siapa tahu pasal Majlis Raja Sehari Mega 2014 anjuran Pertubuhan Belia Wawasan Baharu? Actually aku tak tau pun sampai la sepupu Encik Tingkerbell umumkan kat family yang beliau dan pasangan bernasib baik terpilih antara salah satu pasangan yang diijabkabulkan.

Nikah, 24hb Mei 2014 (Sabtu) tu tak dapat attend sebab dah diberitahu awal awal budak budak tak boleh masuk. So, kebetulan hari tu aku kerja half day, so baik pergi kerja. Berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Okey meh aku tempek brochure pasal benda ni. Curi dari google okeh.



Yup, bayar RM5,000 untuk join semua ni. Berbaloi? Hmm.. Entah. Bagi aku macam tak je.

Gambar sepupu, belah kanan sekali area atas warna baju Pink Purple. Diorang je Pink Purple situ. Gambar ni dicedok dari Utusan Online.
Makanya, hari Mega tersebut iaitu hari persandingan beramai ramai tu berlangsung 25 Mei 2014 di Dewan A, MAEPS Serdang.

Kad jemputan. Takde kad, tak boleh makan.
Kad WAJIB bawak sebab masa nak amik makanan, kad diserahkan kepada tukang jaga makanan. Kira nak control jemputan la ni sebab setiap pasangan boleh jemput 100 jemputan je.

Kad pun disediakan oleh penganjur. 1 kad, 1 orang. So kitorang dapat 2 la sebab aku ngan Encik Tingkerbell kan. Budak budak bawah 12 tahun free kot. Entah.


Okey, kami sesat masa nak datang sini.
Yup! Kami sesat. Konvoi pun sesat. Kami follow kereta FIL, diorang guna Waze. Waze pulak bagi jalan salah. Sampai ke Bandar Kinrara perginya. Kawasan perumahan. Apakah.

Last last, Encik Tingkerbell jugak lead konvoi. Kira aku la bagitau jalan sebab aku yang tengok map, aku yang tengok google map, aku yang instruct Encik Tingkerbell masuk jalan mana. Akhirnya sampai jugak.

Okey, dewan memang besar gile babs. Sampai dewan kul 11 pagi, dah penuh dewan ramai gila orang. Nasib setiap jemputan dah disetkan dok meja mana. Agak hectic. Kad jemputan kata jamuan makan jam 11 pagi. Tapi 11 pagi tak nampak apa apa pun kat meja buffet. KOSONG.

Tetamu semua menunggu jela. Aku jalan jalan la amik gambar sementara tu.



Bergambar dengan 'bunting' pengantin. Pengantin belum sampai. Huhuhu
Deretan kek. Ade 73 pasangan, maka 73 kek semua. (macam la aku kira)
Suasana dewan.
Suasana dewan.
Kita selfie dulu!
Ayah layan Syauqie.

Dalam pukul 12 lebih baru nampak makanan. Kebetulan pulak meja kitorang memang dekat dengan meja buffet tu, so aku dan sepupu lain antara terawal yang dapat makanan. Encik Tingkerbell jagan Syauqie dulu. Dia makan kemudian. Tetamu lain dah beratur panjangggggggggggggggggg. Okey boleh bayangkan tak panjang mana???

Memang masing masing beratur bawak kad. Sebab kad nanti kena handover kad kat petugas.

Ingatkan dapat makanan, terubat la rasa lapar ni. Sekali tak bole makan daaa.. Okey kenapa? Nasi minyak TOTALLY BAU HANGIT KUAT GILA. Ayam keras, daging bau macam mentah, pajeri nenas macam pahit sket. Harapkan papadom ngan buah oren je.

Air minuman? TAKDE. Ya, AIR MINUMAN TIADA.

Masa aku beratur amik makanan tu pun ada sorang brader tu dah sound petugas situ pasal air. Air kenapa tak siap lagi. Yela, brader tu ada hak nak marah. Sebab dah la makanan lambat, air lagi lambat. Serve makanan tapi air takde. Kelakar kan?

Petugas tu pulak macam student IPTA atau budak sekolah je. Budak tu pun dah tension. Siap cakap, "ah, ni aku malas nak jaga sini ni."

Oh yer, masa amik makanan, nasi amik sendiri. Lauk pauk petugas cedokkan. Memang nasib kau la dapat sikit sebab nak control makanan.

Lupe nak amik gambar makanan. -_-"

Tapi memang nak bagitau makanan dia aku tak boleh makan. Nasi masuk dalam mulut, tapi tak boleh blah. Nasi takde rasa, yang kuat bau hangit dia. Kuat gila. -_-"

Sementara tetamu beratur panjang, masa tu jugak la ade dengar suara orang selawat, masa yang sama jugak ada emcee yang dok sebut satu satu nama pengantin. Eh, semua ke laut. Emcee ke laut, selawat ke laut, mane satu nak dengar? Serabut gila. 

Lepas nama pengantin dah sebut, emcee tu (entah la sape) tibe tibe sound tetamu, siap bagi warning nanti kalau menteri sampai jangan sesekali lalu kat depan laluan ni. PAHAM? Die dok ulang ulang sampai tinggi betul suara dia marah semua orang pasal jangan lalu depan ni kalau ada menteri.

Okey, pada pandangan aku la. Majlis sebesar alam yang konon MEGA sangat ni, kau tak bole expect semua orang dengar apa kau cakap. Lagipun, semua orang sebok bersembang dengan family masing masing, sebok nak beratur amik makanan, bukan nak dengar sangat apa kau cakap. Apa salahnya kau tugaskan someone jaga kawasan perimeter (lets say petugas IPTA kau tu) untuk halang sape sape lalu kat laluan yang diharamkan sangat tu. Susah sangat ke?

Banyak kelemahan sebenarnya mesti diperbaiki. Macam susunan meja tetamu dengan susunan kek pengantin tak selari, dan aku rasa aku bole dapat banyak lagi kelemahan kalau aku stay sana sampai habis majlis.

Malangnya Encik Tingkerbell tak tahan, lapar tapi tak boleh makan (lagipun nasi habis, like I said) maka kami balik pukul 1 lebih gitu. Salam salam ngan sedara mara, then kami pergi cari pengantin ngan FIL sebab diorang makan beradap.

Makan beradap kat meja bulat. Ade 73 pasangan pengantin, kitorang nak mencari pengantin antara banyak banyak meja kat situ memang tak jumpa lah kannn... Makanya kami balik je tak jumpa pengantin. Sorry sangat. Encik Tingkerbell saya tu memang tak sabar orangnya.

Maka kami keluar dewan, berjalan di tengah tengah panas tu balik rumah. Syauqie terus lentok je bila masuk dalam kereta. Dapat aircond la katakan. Sedap la tido. So kami buat keputusan, beli je makanan luar, tapau makan kat rumah dok bawah aircond. Lagi sedap. Sambil tengok tv. Lagi best.

So masa dah kekenyangan, mata mengantuk, sambil berbaring sebelah Encik Tingkerbell, scroll FB dan adik ipar tag nama kat FB regarding this event.

Nama adik ipar dan ayah mertua dicensored kan yer.


Ha ini lah katerer pada event tu.
For me, ini melampau sebenarnya. Even my kakak ipar pun ade post status yang menunjukkan kebengangan terhadap katerer ni. Tapi kisah selanjurnya, tak tau sangat sebab kami dah balik awal kan. -_-"

Even pengantin siap post status kat FB minta maaf dengan sedara mara. Tak pasal pasal pengantin yang susah hati kan. Padahal ini big day diorang.

Rasanya kakak ipar dah buat tindakan, lanjutkan benda ni ke Kementerian Belia dan  Jabatan Pengguna kot. Tak sure. Mintak benda ni diambil perhatian dan semoga kejadian sama tak berulang lagi dan harap next time tak jadi lagi benda benda camni. Malukan kerajaan je.

Anyway, Selamat Pengantin Baru buat Intan Nurul Asyiqqah Binti Sahlan dan Mohd Anbari Bin Azman. Semoga kekal ke akhir hayat. Selamat menempuhi alam berumah tangga. :)

Nikah di Masjid Putrajaya - curi pic dari FB Nurul. Hehehe

Gambar resepsi. Curi dari FB Nurul gak. 

Last but not least, gambar bahagia kami sekeluarga kat pelamin kecik. Hihihii.. 

One more family member is coming!

:)




Thank you for spending time reading this entry yaw!

Monday, May 26, 2014

Review : Ah Cheng Laksa, KL Festival City Mall




Mungkin ramai sedia maklum yang aku ni hantu laksa. Yes, aku memang hantu laksa. So, Sabtu lepas pergi KL Festival City sebab nak membeli barang sikit kat Parkson. Masa tu dah pukul 2 petang, lunch pun belum. Masa tu berdua je pergi dengan my sis, Cik Ta. (Anak buah panggil Cik Ta sebab pelat tak boleh sebut Cik Ka)

So, my sis suggest makan kat Ah Cheng Laksa kat Level 1. Kiosk dia kecik je. Kebetulan ada seat cukup cukup untuk kami berdua. Lain lain tempat penuh ada orang! Kami duduk je, ramai dah beratur nak pergi beli. Nasib kitorang sempat beli, tak yah beratur panjang.

Asam Laksa dengan Air Soya.

Aku sebenarnya tak suka sangat Asam Laksa. Aku prefer Laksa Penang. Tapi first time la makan Asam Laksa yang sedap. Tak dinafikan la, memang sedap compare dengan mana mana tempat lain yang jual Asam Laksa.

Harga Asam Laksa, RM7.90. Quite expensive. But what do you expect kan, sewa kiosk dia mahal kot. Air minuman (tak ingat air apa ada lagi selain soya) harga RM2.50.

Tapi kalau beli set makanan + minuman, RM9.90 sahaja. Jimat la 50 sen kat situ.

Macam tak puas je makan. Rasa nak tambah je lagi. Maybe sebab kongsi kot. Hahahaha.. Nama pun hantu laksa kan, mane cukup 1 mangkuk.

My sis, Cik Ta.

Cawan kertas dia pun nak amik gambar ke?

Hantu laksa.

Kami kongsi kongsi jer.

Selain dari Asam Laksa, ada Nasi Lemak, Kari Laksa, Pan Mee. Masa kami makan tu, tengok kiri kanan ramai order Pan Mee. Since kami tak pernah makan, saja nak try gak. So bungkus la beli satu Pan Mee bawak balik rumah.

Tak amik gambar plak sebab lupa. -_-"

Tapi boleh dikatakan Pan Mee ni ada lah Doughy Noodles bersama dengan ikan bilis, ayam cincang, cendawan dan sup. Sup dia pulak macam sup bayam, siap ada sayur bayam sekali. Tapi sayur macam sayur ubi pun ade gak. Entah.

So far, sedap gak Pan Mee ni. Adik aku Apis yang kebetulan ada kat rumah, join makan, dia pun sebok tanya "beli kat mana, eh sedap la, nanti nak beli laaa.."


Abaikan muka itu. Dan perut itu.

Okey dah beli. Boleh balik. Oh yer, Ah Cheng Laksa ni banyak cawangan gak rupanya. Boleh tengok website diorang, www.ahchenglaksa.com.my . Aku kasi rate 4/5. ☺

Selamat mencuba.



Thank you for spending time reading this entry yaw!

Friday, May 23, 2014

Siapa Pernah Guna Menatang Ni?




Okey, kan aku cerita pasal jenjalan kat Sunway Pyramid kat entri ni kan. Sebelum balik tu singgah gi toilet jap. Tapi aku lepak dalam toilet lama sikit sebab tak pakai paip biasa, atau bidet biasa yang pulas pulas kat tepi tu.

Ni kira aku jakun gila lah masuk toilet pastu nak cuci kena tekan benda alah ni.

Okey la, korang dah pernah try. Aku tak pernah. So, aku memang jakun k. Siap tangkap gambar bagai nak tunjuk laki aku. Hahahaha..

Adik aku pun masuk toilet. Masuk kemudian tapi die keluar awal. Bila tanya, masuk toilet mana. Dia kata toilet cangkung. Aku masuk toilet duduk. Then aku cite la benda alah ni. Dia kata patutla lama gila dalam toilet. Siap ade dengar bunyi "tet tet tet tet" macam orang tekan punat microwave nak masak kek. Eh eh eh

Pengalaman la, duduk je rasa suam suam je tempat duduk ni. Sebab memang dah disetkan temperature seat tu agak 'warm warm' je.

Lepas settle 'urusan kecik' aku, mula la aku gelabah nak tekan ape nih?

Aku tekan je semua main agak agak je. Nasib usaha berjaya lepas dok tekan tekan tet tet tet tet bunyi nya.



Ni lah benda alah tu. 

Bangun je nak blah, nampak plak Cara Penggunaan. Laa.. apsal la aku tak perasan tadi. Punye la dari tadi aku godek godek sendiri je.


Cara penggunaan bidet Coway yang canggih sangat. Macam kat Jepun je.

Keluar toilet siap bangga gila tunjuk kat Encik Tingkerbell aku jakun sangat dalam toilet. Dia sengih je macam kerang busuk. Elehh.. nak try gak ah tuuu.. Muahahahaha


Thank you for spending time reading this entry yaw!