Wednesday, May 28, 2014

Kisah Raja Sehari Mega 2014





Entri ni agak panjang sebab aku banyak nak membebel kat sini.


Siapa tahu pasal Majlis Raja Sehari Mega 2014 anjuran Pertubuhan Belia Wawasan Baharu? Actually aku tak tau pun sampai la sepupu Encik Tingkerbell umumkan kat family yang beliau dan pasangan bernasib baik terpilih antara salah satu pasangan yang diijabkabulkan.

Nikah, 24hb Mei 2014 (Sabtu) tu tak dapat attend sebab dah diberitahu awal awal budak budak tak boleh masuk. So, kebetulan hari tu aku kerja half day, so baik pergi kerja. Berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Okey meh aku tempek brochure pasal benda ni. Curi dari google okeh.



Yup, bayar RM5,000 untuk join semua ni. Berbaloi? Hmm.. Entah. Bagi aku macam tak je.

Gambar sepupu, belah kanan sekali area atas warna baju Pink Purple. Diorang je Pink Purple situ. Gambar ni dicedok dari Utusan Online.
Makanya, hari Mega tersebut iaitu hari persandingan beramai ramai tu berlangsung 25 Mei 2014 di Dewan A, MAEPS Serdang.

Kad jemputan. Takde kad, tak boleh makan.
Kad WAJIB bawak sebab masa nak amik makanan, kad diserahkan kepada tukang jaga makanan. Kira nak control jemputan la ni sebab setiap pasangan boleh jemput 100 jemputan je.

Kad pun disediakan oleh penganjur. 1 kad, 1 orang. So kitorang dapat 2 la sebab aku ngan Encik Tingkerbell kan. Budak budak bawah 12 tahun free kot. Entah.


Okey, kami sesat masa nak datang sini.
Yup! Kami sesat. Konvoi pun sesat. Kami follow kereta FIL, diorang guna Waze. Waze pulak bagi jalan salah. Sampai ke Bandar Kinrara perginya. Kawasan perumahan. Apakah.

Last last, Encik Tingkerbell jugak lead konvoi. Kira aku la bagitau jalan sebab aku yang tengok map, aku yang tengok google map, aku yang instruct Encik Tingkerbell masuk jalan mana. Akhirnya sampai jugak.

Okey, dewan memang besar gile babs. Sampai dewan kul 11 pagi, dah penuh dewan ramai gila orang. Nasib setiap jemputan dah disetkan dok meja mana. Agak hectic. Kad jemputan kata jamuan makan jam 11 pagi. Tapi 11 pagi tak nampak apa apa pun kat meja buffet. KOSONG.

Tetamu semua menunggu jela. Aku jalan jalan la amik gambar sementara tu.



Bergambar dengan 'bunting' pengantin. Pengantin belum sampai. Huhuhu
Deretan kek. Ade 73 pasangan, maka 73 kek semua. (macam la aku kira)
Suasana dewan.
Suasana dewan.
Kita selfie dulu!
Ayah layan Syauqie.

Dalam pukul 12 lebih baru nampak makanan. Kebetulan pulak meja kitorang memang dekat dengan meja buffet tu, so aku dan sepupu lain antara terawal yang dapat makanan. Encik Tingkerbell jagan Syauqie dulu. Dia makan kemudian. Tetamu lain dah beratur panjangggggggggggggggggg. Okey boleh bayangkan tak panjang mana???

Memang masing masing beratur bawak kad. Sebab kad nanti kena handover kad kat petugas.

Ingatkan dapat makanan, terubat la rasa lapar ni. Sekali tak bole makan daaa.. Okey kenapa? Nasi minyak TOTALLY BAU HANGIT KUAT GILA. Ayam keras, daging bau macam mentah, pajeri nenas macam pahit sket. Harapkan papadom ngan buah oren je.

Air minuman? TAKDE. Ya, AIR MINUMAN TIADA.

Masa aku beratur amik makanan tu pun ada sorang brader tu dah sound petugas situ pasal air. Air kenapa tak siap lagi. Yela, brader tu ada hak nak marah. Sebab dah la makanan lambat, air lagi lambat. Serve makanan tapi air takde. Kelakar kan?

Petugas tu pulak macam student IPTA atau budak sekolah je. Budak tu pun dah tension. Siap cakap, "ah, ni aku malas nak jaga sini ni."

Oh yer, masa amik makanan, nasi amik sendiri. Lauk pauk petugas cedokkan. Memang nasib kau la dapat sikit sebab nak control makanan.

Lupe nak amik gambar makanan. -_-"

Tapi memang nak bagitau makanan dia aku tak boleh makan. Nasi masuk dalam mulut, tapi tak boleh blah. Nasi takde rasa, yang kuat bau hangit dia. Kuat gila. -_-"

Sementara tetamu beratur panjang, masa tu jugak la ade dengar suara orang selawat, masa yang sama jugak ada emcee yang dok sebut satu satu nama pengantin. Eh, semua ke laut. Emcee ke laut, selawat ke laut, mane satu nak dengar? Serabut gila. 

Lepas nama pengantin dah sebut, emcee tu (entah la sape) tibe tibe sound tetamu, siap bagi warning nanti kalau menteri sampai jangan sesekali lalu kat depan laluan ni. PAHAM? Die dok ulang ulang sampai tinggi betul suara dia marah semua orang pasal jangan lalu depan ni kalau ada menteri.

Okey, pada pandangan aku la. Majlis sebesar alam yang konon MEGA sangat ni, kau tak bole expect semua orang dengar apa kau cakap. Lagipun, semua orang sebok bersembang dengan family masing masing, sebok nak beratur amik makanan, bukan nak dengar sangat apa kau cakap. Apa salahnya kau tugaskan someone jaga kawasan perimeter (lets say petugas IPTA kau tu) untuk halang sape sape lalu kat laluan yang diharamkan sangat tu. Susah sangat ke?

Banyak kelemahan sebenarnya mesti diperbaiki. Macam susunan meja tetamu dengan susunan kek pengantin tak selari, dan aku rasa aku bole dapat banyak lagi kelemahan kalau aku stay sana sampai habis majlis.

Malangnya Encik Tingkerbell tak tahan, lapar tapi tak boleh makan (lagipun nasi habis, like I said) maka kami balik pukul 1 lebih gitu. Salam salam ngan sedara mara, then kami pergi cari pengantin ngan FIL sebab diorang makan beradap.

Makan beradap kat meja bulat. Ade 73 pasangan pengantin, kitorang nak mencari pengantin antara banyak banyak meja kat situ memang tak jumpa lah kannn... Makanya kami balik je tak jumpa pengantin. Sorry sangat. Encik Tingkerbell saya tu memang tak sabar orangnya.

Maka kami keluar dewan, berjalan di tengah tengah panas tu balik rumah. Syauqie terus lentok je bila masuk dalam kereta. Dapat aircond la katakan. Sedap la tido. So kami buat keputusan, beli je makanan luar, tapau makan kat rumah dok bawah aircond. Lagi sedap. Sambil tengok tv. Lagi best.

So masa dah kekenyangan, mata mengantuk, sambil berbaring sebelah Encik Tingkerbell, scroll FB dan adik ipar tag nama kat FB regarding this event.

Nama adik ipar dan ayah mertua dicensored kan yer.


Ha ini lah katerer pada event tu.
For me, ini melampau sebenarnya. Even my kakak ipar pun ade post status yang menunjukkan kebengangan terhadap katerer ni. Tapi kisah selanjurnya, tak tau sangat sebab kami dah balik awal kan. -_-"

Even pengantin siap post status kat FB minta maaf dengan sedara mara. Tak pasal pasal pengantin yang susah hati kan. Padahal ini big day diorang.

Rasanya kakak ipar dah buat tindakan, lanjutkan benda ni ke Kementerian Belia dan  Jabatan Pengguna kot. Tak sure. Mintak benda ni diambil perhatian dan semoga kejadian sama tak berulang lagi dan harap next time tak jadi lagi benda benda camni. Malukan kerajaan je.

Anyway, Selamat Pengantin Baru buat Intan Nurul Asyiqqah Binti Sahlan dan Mohd Anbari Bin Azman. Semoga kekal ke akhir hayat. Selamat menempuhi alam berumah tangga. :)

Nikah di Masjid Putrajaya - curi pic dari FB Nurul. Hehehe

Gambar resepsi. Curi dari FB Nurul gak. 

Last but not least, gambar bahagia kami sekeluarga kat pelamin kecik. Hihihii.. 

One more family member is coming!

:)




Thank you for spending time reading this entry yaw!

13 comments:

  1. assalamualaikum
    tahniah diucapkan :)
    jempot dtg blog sy ,cuci cuci mata
    kalau nak cari baju raya pun saya ada...
    datang ya :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. And definitely terrible as well. How dare they said, they serve us like feed a chicken? No manners at all.

      Delete
  3. hi dear
    kazen iena pn join event nie sekali
    pasal makanan tu mmg x boleh nak kate ape la totally out lah kan
    iena pn x berani nk update pasai makanan tu sb iena salah sorang dari team ijabkabul jugak
    tapi iena team make up artist..
    yg laen2 tu iena tak terlibat
    so far dari team make up artist ade problem tak from ur side?
    klu event management tu kami mmg tak tau
    part makanan tu mmg sgt kecewa lah kn
    air buat pakai air paip ??
    uishh teruk nye caterer tu
    naseb minum minirel je sb air xde time tu
    sepatutu nya dorang kene bg job dkt berlainan caterer baru ok
    satu caterer nak handle belas ribu org cmne tu..
    dlm team make up artist pn masing2 ade luhkan perasaan pengantin xpuas aty dgn event nie
    tp kami cume make up artist je
    xtau menau pasal management

    jemput singgah
    www.ienaeliena.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab katerer tu, memang betul. Patutnya boleh bagi tender kat katerer lain gak, takkan satu katerer je nak handle semua. Tak mampu rasanya kan.

      Bab make up, rasanya takde ape. Cuma memang terkilan bab makan dan organizer tu.

      Lagi satu, masa event, memang satu family dapat 10 meja. (100 tetamu) Tapi kami tambah lagi 2 meja, which is kami kena bayar lagi RM12.50/orang x 20 orang. Maknanya pakcik saya bayar lagi RM250 untuk penambahan meja (tetamu lagi 20 org).

      On that day, kami diberi 9 meja sahaja! That part memang kami kena buat tindakan sebab dah bayar. Bab tu, tak tau ape tindakan pakcik saya tapi organizer memang tak bole makan duit macam tu je.

      And plus, masa FIL call katerer ni, dia mmg kuang ajar pun. Kalau dia mintak maaf pasal kekurangan ni takpe bole terima, tapi dia boleh kuang ajar lagi. Itu yang kami marah sangat tu.

      Delete
  4. ok noted..sebagai someone yang belum kahwin saya akan beringat untuk menolak event-event sebegini walaupun dapat free..hehe.tentu arah buat majlis kecik-kecik untuk family janji semua puas hati kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Tapi semua bergantung kat organizer gak, kalau pandai urus, okey jerr kan..

      Delete
  5. assalamualaikum.....yang saya tahu....caterer tu sebenarnya xbersalah...sebab pada mulaya cheff caterer Uncle Ali Ctering tu..hanya menjadi pemerhati...pada mulanya kerja2 di dapur sebenarnya diadakan secara rewang...yang menolong acara rewang tersebut adalah wanita2 umno..akan tetapi..pada majlis rewang tersebut...wanita2 umno hanya dtg bergambar sahaja...saya kesian dengn pengurusan UAC tersebut..terpaksa menjadi tukang masak pada hari tersebut...umpama macam bidan terjun lah....secara tidak langsung nama caterer tersebut busuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pada tahun 2013 Uncle Ali Catering adalah caterer utk majlis perkahwinan 2013 di masjid besi....semuanya Alhamdulillah berjalan dengan lancar...

      Delete
  6. Takut plak dengar sy ikut anjuran tu.utk bulan 6 thn nie putrajaya jugak.da xsedia jurumekap yime nikah.sy xreti sgt bab2 mekap nie.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. bleh i dpt ur kak ipar no? dia kwan i mse kt event 2..i pon join event 2 on (may 2014) itupon dapat sponser dr makcik utk event nie..nyesal gak join, hehehe..nseb laa dapat brsanding majlis sndri dgn pnuh meriah nye on (september 2014)..tp thanks 2 auntie yg sponser join raja sehari mega nie.

    ReplyDelete

Takkan baca je kot? Komen tak nak?