Monday, May 26, 2014

Review : Ah Cheng Laksa, KL Festival City Mall




Mungkin ramai sedia maklum yang aku ni hantu laksa. Yes, aku memang hantu laksa. So, Sabtu lepas pergi KL Festival City sebab nak membeli barang sikit kat Parkson. Masa tu dah pukul 2 petang, lunch pun belum. Masa tu berdua je pergi dengan my sis, Cik Ta. (Anak buah panggil Cik Ta sebab pelat tak boleh sebut Cik Ka)

So, my sis suggest makan kat Ah Cheng Laksa kat Level 1. Kiosk dia kecik je. Kebetulan ada seat cukup cukup untuk kami berdua. Lain lain tempat penuh ada orang! Kami duduk je, ramai dah beratur nak pergi beli. Nasib kitorang sempat beli, tak yah beratur panjang.

Asam Laksa dengan Air Soya.

Aku sebenarnya tak suka sangat Asam Laksa. Aku prefer Laksa Penang. Tapi first time la makan Asam Laksa yang sedap. Tak dinafikan la, memang sedap compare dengan mana mana tempat lain yang jual Asam Laksa.

Harga Asam Laksa, RM7.90. Quite expensive. But what do you expect kan, sewa kiosk dia mahal kot. Air minuman (tak ingat air apa ada lagi selain soya) harga RM2.50.

Tapi kalau beli set makanan + minuman, RM9.90 sahaja. Jimat la 50 sen kat situ.

Macam tak puas je makan. Rasa nak tambah je lagi. Maybe sebab kongsi kot. Hahahaha.. Nama pun hantu laksa kan, mane cukup 1 mangkuk.

My sis, Cik Ta.

Cawan kertas dia pun nak amik gambar ke?

Hantu laksa.

Kami kongsi kongsi jer.

Selain dari Asam Laksa, ada Nasi Lemak, Kari Laksa, Pan Mee. Masa kami makan tu, tengok kiri kanan ramai order Pan Mee. Since kami tak pernah makan, saja nak try gak. So bungkus la beli satu Pan Mee bawak balik rumah.

Tak amik gambar plak sebab lupa. -_-"

Tapi boleh dikatakan Pan Mee ni ada lah Doughy Noodles bersama dengan ikan bilis, ayam cincang, cendawan dan sup. Sup dia pulak macam sup bayam, siap ada sayur bayam sekali. Tapi sayur macam sayur ubi pun ade gak. Entah.

So far, sedap gak Pan Mee ni. Adik aku Apis yang kebetulan ada kat rumah, join makan, dia pun sebok tanya "beli kat mana, eh sedap la, nanti nak beli laaa.."


Abaikan muka itu. Dan perut itu.

Okey dah beli. Boleh balik. Oh yer, Ah Cheng Laksa ni banyak cawangan gak rupanya. Boleh tengok website diorang, www.ahchenglaksa.com.my . Aku kasi rate 4/5. ☺

Selamat mencuba.



Thank you for spending time reading this entry yaw!

2 comments:

  1. nanti try la laksa kat Aeon Mid Valley. sedap jugak situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mid Valley jarang pergi. Tak suka pi sana sesak sangat ramai orang. Tapi one day kalau pergi bole la try. :D

      Delete

Takkan baca je kot? Komen tak nak?