Friday, May 23, 2014

Siapa Pernah Guna Menatang Ni?




Okey, kan aku cerita pasal jenjalan kat Sunway Pyramid kat entri ni kan. Sebelum balik tu singgah gi toilet jap. Tapi aku lepak dalam toilet lama sikit sebab tak pakai paip biasa, atau bidet biasa yang pulas pulas kat tepi tu.

Ni kira aku jakun gila lah masuk toilet pastu nak cuci kena tekan benda alah ni.

Okey la, korang dah pernah try. Aku tak pernah. So, aku memang jakun k. Siap tangkap gambar bagai nak tunjuk laki aku. Hahahaha..

Adik aku pun masuk toilet. Masuk kemudian tapi die keluar awal. Bila tanya, masuk toilet mana. Dia kata toilet cangkung. Aku masuk toilet duduk. Then aku cite la benda alah ni. Dia kata patutla lama gila dalam toilet. Siap ade dengar bunyi "tet tet tet tet" macam orang tekan punat microwave nak masak kek. Eh eh eh

Pengalaman la, duduk je rasa suam suam je tempat duduk ni. Sebab memang dah disetkan temperature seat tu agak 'warm warm' je.

Lepas settle 'urusan kecik' aku, mula la aku gelabah nak tekan ape nih?

Aku tekan je semua main agak agak je. Nasib usaha berjaya lepas dok tekan tekan tet tet tet tet bunyi nya.



Ni lah benda alah tu. 

Bangun je nak blah, nampak plak Cara Penggunaan. Laa.. apsal la aku tak perasan tadi. Punye la dari tadi aku godek godek sendiri je.


Cara penggunaan bidet Coway yang canggih sangat. Macam kat Jepun je.

Keluar toilet siap bangga gila tunjuk kat Encik Tingkerbell aku jakun sangat dalam toilet. Dia sengih je macam kerang busuk. Elehh.. nak try gak ah tuuu.. Muahahahaha


Thank you for spending time reading this entry yaw!

2 comments:

  1. canggihnya....pas ni kalo tunggu orang dalam toilet tak keluar-keluar, mesti sebab nak menggayakan mesin ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe. Jakun punya pasal. Hahahaha

      Delete

Takkan baca je kot? Komen tak nak?