Thursday, September 15, 2011

Sedih #2 : Tragedi Raya Ke-4

Buat pertama kali dalam seumur hidup aku, aku menangis sebab takut Allah tarik nyawa Rayyan hari tu. Tarikh keramat, 2 September 2011, Jumaat. Raya ke-4 betul betul lepas hero hero dah balik dari solat Jumaat.

Rayyan, lepas ni jangan buat macam tu lagi eh. Ibu risau sangat sangat sayang. :(

Planning on raya ke-4 tu, dari kampung Tapah ke rumah Pak Tam kat Ipoh. Singgah sekejap, lepas tu terus ke rumah Mak Lang kat Taiping. Then same day balik Tapah balik.

Dipendekkan cerita, Rayyan haritu takde meragam apa langsung pun. Biasa je. Siap minum air sejuk, amik sendiri lagi. Tengahari nak suap dia makan, ajak dia makan. Tapi dia tak nak. Siap duduk diam diam depan TV. Tengok je TV tu.

Sampai lah aku dah habis makan, tinggal nak baring jap sebab aku pun demam jugak. Rayyan pun baring. Baring sebelah aku. Sama sama baring, sama sama tidur. Tapi adalah 2, 3 kali Rayyan terjaga. Tapi mata lelap balik. Ada sekali tu, dia terjaga, tapi dia pegang kepala aku, dan terus cium pipi aku. Then, sambung tidur balik.

Aku pelik gak. Tapi takpela, mungkin mengigau kot.

Lepas semua hero dah balik dari solat Jumaat, apa lagi. Kami nak teruskan perjalanan ke Taiping lah. Aku pegang Rayyan, badan dia panas sangat. Pegang dahi, lagi la panas. "Demam budak nih," aku cakap.

Aku terus bagi tau mak. Mak pun kata, "Yelah, panas ni. Mak amik tuala basah letak kat kepala."

Bila mak letak je kain lembap atas dahi Rayyan, tiba tiba Rayyan kejang. Tangan dia dah menarik-narik. Mata terus naik ke atas. Kaki kejang. Terus tukar biru. Bibir Rayyan pun terus berubah jadi biru.

Aku yang tak tau pape ni, yang terkejut tiba tiba Rayyan macam tu. Terus nangis. Ikutkan, aku tahan lagi air mata. Sebab tengok keadaan dia yang tak sedar diri tu.

Sampai lah aku nampak ada buih buih keluar dari mulut dia, terus dah tak tertahan dah mata ni. Mengalir laju macam air paip.

Aku macam dah tak sedar orang sekeliling cakap apa. Tapi aku dengar adik aku kata, "Bawak pergi hospital cepat!"

Terus aku dukung Rayyan, naik kereta, abah aku bawak pergi klinik. Masa tu Rayyan masih tarik lagi. Dalam kereta dah kurang sikit. Buih dah tak keluar. Tapi bibir masih biru. Bila aku tengok dia ok sikit, baru lah aku lega. Tapi masih tak sedar diri.

Dia tak menangis, tak menangis langsung. Dia cuma diam je. Lemah je badan dia. Klinik first pergi, tutup. Terus pergi next klinik, Klinik 1 Malaysia. Tapi malangnya mereka tak terima pesakit bawah 2 tahun. Tapi they still attend kitorang. Check suhu, 39.5°C. Bagi ubat masuk bontot. Then, terus suruh kitorang refer Hospital Ipoh. Terus pergi emergency katanya.

Sampai Hospital Ipoh, dalam setengah jam kemudian, masuk wad emergency. Doktor check, and doktor kata kena tahan wad at least satu hari. Takut jadi lagi.

Masuk wad, semua family members tak dapat jumpa. Especially Ikah! Kesian dia. Sebab itu last day. Nanti die masuk UiTM Arau. Tak jumpa lagi dah. :(

Tapi mak, abah sempat jumpa sekejap la. Sebelum mereka semua bertolak ke Taiping. Dan terus ke Arau, hantar Ikah. :(

Tinggallah aku dan Rayyan kat Hospital Ipoh. Pak Tam dan Mak Tam banyak tolong. Diorang yang tolong jenguk kitorang kat hospital.

Oh yer, lupa bagitau. Sepanjang kejadian ni, memang Encik Suami a.k.a Encik Tingkerbell memang takde. Dia kerja kat Shah Alam. Tambahan pula Sabtu dia ada live show Nasi Lemak Kopi O.

Bila dah inform dia, terus dia bergegas dari Shah Alam ke Ipoh. Tak dapat dia join Nasi Lemak Kopi O punya show untuk Sabtu tu. (Eh, silap. Ketupat Rendang Kopi O la. Sempena raya)

Sepanjang hari Jumaat tu Rayyan tidur je. Susu sekali. Lepas tu tak nak susu dah. Tengah malam, sejam sekali dia nak minum air masak. Badan panas jugak.

Esok paginya, baru lah dia nak makan. Makan roti sampai 4 keping siap nak cicah Milo lagi. Pastu muntah sikit. Takpela, janji ada makan isi perut tu. Sebab die tak susu pun kan.

Suhu badan die tak turun pun, tapi aktif gak. Kitorang mintak transfer Hospital Pusrawi, KL. Senang, lagipun kami kan dok KL. Bukan dok Ipoh. Doktor setuju sebab tengok dia macam dah ok. Tapi katanya kena refer Hospital Pusrawi jugak, memandangkan suhu dia masih tinggi.

Sabtu petang tu sampai KL. Sempat la singgah Batang Kali, jumpa Family-In-Law jap. Lagipun diorang ada buat open house. Then terus kami ke Hospital Pusrawi.

Pusrawi plak cakap, tak yah tahan wad. Sebab suhu dah turun. Diorang bagi ubat antibiotik, demam dan Epilim (Epilim adalah ubat untuk mengelakkan terjadi lagi sawan macam haritu)

Doktor cakap, hospital kerajaan memang susah nak bagi antibiotik. Sebab diorang terlalu banyak level yang nak kena go through untuk mintak approval untuk antibiotik. Sebab tu hospital kerajaan cuma akan bagi ubat demam je. Takde antibiotik.

No wonder lahhhh...

Takpelah. Janji sekarang Rayyan dah sihat. Sedih sangat bila teringat kejadian Rayyan sawan haritu. Mau mengalir laju je air mata ni.

Tak sanggup nak hadapi lagi sekali. Cukup lah sekali tu je berlaku.




p/s: Semenjak Rayyan sakit haritu, baru lah dia dah mula rajin nak cakap. Walaupun bahasa masih tak faham. Tapi dia masih lagi ada usaha nak sebut satu satu perkataan tu. Dan dia semakin MANJA. Okeh, MANJA SANGAT. :P




Thank you for spending time reading this entry yaw!

4 comments:

  1. risaunyer!!...alhamdulillah da ok..

    ReplyDelete
  2. Tu lah. Alhamdulillah back to normal. :)

    ReplyDelete
  3. tapela, syukur rayyan dah okayy. but deep in my heart, Allah je tau betapa syg jgak aku kat dia. haritu smpat blutut ngn adik amik gmbr rayyan. :')

    ReplyDelete
  4. Sekarang Rayyan dah makin ganas, lasak, nakal, degil weh. Balik nanti ko tengok la Rayyan tu punya perangai. Sekarang dah pandai mengada-ngada, gedik pun yer gak. Macam macam dah.

    ReplyDelete

Takkan baca je kot? Komen tak nak?