Thursday, February 3, 2011

Movie Review #2: Haq

Memandangkan semalam adalah half day kerja, dan kakak ipar aku telah menawarkan untuk belanja tengok wayang kat galaxy ampang (again), so aku on jer la. Nama pun belanja.

Aku kena pilih antara dua movie, iaitu Homecoming atau Haq. Homecoming ni aku tak tau la cerita macamana. Cerita cina tapi ada Afdlin Shauki. So, aku kata aku pilih Haq dan petang tu, 3.30 petang kitorang layan la.

Aku tak tau nak cakap apa pasal cerita ni tapi satu je perkataan untuk cerita ni;

BORING

I am so damn bored with this film. Perjalanan cerita lembap, slow, lebih kurang sama kalau tengok cerita Jepun. Tapi cerita jepun pun, walaupun lembap, aksi aksi dalam ceritanya dah boleh cover balik.

Tapi cerita ni lemah. Plot lemah. Klimaks takde. Macam haram.

Percaya tak aku dah tertidur sekejap dalam wayang sebab aku ngantuk sangat tengok cerita ni yang tak ada apa-apa yang boleh menyegarkan mata aku.

Dan aku tak paham langsung cerita ni. Aku kena fikir, Haq ni anak sape, sape Bad dengan Haq, adik beradik ke, sepupu ke, mak Bad ni sape. Kenapa mak bad panggil Tuan Haji, pastu tiba tiba ada watak Aina plak. Sape plak Aina ni? Anak sapa? Semua kena fikir sendiri. Gile tak boleh blah.

Ingatkan masa ending, semua tu terjawab la. Macam ada flashback ke, tapi hampeh. Haram.

Bad mati, dah habis cerita. Laaaaa.. camtu je?

First time la aku tengok wayang yang ramai ramai penonton dalam wayang yang mengeluh. "Haih.... lembap.... slow.... "

Aku dengar budak budak belakang aku pun mengeluh benda yang sama yang aku cakap dalam wayang. Mengantuk tak boleh cakap la. Serius mengantuk.

Persoalan yang masih tak terjawab walaupun movie dah habis;

  1. Apa hubungan antara Haq, Bad, Tuan Haji, Mak Lang, Aina? Aku still tak faham.
  2. Bola yang berapi tu, apa motif? Apa benda tuh? Macam bangang! Serius macam dragonball je aku rasa.
  3. Apa motif orang bertopeng naik van tu? Kejap culik Aina, pastu culik Zahra. Haaa?
  4. Apa jugak motif orang yang nak belasah Bad? Bukan memang Bad jahat ke? Aku ingat Bad la dalang penculik tu. Ni apa lagi?
  5. Bad dengan cermin ada muka die tapi gelak jahat. Apa tuh? Apa tuh?
  6. Scene menari. Hah?? Tiba tiba pulak kata Haq pandai menari.
  7. Pastu Haq pandai main piano plak. Siyot.
  8. Kata Haq dengan bapak die je ada kuasa. Tapi apsal Bad pun ada kuasa skali? Macamane die dapat kuasa? Dari bola tuh ke? Tak paham la!
  9. Ending gile pathetic.
Banyak lagi aku nak list out kat sini. Kang muntah plak bace. Susah plak.

Bintang? Aku bagi 0.5 out of 5. Pathetic kan?

So, don't waste your time watching this movie. Baik tengok Homecoming. Kakak ipar dan adik ipar dah tengok, diorang kata tengok banyak kali pun tak menyesal. Tapi tengok Haq? Serius menyesal.

Thank you for spending time reading this entry yaw!

4 comments:

  1. seb baek aku x tgk arituh...fuuuuhhh....
    baek tgk the way back..true story lg best..huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. laa..xtau ke cite Haq mmg xbest? lenkali tgk trailer, kt youtube. org komen kt youtube pon ckp cite nie xbest..

    ReplyDelete
  3. Anon @ Pear: Giler ar nyesal tengok beb! Sampai sekarang nyesal!

    Adik: Tengok trailer macam best la. Rupenye 1000x hampeh!

    ReplyDelete

Takkan baca je kot? Komen tak nak?