Tuesday, February 8, 2011

Siapa Nak Temankan Encik Tingkerbell? (Repost)

Blog lama aku ni via Friendster, kalau aku delete akaun Friendster aku, confirm blog akan auto delete gak. So aku akan copy paste entri yang paling aku sayang kat blog lama aku ni. Semoga memori indah itu takkan aku lupa sampai bila-bila.

Entri asal adalah pada: 9 Oktober 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin

Mungkin aku tak sms siapa-siapa masa raya hari tu. Sorry la. Aku agak takde mood nak bersms ni. So, aku tulis dalam blog dan aku ucapkan pada seluruh umat Islam di seluruh dunia termasuk di planet-planet lain mahupun di mana saja anda berada, Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Ok, mulai hari ni aku akan gelar tunang aku En Tingkerbell. Nape? Sebab ade la sebab nape aku panggil En Tingkerbell. Bell. Haha.. Tak yah la tahu ye.

Aku ada banyak kenangan manis pahit masam masin dengan En Tingkerbell. Lucu lagi la banyak.

Sebelum ni aku tak pernah jaga tiket wayang, atau pun tiket funfair. Hanya jaga kaunter kat bank saja. Kira duit masuk, duit keluar, cashkan cek, tt, co, etc etc.

So, pengalaman baru dapat. JAGA KAUNTER TIKET BOLA.

Lebih kurang sama macam jaga kaunter bank. Bezanya jaga tiket ni, cuma jual tiket je lah. Kalau bank, terima duit ye, keluarkan duit pun ye. Sume yer.

So aku macam biasa la pegang duit, tolong kira duit, tolong tengok, tolong gelak, tolong beli makan, tolong makan, tolong menyebok. Sebab semua tiket En. Tingkerbell pegang. Tak nak bagi aku. Alaa.. takut pembeli tiket ngorat aku la tu. Aku jaga kaunter hari-hari orang ngorat aku tau. (Tolong faham, bukan perasan. Ini kenyataan. Tolong terima kenyataan ya Muhammad Hafiizh)

Aku tak pernah tau pun kaum cina tengok bola. Aku selalu nampak laki-cina-handsome-seluar-pendek-comel beli tiket bola. Aku tak tau dia sokong pasukan mana sebab tiap kali game, dia mesti ada. Bagi aku, macam pelik la orang cina tengok bola yang pemainnya 85% melayu.

Kalau game antara Chelsea lawan Arsenal atau Manchaster United, mungkin aku percaya kaum cina datang tengok bola. Ni Liga biasa je beb. Rajin betul datang.

Kalau kaum india, entah. Aku rasa macam biasa jek. Tapi tak sepelik tengok kaum cina la.

10 minit sebelum perlawanan bermula, ada seorang mat saleh ni datang kaunter tiket. En Tingkerbell dah bajet bajet susun lidah nak speaking la kononnya.

Last last mat saleh tu cakap melayu. Fasih lak tu. Tapi biasa la ada slang sikit. Tapi slang lebih pada indon. Bini dia indon kot.

"Game siapa ini?," mat saleh tu tanye.

"PKNS lawan ATM," En Tingkerbell jawab.

"Warna apa baju?"

"PKNS orange colour, ATM biru" (aku tak ingat warna baju sebenar, agak-agak je)

"Ok, ok. Aku akan bawa teman ku datang nanti ya. Berapa harga tiketnya?," siyes mat saleh ni cakap bahasa baku macam indon.

"10 ringgit sahaja. Tapi after half time, free"

"Oh.. Nanti aku bawa teman aku datang ya."

Jadi mat saleh tu pun berlalu dari kaunter. Agak dalam beberapa saat saja perjalanan, mat saleh tu toleh belakang dan bertanya lagi soalan.

"Pukul berapa mula game ini?!"

Dan En Tingkerbell dengan semangat waja dan nada tinggi yang serius berkata,

"Pukul LAPAN FORTY-FIVE!" siap menunjukkan 8 jari kepada mat saleh itu.

Mat saleh itu berlalu sambil menunjukkan thumbs up kepada En Tingkerbell.

Penjaga pintu masuk yakni staf PKNS juga ketawa berdekah-dekah hari itu. Kami menitiskan air mata manakala En Tingkerbell terus terusan membuat muka 10 sen.

p/s: Bila baca balik entri ni, confirm aku akan gelak sorang-sorang. Adoi.. Suami, suami...


Thank you for spending time reading this entry yaw!

6 comments:

  1. eh yg salahnye Lapan Forty Five ek?
    mat salleh tuh gelak x?

    ReplyDelete
  2. Laa.. Ko tak faham ke dik. Lapan tu kan bahasa melayu. Forty Five tu kan bahasa inggeris.

    Kalau nak cakap BM, cakap BM jela. Buat ape campur campur dengan BI plak. Itu yang kelakar tuh.

    Cakap jela Lapan Empat Puluh Lima. Bukan mat saleh tu tak paham. Atau cakap je Eight Forty Five. Lagi senang.

    Mat salleh tu senyum jek. Kitorang ramai ramai bantai gelak. hahahaha

    ReplyDelete
  3. Dah tau paham lagi mau tanye. Pelik la ko ni dik.

    ReplyDelete

Takkan baca je kot? Komen tak nak?