Owh, ini lagi satu entri yang aku post balik. OK!
Hahaha.. Ni pun aku suka!
Entri asal adalah pada 21 September 2008
Aku kadang kadang tak faham. Kenapa aku selalu gaduh dengan tunang aku. Lagi nak dekat tarikh kahwin, lagi banyak kali gaduh. Ramai cakap, ini lah namanya darah manis. Sebelum tunang pun lagi aku kuat gaduh dengan dia. Kawan kawan baik aku semua tahu hal kami. Perempuan suka berkongsi ok. Yang lelaki jangan salahkan kami ni terlalu kecoh atau apa apa. Yang aku tahu, perempuan memang suka berkongsi. Tentang segala galanya. Jangan tanya lagi.
Aku selalu gaduh benda bodoh tau dengan tunang aku. Kalau aku cerita pun, aku rasa nak gelak. Kalau tunang aku baca entri aku ni, confirm dia tak jadi nak kahwin dengan aku. Ataupun, dia akan maki aku bodoh, bangang, bodoh, bangang. Oh, itu perkataan yang selalu kami sebut kalau bergaduh. Jangan terkejut. Aku sudah biasa.
Dan jangan ingat aku tak berharap supaya lepas kahwin dia akan berubah. Sedangkan sebelum tunang pun aku sudah berdoa dan berharap agar dia berubah. Tapi sama saja. Baran dan temper seperti masa mula mula kenal dulu.
Kalau dia bergaduh benda bodoh dengan aku, confirm dating keesokan harinya akan dibatalkan.
Dan aku juga berharap agar berhenti bergaduh tentang benda bodoh.
Tunang aku tak romantik. Sangat tidak romantik.
Kalau aku tanya dia, "sayang orang tak?"
Dia jawab, "tak" dengan selamba.
Tapi aku tahu dia sayang aku. Aku tahu dia malu. Hilang la macho dia kalau dia cakap dia sayang aku, kan.
Aku percaya dia sayang aku.
Officemate dia perempuan cerita kat aku yang nampak sangat Banie sayang kat aku. Dia set wallpaper komputer dia gambar kami berdua, screensaver pun. Handphone pun aku tahu dia set gambar kami.
Dia pernah belanja satu department dia sebab gembira kerana dapat kahwin dengan aku.
Apa apa benda yang terjadi antara kami, seperti gaduh, keluar dating, gaduh atas motor, jalan kat pasar malam, mesti cerita ini sampai kat telinga officemate nya yang perempuan ni. Wah, tunang aku pun macam perempuan kan? Suka berkongsi cerita suka duka tentang tunangnya kepada kawan perempuannya. Pelik tak?
Bulan puasa tahun lepas kami bergaduh benda bodoh. Kejadian berlaku di pasar juadah. Sebelum ke pasar juadah aku sudah lama perli perli dia kerana dia tak tahu apa itu samosa.
Dalam perjalanan pulang ke rumah di atas moto, aku tanya lagi dia.
"Confirm ke awak tak tau samosa tu ape?"
"Tau laaaaa"
"Ha, macamane rupa?" aku tanya lagi.
"..............." dia diam.
Kemudian aku ketawa sinis (bermakna aku perli) sambil berkata, "awak dah hidup 26 tahun tapi tak tau samosa tu ape. Kelakar la"
Nada aku tidak tinggi, hanya perlahan seperti berbisik tapi dia masih dengar.
Tidak semena mena dia menjadi baran dan menjerit ke arah ku.
"Awak ni apasal??! Tak payah la nak sebut samosa! Cakap jela karipap! Mengada ngada nak sebut samosa gak apasal?!!!"
Aku terdiam.
Aku yang salah atau tunang aku yang salah?
Samosa? Karipap? Sama?
Keesokan harinya gamat bank UOB dengan hilaian ketawa aku dan budak ofis.
NotaKaki: Sayang, org kutuk awak nih. Orang mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki sempena Ramadhan yang mulia ini. Ni sebab awak ni sangat pelik dan kelakar. Sayang awak! Muarhhhhhh!!!
Thank you for spending time reading this entry yaw!
No comments:
Post a Comment
Takkan baca je kot? Komen tak nak?