Tuesday, February 8, 2011

Aku Sangat Cemburu Dengan Kamu, Encik Tingkerbell (Repost)

Entri ni pun aku sayang! Hehehe

Entri asal adalah pada 17 Oktober 2008.

Dalam pertengahan tahun 2007, iaitu tahun lepas, En Tingkerbell pernah accident. Sehingga dimasukkan ke dalam wad untuk pembedahan. Sehingga ketika itu dia merajuk bila aku tidak ada di saat saat dia hendak dimasukkan ke dalam wad pembedahan. Bukan aku sengaja untuk tidak ada di sisinya. Tetapi aku tidak ada kenderaan untuk ke Hospital Pusrawi. Bila aku ada kereta, baru lah aku pergi ke hospital. Tapi sayang, En Tingkerbell telah dimasukkan ke dalam wad pembedahan tanpa sempat aku berkata apa-apa.

Aku agak sedih kerana aku tidak dapat mencurahkan isi hati aku kepadanya. Manalah tahu jika itu adalah kali terakhir aku melihat dan menatap wajahnya.

Oh, aku lupa untuk beritahu. En Tingkerbell accident apa.

En Tingkerbell telah disahkan patah jari oleh doktor bertauliah dan perlu melakukan pembedahan untuk memasukkan dawai ke jari manis kanannya untuk menggantikan tulang jarinya yang patah sedikit. Ya, sedikit. Sedikit sahaja. Diulang. Sedikit sahaja. Dan diulang. Jari manis tangan kanan. Jari manis sahaja. Sedikit sahaja. Cukup. Full stop.

Dan En Tingkerbell menyatakan bahawa ini adalah serius. Sangat serius. Sebab itu aku perlu ada di sisinya. Dan kerana itulah dia merajuk kerana aku tidak ada di sisinya pada hari pembedahannya.

Al kisahnya. Dia kemalangan ketika sedang bermain bola sepak. Tapi apa kejadahnya. Main bola sepak dengan kaki, tapi jari yang patah.

Hmm...

Encik Tingkerbell bermain di bahagian pertahanan. Apa lagi kalau bukan Penjaga Gol. Selama ini dia bermain di bahagian tengah atau serangan. Mungkin janggal baginya bermain sebagai penjaga gol.

Dengan ketidakhebatannya, dia menangkap bola dan entah bagaimana bola terkena jari. Jarinya menjadi biru, dan keesokannya membuat pemeriksaan dan doktor mengatakan dia terpaksa membuat pembedahan jari.

Dan perkara yang paling tidak memuaskan hati aku. Doktor memberi surat MC kepadanya selama dua bulan. DUA BULAN.

Ini adalah kerana kebijaksanaan En Tingkerbell memanipulasikan doktor itu dengan mengatakan bahawa dia tinggal jauh di Batang Kali dan menunggang motor selama sejam setiap hari untuk pergi kerja. Bagi doktor, itu adalah alasan konkrit untuk dia mendapat MC 2 bulan sehinggalah jarinya betul betul pulih. Dengan syarat, mestilah membuat temujanji untuk membuat fisioterapi pada tarikh yang ditentukan.

Tentu sahaja En Tingkerbell setuju. MC dua bulan adalah berita paling gembira sekali bukan? Kalau aku dapat MC dua bulan pun aku suka. Mengalahkan ibu yang sedang berpantang pula En Tingkerbell ni. Sebab itu aku selalu cemburukan dia. Huh!


---------------------------------------


Ketika aku sedang lepak makan dengan En Tingkerbell, aku dikejutkan dengan bunyi mesej masuk dalam hp En Tingkerbell.

Rupanya umi dia.

Macamana eja nama kau? - mesej dari umi En Tingkerbell.

Muhamad Syahbani - balas En Tingkerbell.

Ada satu M atau dua M? - balas umi En Tingkerbell.

Satu je M. Kenapa umi? Ada apa-apa ke? - balas En Tingkerbell.

Ketika itu aku pun sudah fikir perkara negatif semuanya.Nama kena blacklist? Kena saman?

Positif juga ada. Mungkin nak letak nama untuk rumah, kereta, atau daftar nama untuk ambil wang RM 1 juta. Mana lah tahu kan. Suprise maybe?

Takde pape la. Letak nama untuk waris je - umi reply.

Waris Jari Hantu ke? Hehehehe - konon la En Tingkerbell nak buat lawak bodoh.

Aku pulak masa tu pun fikir gak. Waris apa? Harta? Wow! RM 2 juta kot. Up sket la beb. Atau pun Waris dalam cerita Kekasihku Seru???

Ha, ni bikin seram menunggu jawapan umi dia.





Taklah. Waris Jari Dawai. Hahahahaha - balas umi selamba.

Kesimpulan: Janganlah buat lawak dengan ibu anda, nescaya ibu anda yang akan buat lawak balik yang lagi hebat.



Thank you for spending time reading this entry yaw!

2 comments:

  1. haha! aku rase ni kau dah penah buat dlu kan? haishh, dh tau dh last die camane. hehe :D

    ReplyDelete
  2. kan aku tulis repost. sebab aku nak delete friendster. kalau aku delete friendster, blog auto delete gak beb!

    ReplyDelete

Takkan baca je kot? Komen tak nak?