Thursday, September 23, 2010

Di Nasi Lemak Kopi O

Minggu lepas aku berkesempatan untuk ikut Encik Tingkerbell ke rancangan talk show TV9 Nasi Lemak Kopi O. Memandangkan si kecik ada dengan family mertua, so hidup bujang la kami sementara.

Rancangan ini adalah pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Aku suka talkshow ni sebab kebanyakan topik-topik dalam ni semuanya macam sempoi belaka. Takde la rancangan yang take serius sangat.

Jemput artis, takde la jemput ahli politik bincang isu semasa. (Politik dan isu semasa adalah topik memboringkan bagi aku)

Encik Tingkerbell main keyboard. Oh yer, salah seorang ahli dalam percussion group untuk rancangan NLKO ini iaitu Drum Simfoni.

Berbalik kepada minggu lepas, iaitu minggu aku ikut Encik Tingkerbell ke Sri Pentas, Bandar Utama.

Kami sampai awal gak la, dalam 7.10 pagi. Terus setting keyboard dia la.

Encik Tingkerbell sampai dulu. Yang lain belum lagi.

Ikutkan aku bengang sebenarnya sebab handphone aku ni tak berapa fleksibel. Even aku dah silent HP, tapi bila klik kamera, masih lagi bunyik "cekekk!" (lebey kurang la bunyi gitu)

Setting camera pun tak bole jugak. Memang camera akan kuarkan bunyi jugak bila gambar di'snap'. Aku tak suka sebab nanti nampak sangat jakun masuk studio nak tangkap gambar pakai handphone kamera lopek plak tuh, dah la ade bunyi. Kalau camera digital ok la gak.

Ini pun aku snap sebab dalam studio masih takde orang lagi walaupun sudah 7.15 pagi. Hehehe...

Tengok Encik Tingkerbell sorang-sorang setup barang.

Lepas tu aku dah tak nak snap picca dah. Sebab aku ni penyegan orangnya. Walaupun krew-krew sini semua ramah-ramah belaka, tapi aku tetap segan. Hehehe..

Dok jela aku sorang-sorang kat tepi yer.

Layan jela...


Sampaila aku nampak Adira AF, terus aku snap pic dia. (Suka lagu dia sangat-sangat!)


Tu je picca yang aku amik. Sikit sangat kan? Patutnye aku amik gambar ngan Adira ke, Norman Hakim ke (jemputan untuk segmen Hati Lelaki), Syarifah Nur ke, Talib ke, Fimie ke, last last sorang pun tak. Hahahaha.. Sebab segan. Lain kali la kot.

Sebab Encik Tingkerbell akan bersama dengan NLKO sampai hujung bulan 12. So banyak masa lagi ada. Tak payah nak risau sangat. Hehehe...




Eh, eh. Dah pukul bape ni? Dah, nak tido. Zzzzzzzz...

2 comments:

  1. skali skala bwk la adik g sne..hehe

    ReplyDelete
  2. Eleh, ko sebnarnye nak jumpa Maher Zain kan? Tak dapek la sebab ramai sangat plak nak ikut.

    ReplyDelete

Takkan baca je kot? Komen tak nak?