Monday, May 26, 2014

Review : Ah Cheng Laksa, KL Festival City Mall




Mungkin ramai sedia maklum yang aku ni hantu laksa. Yes, aku memang hantu laksa. So, Sabtu lepas pergi KL Festival City sebab nak membeli barang sikit kat Parkson. Masa tu dah pukul 2 petang, lunch pun belum. Masa tu berdua je pergi dengan my sis, Cik Ta. (Anak buah panggil Cik Ta sebab pelat tak boleh sebut Cik Ka)

So, my sis suggest makan kat Ah Cheng Laksa kat Level 1. Kiosk dia kecik je. Kebetulan ada seat cukup cukup untuk kami berdua. Lain lain tempat penuh ada orang! Kami duduk je, ramai dah beratur nak pergi beli. Nasib kitorang sempat beli, tak yah beratur panjang.

Asam Laksa dengan Air Soya.

Aku sebenarnya tak suka sangat Asam Laksa. Aku prefer Laksa Penang. Tapi first time la makan Asam Laksa yang sedap. Tak dinafikan la, memang sedap compare dengan mana mana tempat lain yang jual Asam Laksa.

Harga Asam Laksa, RM7.90. Quite expensive. But what do you expect kan, sewa kiosk dia mahal kot. Air minuman (tak ingat air apa ada lagi selain soya) harga RM2.50.

Tapi kalau beli set makanan + minuman, RM9.90 sahaja. Jimat la 50 sen kat situ.

Macam tak puas je makan. Rasa nak tambah je lagi. Maybe sebab kongsi kot. Hahahaha.. Nama pun hantu laksa kan, mane cukup 1 mangkuk.

My sis, Cik Ta.

Cawan kertas dia pun nak amik gambar ke?

Hantu laksa.

Kami kongsi kongsi jer.

Selain dari Asam Laksa, ada Nasi Lemak, Kari Laksa, Pan Mee. Masa kami makan tu, tengok kiri kanan ramai order Pan Mee. Since kami tak pernah makan, saja nak try gak. So bungkus la beli satu Pan Mee bawak balik rumah.

Tak amik gambar plak sebab lupa. -_-"

Tapi boleh dikatakan Pan Mee ni ada lah Doughy Noodles bersama dengan ikan bilis, ayam cincang, cendawan dan sup. Sup dia pulak macam sup bayam, siap ada sayur bayam sekali. Tapi sayur macam sayur ubi pun ade gak. Entah.

So far, sedap gak Pan Mee ni. Adik aku Apis yang kebetulan ada kat rumah, join makan, dia pun sebok tanya "beli kat mana, eh sedap la, nanti nak beli laaa.."


Abaikan muka itu. Dan perut itu.

Okey dah beli. Boleh balik. Oh yer, Ah Cheng Laksa ni banyak cawangan gak rupanya. Boleh tengok website diorang, www.ahchenglaksa.com.my . Aku kasi rate 4/5. ☺

Selamat mencuba.



Thank you for spending time reading this entry yaw!

Friday, May 23, 2014

Siapa Pernah Guna Menatang Ni?




Okey, kan aku cerita pasal jenjalan kat Sunway Pyramid kat entri ni kan. Sebelum balik tu singgah gi toilet jap. Tapi aku lepak dalam toilet lama sikit sebab tak pakai paip biasa, atau bidet biasa yang pulas pulas kat tepi tu.

Ni kira aku jakun gila lah masuk toilet pastu nak cuci kena tekan benda alah ni.

Okey la, korang dah pernah try. Aku tak pernah. So, aku memang jakun k. Siap tangkap gambar bagai nak tunjuk laki aku. Hahahaha..

Adik aku pun masuk toilet. Masuk kemudian tapi die keluar awal. Bila tanya, masuk toilet mana. Dia kata toilet cangkung. Aku masuk toilet duduk. Then aku cite la benda alah ni. Dia kata patutla lama gila dalam toilet. Siap ade dengar bunyi "tet tet tet tet" macam orang tekan punat microwave nak masak kek. Eh eh eh

Pengalaman la, duduk je rasa suam suam je tempat duduk ni. Sebab memang dah disetkan temperature seat tu agak 'warm warm' je.

Lepas settle 'urusan kecik' aku, mula la aku gelabah nak tekan ape nih?

Aku tekan je semua main agak agak je. Nasib usaha berjaya lepas dok tekan tekan tet tet tet tet bunyi nya.



Ni lah benda alah tu. 

Bangun je nak blah, nampak plak Cara Penggunaan. Laa.. apsal la aku tak perasan tadi. Punye la dari tadi aku godek godek sendiri je.


Cara penggunaan bidet Coway yang canggih sangat. Macam kat Jepun je.

Keluar toilet siap bangga gila tunjuk kat Encik Tingkerbell aku jakun sangat dalam toilet. Dia sengih je macam kerang busuk. Elehh.. nak try gak ah tuuu.. Muahahahaha


Thank you for spending time reading this entry yaw!

Thursday, May 22, 2014

Jalan Jalan Sunway Pyramid




Tarikh: 17 Mei 2014 (Sabtu)
Lokasi: Sunway Pyramid Shopping Mall, Bandar Sunway


Nak dijadikan cerita, hari tu kami anak beranak dengan my sis sorang, Byha (tukang teman) pergi Sunway Pyramid sebab Encik Tingkerbell ade tournament bowling PKNS. Start game pukul 2 petang. Pukul 11 pagi kami gerak dari rumah ke Sunway Pyramid, pusing pusing cari makan dulu.

Last last makan kat Wendy's je. Dalam kul 1 lebih habis makan, terus pergi tempat bowling, Sunway Mega Lanes. Start pukul 2 tapi dah kul 1 lebih, tournament group pagi (entah dari company mana) tak habis lagi. Siap ada lagi 1 frame nak kena habiskan.

Aku dengan adik dah start bosan, takde nak buat apa. Macam Encik Tingkerbell takpe, kawan kawan ramai. Aku pun sembang sembang kejap je ngan officemate Encik Tingkerbell.

Last last, aku cakap ngan Encik Tingkerbell, aku ngan adik nak pusing pusing Sunway, tengok apa ada. So, apa lagi, blah la kami.

Sunway Pyramid ni dulu kira macam playground aku je masa study Politeknik Shah Alam dulu. Layan midnight movies, shopping, main ice-skating, and kedai kedai kat Sunway ni semua aku hafal. And luckily aku still ingat lagi sampai sekarang. But that was almost 8 or 9 years ago.

Sunway Pyramid sekarang dah lain, dah makin besar tanah jajahan, dan aku makin penat berjalan. Dah la mengandung ni. Syauqie plak nasib okey. Asal meragam je, kasi fries Wendy's kat dia. Dia makan, dia diam. Habis fries, nangis. Sumbat fries, diam. Macam tu jela sepanjang perjalanan.

Okey la, layan gambar.

Pintu masuk, masa baru sampai.
Makan dulu kat Wendy's. 
Pi tempat bowling dulu.
Rayyan macam biasa la kalau tangkap gambar. -_-"
"Kagumnya saya!"
Main dulu kat indoor playground. Masa ni Syauqie memang syok sangat, macam tak nak balik dah.
Layan adik dan abang main.
Ibu redha dan pasrah layan ko dik. Bole dia tak nak balik. 

Okey lepas tu sambung jalan jalan. Paksa gak diorang gerak dari situ, kalau tak memang laaaaa.. Sampai petang...
Bersama maskot Sunway Pyramid. Singa lah kan. Dah patung singa sebesar alam kat depan pintu masuk.
Rayyan dengan rabbit.
Di pintu gerbang masuk ke Marrakesh. Wow, kami dah sampai pekan Marrakesh siot. Betul betul rasa macam dah kat Morocco je suasana. 
Okey benti jap buat susu Syauqie, tukar pampers bla bla bla.
Ha ni makcik adik selfie ngan anak buah la ni. 
Ha okey, kami dah penat gila berjalan. Beli barang sikit sikit, Sunway besar gilak. So, amik keputusan pegi tempat bowling balik since dah 2 jam berjalan! Kul 4 petang baru ke tempat bowling.

Tengok tengok, game tak habis lagi. Encik Tingkerbell cakap game start lambat. Nak dekat kul 3 baru start game. Aku ngan adik lapar plak rasa, makan la kat kafe tempat bowling.

Nasi ayam dia sedap gila wei. Adik yang order, aku tak makan pun. Tapi memang sedap. Oh, gambar takde sebab gambar kat handphone adik.

Dok la kami kat kafe tu sampai game bowling habis.

Encik Tingkerbell kata, dia main teruk hari ni, so nak blah jela. Tak yah stay sebab takde peluang nak menang kot. 

So kami pergi LG2, sebab cakap ngan Encik Tingkerbell Rayyan nak main game kat bawah tu. Bagi la Rayyan layan seround dua game budak budak kat LG2 tu.

Rayyan main bumper car dengan Cik Adik dia tau, tapi dia menangis nangis dalam kereta tu sebab asyik terkejut je kena langgar. Yela, nama pun main bumper car. Memang la langgar langgar kan. 

Oh pic takde, ade video je. 

Ok so Encik Tingkerbell kata nak balik la, so singgah la Dunkin Donut jap beli setengah dozen donat nak bawak balik. 

Sebelum balik singgah Starbucks beli la ape patut. Patutlah sangat.





 p/s: I miss people called me Nini.

Thank you for spending time reading this entry yaw!

Wednesday, May 21, 2014

Tragedi Malam Berdarah




Wow, tajuk nak gempak kan?

Berlaku Ahad malam lepas, (18hb Mei 2014). Kisahnya, aku kat dapur tengah basuh pinggan. Syauqie si budak bertuah tu ade la meneman kat sebelah, tapi dia sibuk dok main kat peti sejuk, main dengan fridge magnet tu. So, aku macam biasa la basuh pinggan kat sinki.

Tiba tiba dengar Syauqie merengek kat kaki. Eh pahal plak Syauqie ni. Ooo.. jari tangan dia tersepit kat penutup lubang ni. Nak dijadikan cerita, penutup lubang ni memang dah rosak, which is memang dah fixed, tak boleh bukak langsung. Si kecik ni pulak ada hati nak bukak, tersepit la jari dia kat celah tepi penutup tu.

Ha ni la penutup lubang kat dapur ni.

So aku pun dengan tanpa syak wasangka, tolong la jari anak ku yang tersepit tu. Tambahan plak dia dah menangis. Jari dah keluar, tiba tiba nampak darah menitik nitik. Eh, apasal ni? Terus aku jerit kat dapur panggil "Ayahhh Ayahhh tolong darahhhhh"

Aku dukung Syauqie dan aku tengok darah meleleh leleh keluar dan menitik nitik kat lantai dapur. Aku panik. Panik gila.

Tekup jari tangan dia dengan tisu. Tisu tu pulak boleh tembus darah! Bayangkan betapa darah tu tak benti benti keluar. Syauqie of course melalak makin kuat sebab dia rimas aku dok pegang jari dia.

So kami ke depan. Encik Tingkerbell amik tisu, amik gamat, cari plaster dalam kotak ubat. Aku pulak dok pujuk pujuk Syauqie. Tapi aku makin panik pulak bila bukak tisu, tengok darah masih keluar. Weiiii.. panik weiiii.. Aku tak tau nak buat ape dah. Kalau aku, aku pun tak tahan kot. Sakit mesti berdenyut punya.

Encik Tingkerbell letak minyak gamat kat kain, balut kat keliling jari. Tapi Syauqie ni lasak. Dia cabutnya balutan tu. Meronta ronta sampai tertonggeng nak mintak lepas. Aku pulak lagi la panik. Tu baru aku, belum Rayyan si abang dia yang tengok.

Lagi kesian tengok muka Rayyan. Rayyan nampak darah kat jari Syauqie, Rayyan pulak nak nangis. Muka dah penyek dah nak nangis si Rayyan ni. Sambil ulang ulang cakap, "Rayyan sayang Syauqie, kesian Syauqie. Rayyan sayang sangat Syauqie"

Yang Encik Tingkerbell pun aku rasa panik gak kot. Aku suruh dia prepare gamat sapu kat kain, then prepare plaster nak tampal nanti. Entah apa yang lambat sangat ntah. Jari terketar ketar kot. Masa tu memang dah ingat nak pi klinik. Tapi Encik Tingkerbell kata takpe, kita letak dulu ubat.

Masa tu aku try distract Syauqie ngan mainan. Letak dia dalam kereta mainan, pasang lagu kat kereta tu, diam terus dia. Eh, siap gelak gelak lagi. Lega dah rasa. Tapi satgi die nangis balik. Sakit denyut kot. Try bukak balutan tisu tu, Ya Allah, darah keluar lagi. Non stop. Bila nak benti kuar darah ni ntah.

Baju aku penuh darah dah bertompok tompok dek keganasan Syauqie ni. Then, tenangkan dia lagi, kasi mainan, balut lagi sekali ngan kain and minyak gamat, baru ok. Dia pun dah diam, tapi tangan sebelah nak dok cabut gak balutan tu. Eiii.. Syauqie niiii..

Buat susu, bagi minum susu, then ok dah. Dia dah tak nangis lagi. Lepas tu, dia sambung main balik. Eiiii.. budak ni. And alhamdulillah, darah dah stop. Mesti luka dia dalam tu. And berkat minyak gamat tu kot, kulit tu bercantum balik. Tak sampai 5 minit, Syauqie dah cabut balutan tu. Tapi nasib dia tak nangis.

Baru la aku bole tengok jari dia. Ya! Memang luka dia besar! Eii.. tak sanggup tengok. Nasib la dah tak nangis. Kalau tak, makin panik Ibu Ayah.

Lepas dah balut jari. Masa ni dia dah diam dah. Tapi sekejap je pastu dia cabut sendiri.

Darah memenuhi tisu. Panik sampai habis guna semua tisu.

Yang geramnya, dah la dia cabut balutan tu, lepas tu dia sambung main. Masuk bawah meja, bawah kerusi, main cak cak, gelak gelak. Eh budak ni, tak sakit ke? Nasib la awak tak nangis dah Syauqie, darah pun dah stop. Kuat betul awak ni dik.



p/s: Kita kena sentiasa awasi anak kita. Tak kisah la bila bila sekali pun. Kita selalu dok ingat anak tengah main benda selamat, tapi tak sedar, dia dok explore benda lain. Dan mungkin benda tu merbahaya.

p/s/s: Rasanya jari Syauqie dah tersepit, tapi belum nangis lagi. Then dia struggle tarik tangan dia untuk lepaskan diri, tu yang terluka kena tepi penutup lubang tu.

p/s/s/s: Nasib takde karat. Must be extra careful after this. :'(



Thank you for spending time reading this entry yaw!

Tuesday, April 29, 2014

Announcement, I Think...




Rasa macam dah boleh je buat announcement kat sini. Hek hek hek. Dah lama sangat tak bersiaran kat sini. Cerita pun dah lama tak up, padahal banyak je cerita boleh up.

Yer, kerja banyak, dan dah takde masa nak mengadap pc untuk menaip lagi dah. Busy memanjang. Melainkan ada masa terluang (macam sekarang la kan).




Actually, cerita yang nak diceritakan ni dah ramai tau. Dah ada yang dah tau, tapi senyap senyap je. Atau ramai yang macam agak agak, tapi tak berani nak tanya. Dan ada yang tau sendiri.

Today, and this week, I am announcing that I am










PREGNANT 16 WEEKS.


Result pregnancy test masa check kat Klinik Pusrawi.

Yes, I am expecting my 3rd baby. Quite fast huh. Rezeki Allah bagi, tak boleh tolak sewenang wenangnya. Walaupun Baby Syauqie baru je nak masuk 11 bulan next week, tapi kira okey la dapat adik baru masa dia dah 1 tahun 4 bulan. :)

Masa dapat tau pregnant, memang agak down sket, sebab tak sangka. And Syauqie masa tu baru 8 bulan. Gila tak down. Masa tu tengah ligat fully breastfeed. Masa tengah down, mental down, susu badan automatik down. Agak frust, rasa kesian kat Syauqie sebab dia susu badan. Tapi nak buat macamana. Tak boleh kata tak nak. Takkan nak buang.

Orang lain susah dapat anak, kita senang dapat anak. Takkan tak bersyukur kot?

Hopefully this time baby girl lah pulak. Kalau dapat boy jugak, bersyukur jela. Ape lagi, team KRU la. Hehehehe...

1st trimester sama macam Rayyan dan Syauqie. Muntah, mual. Perkara biasa. Masuk 2nd trimester dah ni, okey dah. Baby bump's showing, and cepat mengah la walaupun baru je bape minggu ni. Hmmm...

Ramai kata macam laki lagi, tapi awal lagi nak tau. Boleh je tau, tapi belum scan. Tunggu panel la, masa pregnant 6 bulan. Kalau sekarang, check up klinik biasa je, mane ade scan scan nih. Kalau nak scan klinik lain, kena bayar. So, better tunggu panel je. Sabar jela lagi 2 bulan je dah boleh check up kat Hospital Pusrawi.

Rasanya tu jela berita gembira yang boleh di up kan buat masa ni. Kawan kawan yang membaca doakan kesihatan baby yeh and don't forget, #prayforgirl. Hahahah siap hashtag gittewwwww...





p/s: Segan nak announce dah pregnant 3rd baby. Takut nanti orang cakap, "amboiii.. cepatnyaaa..." Mulut orang kan, mane boleh tutup.


Thank you for spending time reading this entry yaw!