Saturday, March 6, 2010

Rayyan Tak Sihat

Kesian Rayyan. Kecik kecik dah kena tahan wad. Ni semua gara-gara batuk la ni. Batuk dari Sabtu, melarat ke Rabu. Check up dengan Dr. K dari Pusrawi, katanya kena tahan wad. Katanya minimum 3 hari. Gile la aku kena EL 3 hari ni. Anak punya pasal, takpela...

So kat sini tiap 6 jam kena amik gas untuk cairkan kahak. Gila first time teruk betul nak pakai benda alah yang kat mulut tu. Melalak lalak si Rayyan ni. Tapi 2nd time, 3rd time pakai, dah tau la taktik dan teknik yang membolehkan dia tidak melalak.

Tiap pagi 0830 hrs, nurse akan ambik Rayyan masuk ke bilik rawatan untuk sesi sedut kahak plak. Sedut kahak ni tak tau la pakai apa sebab ibu tidak dibenarkan tengok. Tapi dari luar bilik dah dengar si kecik menangis kuat gila, of course sakit kot. Bila dah abes, Rayyan keluar dengan nurse mata merah dan berair, menangis sakit la kot. Takpe cayang, tahan sakit k, nak baik cepat kan...

Masuk wad Rabu tengahari, ingatkan Jumaat pagi dah boleh balik. Last last Ahad pagi gak bole discharge. Adoiiii.. Lambat betul. Nasib ada Mr. Lappytappy ni. Takde la bosan sangat. Rayyan tidur, ibu layan game Nancy Drew. Yeay!!

Ahad 7/03 dah boleh keluar. Ahad juga officemate aku Ekin bertunang, ingat nak pergi. Tapi tak dapat pergi la. Dah kena jaga Rayyan ni. Anyway, congrats to her!!!

Papehal pun, Rayyan sekarang dah ok. Cuma kena still makan ubat dan antibiotik. So far, takde masalah lagi.



p/s: Entri ni aku nak publish dari last week lagi. Tapi sibuk memanjang, memang tak dapat la. Ni pun baru ada kelapangan. Huhu..

p/s/s: Rayyan pun sekarang nih dah pandai meniarap. Memanjang nak meniarap je. Bahaya tidur atas katil. Nasib kitorang memang tido bawah pun. Bentang toto. Aritu pun dah berguling guling die sampai ke hujung toto. Sabar jela Rayyan ni.

My cutie sweetypie. Dah pandai meniarap. Hik hik.

Monday, March 1, 2010

Siri Bercakap Dengan Rayyan #1

Rayyan sekarang dah tak macam masa umur 2 bulan dulu. Dulu Rayyan rajin bercakap. Suka bercerita, pasal mimpi dia malam tadi, pasal ayah dia marah marah dia tak mau tido, cerita pasal main main dengan makcik dia, macam macam lagi la Rayyan cerita. Aku angguk angguk tanda faham je kalau dia bercakap. Kadang kadang aku bersembang jugak dengan dia, dia diam tanda faham lepas tu senyum. Senyum gatal plak tu.

Sekarang tak nak cakap lagi macam dulu dah. Dah malas ke? Nape Rayyan? Sedih ke?

Tapi sekarang dok gigit gigit benda. Dapat jari dia, dia gigit, dapat tangan ibu, digigitnya. Gatal gusi kot. Nak tumbuh gigi yer Rayyan? Ok ok, ibu beli benda gigit gigit tu, Rayyan gigit yer. Rayyan sengih gatal lagi.

Rayyan cuma bercakap dengan ibu bila dia nak menangis je. Baru la dengar suara. Suara macam merintih pulak tu nak susu. Macam merayu rayu, sayu je bunyi. Bila lambat bagi susu, baru melalak.

So satu hari Rayyan diam macam biasa. Tiba tiba dia cakap. Oh, dia bertanya rupanya.

A: Yer, kenapa sayang?

R: Ibu, nak tanya. Kenapa kulit Rayyan cerah. Tapi kulit ibu gelap sikit. Kulit ayah lagi la gelap. Rayyan ikut warna kulit siapa ibu?

A: Oh, ingatkan nak tanya apa tadi. Rayyan kan anak ibu dengan ayah. Rayyan ikut kulit ayah la.

R: Eh, tapikan ayah bukan putih pun. Ayah kan gelap macam ibu jugak.

A: Sama la putih. Tang ketiak. Kan sama putih dengan Rayyan.

R: Ha'ah la ibu! Rayyan lupa.
Rayyan sengih gatal lagi.

Encik Tingkerbell malu malu kucing kurap



P/S: Armpit Encik Tingkerbell putih. Ibu sangat jeles. Huh!

Thursday, January 7, 2010

Ibu Sayang Rayyan!

Aku rasa kawan-kawan sebaya atau umur lebih kurang aku, semua dah ada anak sendiri. Dan bila baca blog diorang, semua cerita pasal anak. Termasuklah aku.

Dah ada anak sendiri, dah takde benda lain dalam otak. Mesti nak cerita pasal anak. Sape takde anak lagi, mungkin tak tau perasaan ni. Tapi aku dah rasa. Sikit sikit Rayyan, Rayyan. Gi memana, fikir Rayyan. Apa-apa nak buat, fikir Rayyan.

Syukur Alhamdulillah aku dapat anak yang memang tak banyak ragam. Sesetengah baby, buat itu, nangis. Buat ini, nangis. Tapi Rayyan memang tak banyak ragam. Jarang nak dengar dia nangis. Cuma menangis atau marah bila lambat bagi susu atau susu badan aku laju sangat sampai dia lemas. Hah, itu memang dia marah.

Ramai bakal isteri atau bakal ibu yang tanya aku, apa petua aku dapat anak baik. Nak kata aku hari-hari baca Quran tak jugak.

Entah, rezeki Allah bagi anak aku baik. Tapi janganla time baby je baik, dah besar nakal. Tak nak la camtu. Biarla sampai besar dia baik camni. Ok rayyan!

7hb lepas aku bersama family mertua bercuti ke Langkawi. Best. Lagi best, Rayyan memang budak baik. Tak meragam pun. Senang la nak bawak berjalan. Mungkin sebab baru 2 bulan, so keje tido je. Jadi takde la teruk sangat kot. Yang dasat tu, naik bot laju tu bole rilek je dia tido. Kalo panas terik pun, bole tido gak. Sabar jela...

Best sangat pergi Langkawi tu. Tak cukup 3 hari 2 malam. At least kena seminggu baru puas.

Nak cerita tapi takde pic tak best. Nantila mintak pic kat kakak ipar. Baru bole cerita. Betapa bestnye pergi Langkawi tu. Hehe..

Hensem tak saya? Hmmm...

Ni pic masa tengah amik order makan kat satu kedai makan kat Langkawi. Hahaha.. Tido pun boleh posing kan? Anak ibu anak ibu...

Thursday, December 17, 2009

Rayyan dah besarrr!!!

Umur Rayyan sekarang dah nak masuk 2 bulan. Sekejap je dah besar. Dukung sekejap pun dah rasa lenguh dah. Cepatnya anak ibu membesar kan sayang. Masa lahir dulu kecik je. Huhu...

Rayyan masa baru berapa minit. Putihnye masa keluar.


Ni umur baru 2 hari. Tido je keje.


Ni latest pic Rayyan. Dah pandai gelak, dah pandai dengar orang cakap, dah start nak cube cakap. Mengagah je la skang. Kelakar kadang kadang. Orang lain bersembang, Rayyan diam je mendengar oran bercakap. Last last die pun sebok nak cakap. Orang lain langsung tak jadi sembang sebab semua nak bercakap ngan Rayyan. Haha, kelakar betul anak ibu nih.


Rayyan pun suka jelir lidah dah. Ntah pape ntah.


Masa ni semua makcik ngn pakcik die sebok nak bercakap ngn Rayyan. Suke sangat sampai dok gelak je.


Rayyan tengah posing ni ibu.


Tekun Rayyan dengar orang sekeliling bercakap tau.


Mengantuk la pulak Rayyan.


Kelakar la pulak bile tengok si kecik nih kadang kadang. Alhamdulillah Rayyan bukan jenis meragam. Menangis bila nak tido atau masa die marah je. Kalau nak susu pun, die cuma buat bunyi je. Tapi tak nangis. Kalau lambat bagi susu, baru die menangis. Bila bagi susu, die merajuk. Siap tolak tolak susu tu. Dah tak nak. Memang kuat merajuk macam ayah die gak la. Last last isap gak susu. Hehe..

Rasa seronok bila dah ada anak sendiri. Ikut hati nak benti keje jaga anak tau. Pastu buat part time kerja kat rumah. Gaji masuk ribu riban. Wah, sonok tau.

Tengokla kot kot ade rezeki nak wat kerja kat umah sendiri. Lagi puas ati. Aminnnnnnn

Boringla ibu nak kena start kerja minggu depan. Bosannnnnnn! Nak dok ngan Rayyan... Huhu..

Nanti update lagi. Pakai komputer orang lain ni macam ni la gayanya. Berebut je keje.



Rayyan dengan ibu. Paling suka pic ni. Muahhhhxxxx!

Wednesday, November 4, 2009

Pengalaman Pertama Menjadi Ibu

Lamanya tak update blog. Wohoho.. Rasa macam banyak nak taip, tapi tak tau nak start macamana.

Of course ramai yang dah tau aku dah bersalin. 22hb Oktober 2009, Khamis hari yang bersejarah iaitu hari pertama bergelar ibu.

Pagi tu, aku memang tak boleh tidur. Sejam sekali aku gi toilet buang air kecik. Naik boring sebab dah baring, bangun, baring, bangun, penat tau. Pagi nak pergi kerja macam biase kejut En Tingkerbell bangun tido. Hari tu aku memang dah planning nak start cuti. Dah tak larat kerja la. So takdela aku sebok sebok nak siap siap pergi kerja.

Tapi dalam pukul 7 tu dah mula sakit perut. Tapi still boleh tahan lagi. Tapi sakit ni lain macam pulak. Macam biasa la aku mengadu kat En Tingkerbell. Tapi dia bole pulak cakap, "Awak tu memanjang sakit, tapi tak beranak pun."

Memang betul pun. Hehe... So aku kata takpe, "Awak pergi je keje dulu, papehal orang kol. Sakit biasa je kot ni."

Betul betul lepas En Tingkerbell gerak gi keje naik moto dalam pukul 7.10am, aku pergi toilet lagi. Kali ni aku check, kuar lendir + darah. Aduh, mampus. Laki aku dah blah ni, kang kalau kol die tak angkat, lagi teruk.

Gegas aku amik hp dengan menggeletar ni, terus kol En Tingkerbell. Nasib baik angkat. Nasib baik gak dia tak jauh lagi. Just tunggu dia patah balik rumah la. Fuh!

So aku bersiap mandi, En Tingkerbell pun siap siap kemas apa yang patut dan kami terus menuju ke Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak.

Bayangkan dalam 7.40am menuju ke pusat bandar. JALAN JEM BEB! Aku dalam kereta dah sakit sangat ya amat. Kesian peha En Tingkerbell aku genggam kuat kuat. Hahaha... Dan aku dapat rasakan En Tingkerbell adalah orang yang paling menggelabah masa tu. (His face could tell)

Ntah jalan mana ntah yang dilalui last last sampai gak Hospital pukul 8.25am. Kire lambat la, sebab jem kan. Terus aku dimasukkan dalam labour room. Jam kat situ aku tengok 8.30am.

Doktor datang check, bukaan aku dah 5cm. Aku pandang En Tingkerbell, dan kata "Fuh, dah 5cm beb"

Doc kata tunggu lagi 3jam, dalam pukul 11am doc datang balik check bukaan. Sebab kena tunggu sampai 10cm baru boleh bersalin.

Nurse bagi aku ubat untuk buang air besar, then buat CTG selama 45minit. Setiap saat menanti ke pukul 11 untuk bersalin adalah saat paling tak tahan dalam hidup aku. Sakit beb.

Macam macam ayat da aku baca. Selawat, surah yunus, semua doa aku baca.

10.30am, nurse check bukaan, dah 8cm. Ok ok, cool. Sikit je lagi. Sikit je lagi.

Sakit pun tahan. Nurse suruh mengiring badan, kurangkan sakit. Tapi ke kiri ke, kanan ke, mane ke, memang tak boleh blah. Dah rasa nak meneran dah ni. Tak tahan sangat dah.

Sementara tunggu doktor sampai, aku diberikan gas ape kejadah ntah. Untuk kurangkan sakit. Tiap kali sakit, sedut gas tu. Aku sedut agak banyak kot, sampai aku jadi mamai. Hahaha.. En Tingkerbell kat sebelah dah risau takut aku tertido.

Doktor sampai je, dia kata dah bole dah teran. Tarik nafas dalam dalam, tahan, tunduk kepala, dan push sekuat hati yang boleh.

3 kali push, alhamdulillah keluar gak anak aku. Muhamad Rayyan Danish seberat 3.38kg. Nama nak omputih jek, tu pun kalo tak, nak letak Ryan Giggs. Hahaha!

Habis bersalin, doc terus jahit, sampai jahit pun dah takde rasa apa dah. Kebas bersalin ada lagi.

Papehal pun, aku dah selamat. Ada sorang nurse tu cakap aku kira kuat jugak la. Bersalin normal tapi tak amik apa apa ubat. Dah bukak 5cm pun siap boleh gelak gelak lagi. Haha

Yang penting akhirnya En Tingkerbell temankan gak aku kat labour room. Walaupun aku dengar asalnya dia cakap kat umi dia, "Takutla umi." Hahaha..