Wednesday, November 4, 2009

Pengalaman Pertama Menjadi Ibu

Lamanya tak update blog. Wohoho.. Rasa macam banyak nak taip, tapi tak tau nak start macamana.

Of course ramai yang dah tau aku dah bersalin. 22hb Oktober 2009, Khamis hari yang bersejarah iaitu hari pertama bergelar ibu.

Pagi tu, aku memang tak boleh tidur. Sejam sekali aku gi toilet buang air kecik. Naik boring sebab dah baring, bangun, baring, bangun, penat tau. Pagi nak pergi kerja macam biase kejut En Tingkerbell bangun tido. Hari tu aku memang dah planning nak start cuti. Dah tak larat kerja la. So takdela aku sebok sebok nak siap siap pergi kerja.

Tapi dalam pukul 7 tu dah mula sakit perut. Tapi still boleh tahan lagi. Tapi sakit ni lain macam pulak. Macam biasa la aku mengadu kat En Tingkerbell. Tapi dia bole pulak cakap, "Awak tu memanjang sakit, tapi tak beranak pun."

Memang betul pun. Hehe... So aku kata takpe, "Awak pergi je keje dulu, papehal orang kol. Sakit biasa je kot ni."

Betul betul lepas En Tingkerbell gerak gi keje naik moto dalam pukul 7.10am, aku pergi toilet lagi. Kali ni aku check, kuar lendir + darah. Aduh, mampus. Laki aku dah blah ni, kang kalau kol die tak angkat, lagi teruk.

Gegas aku amik hp dengan menggeletar ni, terus kol En Tingkerbell. Nasib baik angkat. Nasib baik gak dia tak jauh lagi. Just tunggu dia patah balik rumah la. Fuh!

So aku bersiap mandi, En Tingkerbell pun siap siap kemas apa yang patut dan kami terus menuju ke Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak.

Bayangkan dalam 7.40am menuju ke pusat bandar. JALAN JEM BEB! Aku dalam kereta dah sakit sangat ya amat. Kesian peha En Tingkerbell aku genggam kuat kuat. Hahaha... Dan aku dapat rasakan En Tingkerbell adalah orang yang paling menggelabah masa tu. (His face could tell)

Ntah jalan mana ntah yang dilalui last last sampai gak Hospital pukul 8.25am. Kire lambat la, sebab jem kan. Terus aku dimasukkan dalam labour room. Jam kat situ aku tengok 8.30am.

Doktor datang check, bukaan aku dah 5cm. Aku pandang En Tingkerbell, dan kata "Fuh, dah 5cm beb"

Doc kata tunggu lagi 3jam, dalam pukul 11am doc datang balik check bukaan. Sebab kena tunggu sampai 10cm baru boleh bersalin.

Nurse bagi aku ubat untuk buang air besar, then buat CTG selama 45minit. Setiap saat menanti ke pukul 11 untuk bersalin adalah saat paling tak tahan dalam hidup aku. Sakit beb.

Macam macam ayat da aku baca. Selawat, surah yunus, semua doa aku baca.

10.30am, nurse check bukaan, dah 8cm. Ok ok, cool. Sikit je lagi. Sikit je lagi.

Sakit pun tahan. Nurse suruh mengiring badan, kurangkan sakit. Tapi ke kiri ke, kanan ke, mane ke, memang tak boleh blah. Dah rasa nak meneran dah ni. Tak tahan sangat dah.

Sementara tunggu doktor sampai, aku diberikan gas ape kejadah ntah. Untuk kurangkan sakit. Tiap kali sakit, sedut gas tu. Aku sedut agak banyak kot, sampai aku jadi mamai. Hahaha.. En Tingkerbell kat sebelah dah risau takut aku tertido.

Doktor sampai je, dia kata dah bole dah teran. Tarik nafas dalam dalam, tahan, tunduk kepala, dan push sekuat hati yang boleh.

3 kali push, alhamdulillah keluar gak anak aku. Muhamad Rayyan Danish seberat 3.38kg. Nama nak omputih jek, tu pun kalo tak, nak letak Ryan Giggs. Hahaha!

Habis bersalin, doc terus jahit, sampai jahit pun dah takde rasa apa dah. Kebas bersalin ada lagi.

Papehal pun, aku dah selamat. Ada sorang nurse tu cakap aku kira kuat jugak la. Bersalin normal tapi tak amik apa apa ubat. Dah bukak 5cm pun siap boleh gelak gelak lagi. Haha

Yang penting akhirnya En Tingkerbell temankan gak aku kat labour room. Walaupun aku dengar asalnya dia cakap kat umi dia, "Takutla umi." Hahaha..

2 comments:

  1. aku tahu ko kuat.. congratz bebeh ^_^

    ReplyDelete
  2. huhu, thanks fyda.

    tunggu turn kawan2 lain pulak merasa nikmat jadi ibu nih. heheh

    ReplyDelete

Takkan baca je kot? Komen tak nak?