Lame gak tak update blog. Malas dan takde idea. Lagipun sejak akhir akhir ni banyak kerja sikit. Tambah nak pindah ofis baru, lagi la teruk kesibukan ini.
Kat umah dah ada internet, tapi keyboard tak best dan mouse pun macam dah tak jinak. Asyik lari lari je cursor die. Tak sihat la mouse tu. Tu sebab takde mood sangat nak guna internet kat umah. Lagi lagi kalau nak main game Spot The Difference kat Facebook yang kena pakai mouse.
Sekarang ni bos tengah meeting kat bawah. Kerja banyak tapi rasa nak muntah tengok kerja yang berlambak. Curi tulang jap.
Oh yer, esok check up doktor lagi. Dah 6 bulan pregnant dah ni. Gemok makin bertambah. Takpe takpe. Lepas ni slim balik ok. Joging petang petang macam biasa. OK?
Tengok la esok naik berapa kilo lagi. Risau gak ni kot kot check air kencing fail plak. Sebab suke makan benda manis manis la. Semalam beli biskut gula. Hari hari soh En Tingkerbell beli gula-gula. Kalo lepak makan kat luar nak order ABC je. Kalo kat umah lepas makan, mesti amik Aiskrim Malaysia dalam peti sejuk. En Tingkerbell la hari tu pesan kat Adique beli aiskrim sampai 2 hengget. Tu 20 batang tu sekejap tu. Nanti En Tingkerbell topup lagi 2 hengget. Camtu jela hari hari.
Gile babas ar bulan ni sengkek nak mampus. Ni baru tengah bulan, duit dalam bank dah tinggal bape hengget. Tu belum clear credit card lagi nih. Dalam wallet ade 3 hengget nasib Yanti nak kasi pinjam. Ok, esok saya bayar yer!
Mana tak nya. Gaji bukan besar mana. Ciput jek. (eh eh, kena bersyukur gak ni, at least ada la gak. Alhamdulillah) nak bayar kereta, bagi mak sikit (sikit je plak tu), bayar duit kutu (sampai 3 rat la) bayar kredit kad (sikit gak), beli baju sebab baju sume dah tak bole pakai (beli sikit gak), beli dan bayar persiapan untuk rumah baru (ha ni banyak keluar duit).
Mana tak nya. Dah pakai duit En Tingkerbell pun still tak cukup lagi. Lagi RM600 nak bayar balance duit rumah pada PKNS, RM300+ kat lawyer, bayar duit penilaian kat bank RM500+, bayar cagaran api air RM300+, ni nak pasang 3 kipas siling RM330, beli kipas 2 bijik RM190, beli lampu kalimantang RM berapa ntah, nak tukar jamban cangkung ke jamban duduk RM500. Kira semua? Berapa? Tak sanggup nak tengok jumlah berapa.
Ini pun dah keluarkan duit ASB yang aku simpan dari masa kerja bank dulu RM800 untuk cover. Adalah balance kat ASB tapi sayangla nak keluarkan. Tu duit emergency tu.
Aku ada lagi 15 hari untuk ditempuhi sehingga mendapat gaji seterusnya. Agak agak siapa ada duit lebih tu, berkepuk kepuk dalam poket, silalah masukkan 4 atau 5 ribu dalam akaun Maybank aku yer. CIMB pun boleh jugak. Pertolongan anda amatlah dihargai. :)
Aku bukan mengeluh sangat duit keluar banyak, aku patutnya bersyukur sebab dapat keluarkan duit untuk rumah SENDIRI. Bukan rumah sewa, bukan rumah tumpang. Tapi rumah sendiri. Walaupun rumah kecik, tapi cukup la buat masa ni hidup berdua dengan En Tingkerbell. (Bakal jadi ber3 hujung bulan 10 nanti, Insyaallah)
Yeah, Hah! TRC ingat TRC je pindah ofis baru? Aku pun pindah rumah baru la. Huh!
Kalau boleh, sekarang gak nak pindah. Hahahaha... Tapi tak berapa nak siap rumah. Hujung bulan kot (sambil menggaru kepala pk pasal duit lagi)
Ikutkan tak sabar nak guna TV hadiah kawin TRC bagi dari bulan 11 tahun lepas nih. TV Flat Screen 32" jenama Toshiba. En Tingkerbell kata tunggu sampai rumah sendiri, baru guna. Huih... Pape ntah.
Ni je buat masa ni dalam kepala hotak aku. Esok esok aku update lagi. Oh yer, siapa yang dah tau tapi tak tau, sila la tengok ulangan roda impian episod 56. Hehehe.. Duit roda impian pun dapat bulan 9. Bapak lama.
p/s: Ni sebnarnye nak hilangkan rasa ngantuk nih. Taip jela pape yang patut.
rumahku syurgaku..
ReplyDeletexkisah ar kecik mane pn asal bhgia
n dapat duk dgn org tercinta..
ahaks!!!! heheheh
Yer anon, betul betul betul...
ReplyDelete