Saturday, March 6, 2010

Rayyan Tak Sihat

Kesian Rayyan. Kecik kecik dah kena tahan wad. Ni semua gara-gara batuk la ni. Batuk dari Sabtu, melarat ke Rabu. Check up dengan Dr. K dari Pusrawi, katanya kena tahan wad. Katanya minimum 3 hari. Gile la aku kena EL 3 hari ni. Anak punya pasal, takpela...

So kat sini tiap 6 jam kena amik gas untuk cairkan kahak. Gila first time teruk betul nak pakai benda alah yang kat mulut tu. Melalak lalak si Rayyan ni. Tapi 2nd time, 3rd time pakai, dah tau la taktik dan teknik yang membolehkan dia tidak melalak.

Tiap pagi 0830 hrs, nurse akan ambik Rayyan masuk ke bilik rawatan untuk sesi sedut kahak plak. Sedut kahak ni tak tau la pakai apa sebab ibu tidak dibenarkan tengok. Tapi dari luar bilik dah dengar si kecik menangis kuat gila, of course sakit kot. Bila dah abes, Rayyan keluar dengan nurse mata merah dan berair, menangis sakit la kot. Takpe cayang, tahan sakit k, nak baik cepat kan...

Masuk wad Rabu tengahari, ingatkan Jumaat pagi dah boleh balik. Last last Ahad pagi gak bole discharge. Adoiiii.. Lambat betul. Nasib ada Mr. Lappytappy ni. Takde la bosan sangat. Rayyan tidur, ibu layan game Nancy Drew. Yeay!!

Ahad 7/03 dah boleh keluar. Ahad juga officemate aku Ekin bertunang, ingat nak pergi. Tapi tak dapat pergi la. Dah kena jaga Rayyan ni. Anyway, congrats to her!!!

Papehal pun, Rayyan sekarang dah ok. Cuma kena still makan ubat dan antibiotik. So far, takde masalah lagi.



p/s: Entri ni aku nak publish dari last week lagi. Tapi sibuk memanjang, memang tak dapat la. Ni pun baru ada kelapangan. Huhu..

p/s/s: Rayyan pun sekarang nih dah pandai meniarap. Memanjang nak meniarap je. Bahaya tidur atas katil. Nasib kitorang memang tido bawah pun. Bentang toto. Aritu pun dah berguling guling die sampai ke hujung toto. Sabar jela Rayyan ni.

My cutie sweetypie. Dah pandai meniarap. Hik hik.

No comments:

Post a Comment

Takkan baca je kot? Komen tak nak?