Tiba tiba teringat kekasih lama bila termimpi dia minggu lepas. Aku harap Encik Tingkerbell tak marahkan aku. Tapi, aku rasa dia tahu sebab aku ni memang menggatal. Haih, aku dah kawin pun dia kata aku menggatal. Ingat lagi satu malam dia kata, "Pompuan memang, tengok laki hensem sikit, cair."
Sori sayang, memang orang cair pun.
Kekasih lama aku nih, memang handsome. Even aku dah kahwin pun aku still tak boleh lupakan dia. Ke'handsome'an dia, memang meluluhkan jiwa raga aku ini. Sudahlah gagah, macho lagi.
Kami terpaksa putus disebabkan tugas dia untuk negara ini. Aku faham. Aku mengerti. Jadi, aku mengizinkan dia pergi demi tugas yang dicintainya. Kerana aku tahu, antara tugas dan aku, dia pasti memilih tugasnya. Itu adalah wasiat ayahnya.
Namanya Don. Aku berjumpa dengannya pun secara tak sengaja. Beberapa tahun lepas. Semasa menonton televisyen di kedai mamak, tiba tiba dia berada di depan mata.
Oh, cinta pandang pertama.
Aku terus jatuh cinta padanya. Dia senyum kepadaku. Aku membalas senyuman itu. Lalu dia memperkenalkan diri, dan berhajat untuk berkenalan lebih rapat lagi dengan aku. Dari situlah bermula percintaan kami. Bertukar nombor telefon, berbalas sms, bergayut telefon berjam lamanya sehinggalah kami membuat janji temu.
Sangat bahagia aku dan dia.
Sehinggalah suatu masa yang lama, dia terpaksa meninggalkan aku. Dan meneruskan hajatnya untuk meneruskan kerja yang selama ini dirahsiakan dari aku. Patutlah bila malam saja, dia pasti menghilang. Rupanya dia ada kerja yang boleh dikatakan top secret.
Aku mengangguk saja, dan biarkan dia berlalu. Pergi, pergi meninggalkan aku. Betapa aku sedih. Sedih yang teramat. Sebelum dia pergi, dia memberikan gambarnya untuk aku kenang. Gambar itu masih lagi di tanganku. Takkan ku buang begitu saja.
Setelah pemergian Don, aku berjumpa dengan Encik Tingkerbell. Lelaki yang telah menjadi suami sahku. Dialah pengganti Don. Walaupun tidak setanding ke'handsome'an Don, Encik Tingkerbell la yang telah mengubati hati yang lara ini. Sehinggalah kami dikurniakan anak yang comel, Little Cutiepie.
Tapi kenapa aku boleh termimpikan Don akhir akhir ini? Ya, sebab dia muncul di kaca tv tempoh hari.
Maafkan aku Encik Tingkerbell. Aku masih teringatkan Don. Wajahnya masih lagi jelas terbayang di depan mata ini saat dia menangis memutuskan hubungan kami.
Mujur Encik Tingkerbell faham situasi aku yang masih mengingatinya. Terima kasih, sayang.
Inilah Don, kekasih lama yang bertakhta di hatiku.
No comments:
Post a Comment
Takkan baca je kot? Komen tak nak?