Wednesday, May 6, 2009

"I Love U Too Sayang"

Dah lama aku tak post entri yang bernas sikit. Selalunya cerita mesti tentang diri aku, apa yang berlaku, bakal berlaku, telah berlaku, ishk macam boring la pulak kan.

Tapi kalau tak cerita, takde pulak cerita nak diceritakan. Sebab kadang-kadang pengalaman tu yang seronok untuk diceritakan. Especially pengalaman yang kelakar la kan.

Buat masa ni... Memang takde cerita kelakar ok? Hehehehe

So far ramai cakap aku dah gemok. Oh tidak! Yeke? Dah gemok ke? Macam tak best je title gemok tuh. So tadi aku gi toilet, tatap jap muke aku yang comel ni. Gemok ke? Eh eh, yela dah gemok. Dagu dah berlipat ni. Oh tidaks. Tidakss!!!

So apa kesimpulannya? Aku ambil semua ini dari sudut positif. Gemuk bermakna aku sangat sihat dan baby dalam kandungan ini sihat jugak. Cukup makan dan cukup semuanya.

Juga gemuk kerana gembira ada orang yang disayangi di sisi aku. Siapa lagi. Encik Tingkerbell.

Dulu masa mula-mula pregnant dulu, aku tak berapa yakin dengan Encik Tingkerbell. Tapi akhirnya, beliau telah membuktikan kepada aku betapa sayangnya dia pada aku. Masa bercinta/bertunang jangan harap nak dengar dia cakap sayang ke, rindu ke. Dah kawin pun jangan harapla nak dengar perkataan itu semua. Dalam mimpi saja bole.

Walaupun aku dah pregnant, masih lagi dia takkan ucap perkataan keramat tu. Sebab aku kenal perangai dia. Tapi aku tahu, jauh di sudut hati dia, dia sayang aku.

Aku pernah terharu sekejap masa aku sickness yang teruk masa awal-awal kehamilan. Dia belikan aku makanan untuk bekalan kat ofis, dia bawak aku pergi hospital, kadang-kadang aku tak perlu cakap aku sakit kepala, dia macam dah tau. Tanpa aku suruh, die akan picit kepala aku. Wah.. terharu gila la...

Kadang-kadang time dia tengah drive, tiba-tiba je tangan die letak kat perut aku. Wah wah, tak sabar perut besar ke sayang? Hehehe...

Sama la masa nak tidur pun. Mesti dia akan pegang perut aku, usap usap sampai la dia tertido.

Oh ya, aku pernah kena maki dengan En Tingkerbell sebab tak makan ubat. Teruk jugak aku kena marah. Sampai dia merajuk dengan aku, tak nak makan malam sama-sama dengan aku. Dia makan sorang, tinggalkan aku terkontang kanting dalam bilik lepas kena marah. Memang salah aku pun sebab tak makan ubat. Bukan malas, tapi aku LUPA. Tu la penyakit paling teruk sekali yang aku alami sekarang nih.

Tapi lepas dia makan, dia masuk bilik suruh gak aku pergi makan. Jangan tinggalkan perut kosong. Hihi.. aku kena marah pun, dia ajak gak makan.

So sekarang demi En Tingkerbell dan anak dalam kandungan, aku akan pastikan aku takkan lupa makan ubat.

So sekarang ni, kalau la siapa-siapa dapat suami atau kekasih tak romantik langsung macam aku ni, jangan ingat dia tak sayang. Sayang sebenarnya. Dia cuma tunjuk melalui perbuatan. Tak perlu kata-kata.

"Terima kasih sayang, orang tau awak sayang orang sangat-sangat. Muarhhhhh!!!"

Friday, April 17, 2009

Fast Update

Lame dah tak update blog. Serius tiap kali nak update, mesti busy. Arini pun busy tapi buat-buat ada masa walaupun takde masa. Hahaha... These are my latest update and my upcoming programme. Chewah. Macam banyak je benda nak buat.
  1. Aku pregnant hampir 3 bulan sudah. Morning sickness makin kurang, so tiap hari boleh la pergi kerja macam biase tapi kadang-kadang lambat tu lagi la dah terbiasa.
  2. Tiap kali lunch, atau dinner, mesti perut aku akan naik dengan buncitnya. Sebelum makan tak la besar sangat, tapi bila lepas makan, akan ketara mara lah perut aku macam dah pregnant 5 bulan. (ade orang tegur suda)
  3. Nak kena beli bra baru. Bra dah tak muat dah. Hihihi
  4. Esok (Sabtu) ada family day Selaman (office my dad in law) kat Kemensah. Mak aku diupah untuk masak Nasi Goreng Kampung. Tapi mak aku mana tau nasi goreng kampung. Aku suruh buat je nasi goreng mak yang sedap tu, tambah je kangkung. At least ade la duit poket tambahan untuk mak aku bulan ni. Alhamdulillah. (Janji sedap yer mak!)
  5. Ahad ni nak pergi Pesta Buku kat PWTC. Mula-mula En Tingkerbell tak kasi pergi. Akhirnya setelah pujuk rayu dan tips tips dari adik aku Apis, akhirnya berjaya memujuk En Tingkerbell. Terima kasih Apis! Tips dan bodekan kau berjaya. Alang-alang jumpa Nana. Weh, lame gile tak jumpa ko la Nana. Windu aku!!!
  6. 21 April ni (Selasa) ade Secretaries Week kat Quality Hotel. Artis Kris Dayanti. Gile mahal satu kepala RM500++. Pergi jela, dah dapat pergi. Bukan aku bayar. Company bayar kan. Tema company kitorang warna coklat. Alaa.. malasnya nak cari. Hentam jela baju-baju buruk aku. Tambah plak baju aku HAMPIR SEMUA dah tak muat!!! Nyesal beli baju fit fit. Konon seksi la. Seksa dah sekarang.
  7. 23 April (Khamis) aku ada appointment dengan doktor for the 2nd time. Last time pergi baru dalam 8 weeks pregnant. So masa scan tu, kecik je baby. Nampak kepala dia and tangan kaki die tengah membentuk lagi. Yang paling terharu nampak jantung dia berdegup. Masyaallah, ada benda hidup dalam perut aku! Serius perasaan rasa lain sangat. Doktor ada print gambar scan baby tu tapi dah stapler kat kad pemeriksaan doktor. Ada kat rumah. Siapa nak tengok datang rumah k. Haha.. Tak sabar nak tengok baby lagi minggu depan.
  8. 25 April (Sabtu) ni, aku dan family En Tingkerbell akan pergi ke Port Dickson. Ini kerana kitorang nak survey tempat yang kami sewa tu sebab bulan 12 ni, family in law aku (dalam 8 family kot) akan buat family day. 2 hari 1 malam. Family day ni memang antara family sahaja, bertujuan merapatkan silaturrahim ahli keluarga sendiri. Terus terang aku rasa jarang aku dengar family sendiri yang anjurkan family day. Sebab aku cume pernah dengar family day anjuran office je. Anjuran family sendiri memang aku jarang dengar. And aku beruntung dapat family in law yang pentingkan talian kekeluargaan. Sebab family aku belah abah memang kucar kacir, bergaduh, macam-macam lagi walaupun rumah sebelah je. Cuma family belah mak aku ok, tapi susah sebab masing-masing jauh.
  9. 2 Mei ni kawan baik aku Siti Fajriah atau aku panggil Sara nak tunang! Unfortunately aku tak dapat pergi hari tu. Sebab sepupu En Tingkerbell nak kawin. Tapi aku akan ziarah Sara 1 Mei malam tu untuk ucapan tahniah dah juga of course la! Nak jumpa, dah lama tak jumpa. Aku ingat lagi, kali terakhir aku jumpa mak dia mase nak berpisah, mak Sara nangis bagai nak rak. Sebab sedih, tak jumpa aku lagi. Adoyai, sentimental la mak ko Sara. Tapi papehal mak ko memang rock!
  10. 16 Mei (Sabtu) Yani and Azuan nak kahwin!! Dua-dua kawan baik aku masa skolah. Sekarang ni kalau contact memang tak layan. Tengah busy dengan persiapan la konon. Sampai nak hantar kad kawin pun takde masa. Rumah sebelah je pun nak pos pos. Piraahhhhhh!! (Aku merajuk ni!)
p/s: Oh tolong. Baju semua dah tak muat. Tolong dermakan baju kepada aku sebab aku takde duit nak beli baru. Bra takpe aku beli baru ok.

Friday, March 6, 2009

Tak larat lorrr...

Minggu ni dah masuk minggu ke-5 aku pregnant. En Tingkerbell cakap, awal bulan depan pergi buat check up dengan doktor.

Serius la, aku rase macam teruk sangat. Tak penah teruk macamni. Kalau aku demam sehari pun, kepala pening sehari pun, dah rase macam teruk giler. Tapi bayangkan keadaan pening kepala, muntah-muntah, tekak kembang setiap pagi, minum air masak pun macam nak muntah, berlaku setiap hari!

Tapi bila aku cerita kat mak aku keadaan aku, mak aku tak de pun teruk masa mengandungkan keenam-enam anaknya. Aku ni yang teruk pulak.

Makan nasi je, muntah balik.

Minum yogurt berperisa buah pun, muntah balik.

Hari-hari, setiap masa nak buang angin macam sendawa.

Naik kereta lama sikit, keluar je kereta terus muntah.

Tension sikit, sakit kepala dengan teruk sampai minyak cakap kapak penuh kat muka tapi tak rasa pape pun.

Ya ampun, teruk sangat la aku rasa. Bila aku cerita kat teman sepejabat, mereka cakap biasa la benda ni. Lepas 3 bulan ok la.

Gile 3 bulan??? Aku baru 5 minggu nih. Bape lama lagi nak tanggung seksa?

Someone told me, itulah keistimewaan bakal ibu. How special we are when we're pregnant. And it's not easy to be a mother kan?

Wanita yang melahirkan anak akan putus 1000 uratnya. Takutnya dengar. Tapi tu la kenyataan.

Baru aku tahu betapa seksanya mengandungkan anak nih. (ni baru bape minggu wehhh!!)

Doakan aku sihat sepanjang masa ya!

Tuesday, February 24, 2009

New Day, New Life, New Experience

Last 2, 3 days, banyak benda berlaku dalam family aku. Actually not appropriate untuk aku cerita kat sini. Tapi benda benda yang berlaku tu buat aku sedih dengan keadaan sekarang nih. Mungkin next time bile dah ok, dah baik, mungkin aku akan cerita pasal kisah sedih nih.

Baik, tutup cerita itu.

Macam last post, haritu aku dah pergi pun Quarter Final PKNS Idol tuh. Serius buat malu je aku masuk. Dah la nyanyi lagu tinggi. Jangan Pisahkan - Deddy Dores & Mayang Sari.

Malu ar bile kuar suara sumbang aku tuh. Tapi suara En Tingkerbell pulak boleh tahan sedap pulak. Aku ni sepatutnya nyanyi sedap tapi jadi sumbang pulak. Tensi siyott.. Lepas nyanyi tu, memang kepala naik pening sampai aku balik umah. Serius kepala sakit terus. Macam nak pengsan rasa. En Tingkerbell cakap aku fikir sangat. Ishk, mane ade fikir sangat. Biase je..

So, just dapat hadiah tuala, Sijil Penghargaan dan Piala jek. Comel piala. OK gak tak dapat pegi Semi Final sebab Semi Final kena nyanyi 2 lagu. Lagu lama dan lagu tradisional. Gila aku nak nyanyi lagu gitu. Jangan harap...

Malam tadi aku pergi Hospital Pusrawi (panel En Tingkerbell, PKNS). Check doc sebab aku selalu sakit kepala dan pening2. Doc cakap, die akan bagi ubat selepas aku buat pregnancy test.

Duhhhh!

Result????

Ok, sekian terima kasih.





p/s: Aku bernazar nak pakai tudung kalau aku pregnant. Baik kan??

p/s/s: Aku akan start pakai tudung esok.

Thursday, February 12, 2009

Latest Update

First of all, aku sendiri tak tau nak taip ape. Sebab tu aku blur sangat dan tak sempat nak post apa-apa dalam blog ni.

Latest update:

1. 4 Januari yang lepas bersamaan dengan hari Ahad, aku audition Roda Impian kat Kelana Jaya. Mulanya memang tak nak, tambahan aku ni agak kuat nervous and pemalu giler ar. Tup tup, next week dia call, kate aku dapat masuk Roda Impian. Recording 14 Jan 2009 hari Rabu. Aku sorang yang dapat plak tuh. So terpaksa mintak cuti, Encik Tingkerbell pun kena cuti gak bagi sokongan kat isteri die nih walaupun die tak dapat masuk. Hahah..

2. So, pada hari tersebut aku pegi. Dipendekkan cerita aku menang cash RM2,470 dan RM3,000 voucher kecantikan muka dari Kanebo mase bonus round. Okla tu dapat duit kan? Tapi yang tak bestnya, masuk TV bulan 7. Dapat hadiah 2 months later iaitu bulan 9. Lambat betul kan.

Date: 14th Jan 2009, Wed
Venue: Studio Bunyi, Filem Negara Malaysia, Petaling Jaya


Suasana dalam studio

Game dah nak start, tgh pasang mic, then test suara

Masa Bonus Round tunggu green light dari producer

Gambar lain banyak lagi, tapi malas nak upload, semua aku upload kat facebook. Friendster malasnye nak upload. Tengok lah nanti.

3. 31hb Jan 2009 bersamaan hari Sabtu, malam tu. Ade pra-tonton filem Setem anjuran PKNS. (Tempat kerja Encik Tingkerbell la) Memang best cerita die. So akan keluar wayang dalam bulan 3. Rugi tak tengok wooo.. Pelakon dalam cerita ni, Rashidi Ishak, Afdlin Shauki, Que Haidar, Vanida Imran, Isma Yusoof, Bront Palarae, Sathiya, dan ramai lagi.

Bile aku cerita dengan orang, ramai tak tau cerita Setem nih. Lantak pi la. Janji aku dah tengok filem arahan Kabir Baktia ni. Aku bagi 5 bintang. Hahaha...

Artis yang ada malam tu, Rashidi, Vanida, Que Haidar, Linda Jasmine (mesti la ade), Isma Yusoof, Sathiya, Harun Salim Bachik, director Kabir Baktia dan sorang producer pompuan tu sape ntah name die. (sori tak ingat anda)

Gambar tak banyak snap, sebab malu nak tangkap gambar ngan artis. Heheh.. Just kakak ipar dan adik ipar semangat tangkap gambar ngn semua artis yang datang tuh. Mom in law aku pun semangat. Aku dok tepi je tgk. Aku sempat snap satu pic dengan Liza Hanim. Sempat pegang perut die, (amik berkat, hahah) Tapi kat kamera kakak ipar. Tak sempat amik kat die.

Date: 31 Jan 2009, Sat
Venue: De Palma Hotel, Ampang
MAJLIS PRA TONTON FILEM SETEM ANJURAN PKNS

Snap curik curik sebab ramai sangat, lgpun I malu la...

Seriously Vee sangat cantik, memang natural beauty, mekap tak tebal pun. Ape die pakai aa??

Bersama artis, Encik Tingkerbell dan aku juga artis. Hahaha...

4. Bercakap pasal artis kan, memang aku jadi artis pun. Baru teringat. 30hb Jan hari Jumaat, saringan pertama untuk PKNS Idol. Guess what. Aku dengan Encik Tingkerbell masuk tau. Malu nyeerrr..

Aku ni nyanyi pun tunggang langgang macam itik kena sembelih. Nyanyi lagu My Heart tu kire senang sangat sebab tone tak tinggi sangat. Tu pun suara ketar kuar gak. Hahahaha...

Terkujat gak dapat masuk suku akhir. Bile tgk balik, kitorang rangking No 6 dari 30 peserta tau. Gile tak gile? Maybe kitorang ni lain dari yang lain sebab satu-satunya peserta duet suami dan isteri. Peserta lain semua nyanyi single la. Boleh dikatakan kitorang naik pentas je, memang semua tumpu perhatian la. Tak pernah ade rekod suami isteri masuk PKNS Idol sebelum ni. Kire kitorang ni peserta 'favorite' gak la. Hahaha...

So sekarang ni tengah buntu nak cari lagu duet. (Ade idea tak?) Susah la duet ni. Bak kata Encik Tingkerbell, ade sesetengah lagu pakai 1st voice dengan 2nd voice, yang tu susah sikit. Dah la aku punya suara memang tak sedap. Bile tengok balik video, suara aku macam budak-budak la. Daa, malu siyot..

Date: 30th Jan 2009, Fri
Venue: Dewan PKNS, Kelana Jaya

Artis dengan penyokong setia di belakangnya sebelum on stage

Artis jugak, dengan penyokong setia jugak

Artis tanpa suami di sisi kerana sebok merakam nyanyian orang lain dengan kamera digital

Oh ya, lupa pulak. Adik Encik Tingkerbell merangkap adik ipar aku (tudung oren tuh) pun masuk PKNS Idol ni. Most probably dia yang akan menang tempat pertama (dan menang cash RM1,000) masa final nanti sebab nyanyian dia memang superb.

Tak boleh nak cerita lebih nanti die kembang. Dah la kembang tuh.

Anyway, doakan aku berjaya di suku akhir untuk ke separuh akhir pada 20hb Feb ini. Chayok chayokk!!!

5. Last week, 3hb Feb - 5hb Feb 2009, aku terpaksa berada di Awana Resort, Genting sebab ade bengkel untuk projek baru anjuran JKR dan APMM. Aku kena ada sana gak. Mulanya aku tak nak. Tapi bos aku cakap, takpe, ajak skali husband tidur sini, ape lagi. Laju la aku. Hahah.. Part of honeymoon gak since kitorang tak pergi mana-mana honeymoon lagi.

Tapi bukan berjalan sangat pun. Aku kerja kan kat situ. Encik Tingkerbell pun kerja. So malam jela 'belasah'. Hahahah.. Orait la tu. At least ade gak kenangan tidur hotel dengan Encik Tingkerbell...

Pemandangan dari balkoni bilik hotel. Sejuk gile beb.

Pemandangan dari tingkat 22

Encik Tingkerbell takde sebab die pergi kerja. Dia ada waktu malam sahaja. Heheh..

Tu jela kot. Next time aku update lagi. Hihihi...