Wednesday, March 29, 2023

Kisah AskBenJr #6 : Mengandung





Dalam rumah. Sambil tengok Drama bersiri Nancy Drew. Masa tu tengah scene perbualan pasal perempuan mengandung. Tiba2 Syauqie tanya. Masa ni umur Syauqie 8 tahun camtu. Eilman 7 tahun.

Syauqie: Ibu, semua orang di dunia ni boleh mengandung ke?
Ibu: Eh tak. Perempuan je boleh mengandung.
Syauqie: Perempuan? Semua perempuan ke?
Ibu: Haah. Tapi kena kawin dulu, baru boleh mengandung. Macam ibu kawin dengan ayah, lepas tu ibu mengandungkan abg Rayyan, Syauqie, Eilman...
Syauqie: Oooo.. ibu kawin dengan ayah 3 kali ke?
(Adoi masa ni tengah fikir lagi nak jawab apa. Soalan terlalu menarik)
Ibu: Eh tak, ibu dengan ayah kawin sekali je. Tapi mengandung 3 kali.


Tiba-tiba si adik Eilman menyampuk. Dia cakap dengan Syauqie.
Eilman: Ibu dengan ayah kawin, lepas tu ibu berdoa, ibu cakap “YA ALLAH YA TUHAN KU, BAGI LA SAYA 3 BABY. Ha macam tu la”

AHAHAHAHAHA aku speechless tak tau nak cakap ape dah.



Thank you for spending time reading this entry yaw!

No comments:

Post a Comment

Takkan baca je kot? Komen tak nak?