Kisah ni dalam kereta gak. Umur Rayyan masa ni lebih kurang sama macam kisah Shopee sebelum ni.
Ibu: Wahhh durian la! (Tunjuk orang jual durian tepi jalan)
Rayyan: Ibu.. kenapa tak beli durian? Saya dah lama nak makan durian ni.
Ibu: Alaaa.. nanti ibu beli la. Ayah kan tak boleh bau durian. Nanti ayah marah, dalam kereta bau durian. Kalau ibu beli, nanti ibu balut banyak2 tak nak kasi bau.
Rayyan: Eh ibu. Takpe, tak payah balut. Ibu beli je bekas yang ada jual kat Go Shop. Ibu tau tak, bekas tu takkan berbau bila dah tutup. Mesti ayah tak tau ada durian.
Ibu: Aaaaahhhh Go Shop pulak dah ko ni.
Kesimpulan, ko ghaseee?
Kuat tengok tv ke, atau bakal shopaholic anak teruna aku nih?
No comments:
Post a Comment
Takkan baca je kot? Komen tak nak?