Tuesday, February 4, 2014

Review : Restoran Ayam Penyet Wong Solo, Taman Dagang, Ampang



Tarikh: 29 Januari 2014
Tempat: Restoran Ayam Penyet Wong Solo, Taman Dagang, Ampang


Okey, rasanya ni first time kot aku taip entri review tempat makan. Sebelum ni aku review movie yang aku tengok je. Hahahaha

Nak dijadikan cerita, lunch hari ni, kami officemate tergerak hati nak pergi makan kat Ayam Penyet Wong Solo, Taman Dagang, Ampang. Dok tanya tanya semua orang, at last, 12 orang pergi termasuk aku.

Huda, penganjur misi Jalan Jalan Cari Pasal TRC ni try call restoran ni konon nak booking tempat untuk 12 orang sebab selalunya time lunch ni memang selalu full. Alih alih, takde sape angkat call. So aku decide kuar office awal sket, book tempat siap siap, dengan Ekin, Aain dan Yanti.

Sampai je, kami dapat seat tingkat atas. Luas, boleh duduk sampai 16-18 orang. Duduk bersila plak tu. Ala ala macam makan kat Jepun. Hahahaha

Terus order set Ayam Penyet untuk 12 orang dan air Ice Buah untuk 4 orang (kami jela dulu) sementara menunggu lagi 8 orang sampai kemudian.

Tengah dok sembang sembang, air sampai dah. Servis laju plak tu. Siap bawak tempat basuh tangan, tisu, sudu garfu, untuk kami kat level atas. Sebab kat atas ni takde sinki. Tingkat atas semata je untuk kitorang duduk. So belasah jela.

Then, makanan sampai. Sangat pantas. Kami ni plak dah lapar sangat, terus la melantak. Tak tunggu member dah. Gile ah. Hahahaha

Layan gambar.

Gambar curi dari google.

Ekin and Me with our Ice Buah.

Yanti dan Aain.

Set Ayam Penyet. RM10.90. Set ni sekali ngan air mineral, tapi dalam mineral cawan dalam plastik. 

Ice Buah - RM 6.00. Sedap sangat. Recommended. Tapi agak manis la plak. Tapi ais dah cair, ok dah.

Makan dulu. Bismillah.

Ekin yang tak sabar makan, dan aku pun tak sabar makan.

OMG, first time aku gigit gigit tulang ayam. Selalunya aku tak reti makan. Tetiba jadi reti makan plak. -_-"
 Terus terang cakap, inilah ayam penyet the best selepas beberapa tempat aku pernah makan ayam penyet.

Ayamnya lembut, dengan rempah nya yang sangat sedap, membuatkan aku rasa nak ratah ratah tulang ayam. Nasi juga sedap. Wangi je macam pulut plak.

Dan ya, memang aku ratah ratah pun tulang ayam tu. Ingatkan nak tambah lagi satu set, kongsi ngan Yanti, tapi pikir satgi melantak, dah kul bape plak. Dah la lunch sejam je. So takpe, next time makan, confirm mintak lebih terus.

Sambal dia pedas tapi pedas yang boleh tahan lagi. Ada rasa masam masam manis, sedap. Sangat sedap.

Air pulak, Aain selalu order Ice Buah katanya. Kami pun nak gak la. Teringin yang sama. Sedap gak, penuh dengan buah buahan.

Pastu yang lain lain sampai, apelagas. Laju jela amik gambar siap suruh waiter tu amik gambar.

Huda, Hana, Ekin, Aku, Kak Herney, dak-account-praktikal tak-tau-nama, Norli, Finie, Yanti, Aain, Shakira and Tini.

Okeh, boleh bagi 4.5 bintang out of 5 bintang.

Sebab puas hati sangat. Servis cepat, waiter dan layanan okey, makanan sedap, lokasi senang cari.

Recommended. Serious.

WAJIB REPEAT. Nak ajak Encik Tingkerbell pasni.



Lokasi Restoran Ayam Penyet Wong Solo
No. 8-G-1 & 9-G-1, Seksyen 9
Jalan Medan Pusat Bandar 4A
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor

No. Telefon : [03] 89253414



p/s: Aku ada baca satu blog pasal review makan kat sini gak la. Tapi yang kelakar nya, dia kata, "Teringin nak makan kat Restoran Ayam Penyet Wong Solo sebab ramai cakap ayam penyet dia sedap." Tapi bila dia sampai kat kedai ni, dia order nasi putih dan sambal udang petai. 

Lepas tu, die komen kata, "Biasa biasa je makan sini. Takde lah sedap mana." So, dia kata takkan datang sini lagi dah sebab bukannya sedap sangat macam yang hebat diperkatakan tu"

Hmm.. personally la aku cakap, orang yang review ni rasanya tak paham kot. Dah TERANG TERANG semua orang kata AYAM PENYET sedap, ko pulak pi makan nasi putih dengan sambal udang petai tu buat apa?

Then, nak review kata tak sedap sangat. Tak nak datang lagi dah. 

Pikir sendiri lahhh.. Malas nak cakap lebih.


Thank you for spending time reading this entry yaw!

4 comments:

  1. Salam,

    Jemput ke Warung kami Ayam Penyet Mar di Kampung Melayu Sg. Buloh.
    Rasai keenakkan puyuh penyet, keli, talapia, bawal, kembung dan ayam penyet yg di perap dgn rempah giling,
    terasa rempah hingga ke tulang. Sotong dan udang penyet kami menggunakan tepung tempura yg terbaik.

    http://ayampenyetmar.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Saja jalan2 nak buat perut lapar.... ye... sokong sangat.... Wong Solo adalah the best Ayam Penyet kat Malaysia ni... 5 tahun dah makan sini... so far tak pernah kecewa.... memang sedap sangat :)

    ReplyDelete
  3. assalam. tau tak cmne nk book mkn kat sini?

    ReplyDelete
  4. Boleh call 03-42701947 utk branch ampang. Tapi selalunye diorang susah nak angkat call. Busy sangat kot.

    ReplyDelete

Takkan baca je kot? Komen tak nak?