Wednesday, January 22, 2014

UOB JSI in Memories (2006-2008)



Mungkin ramai tahu, mungkin ada tak tahu langsung. Aku pernah ada pengalaman kerja bank. Pergh, cakap macam jawatan besar gila. Padahal jadi clerk teller je pun. Dok kaunter je.

2 tahun kerja bank. For me it's a long time. Banyak pengalaman aku dapat. Sebab bila kerja front desk ni, 8 jam waktu bekerja adalah mengadap dan jumpa customer yang bermacam macam perangai dan karenah. Ini semua mematangkan aku. Chewah, ayat nak poyo.

Eh tapi betul. Tak macam sekarang. Kat ofis, bos takde. Bole update blog. (Sekarang ni la, cakap diri sendiri) Pastu ada waktu terluang, hu ha hu ha pi makan la, jalan jalan gosip gosip kat tingkat 3, naik tingkat 6 gosip lagi.

Masa aku kerja bank dulu, 8 jam tu memang kerja je. Mana ada masa nak mengular. Dah nama pun kerja mengadap customer. Nak MC pun kadang kadang pikir ade orang nak cover kerja tak? Kalau member dah amik cuti, tiba tiba aku nak MC, tak bole. Dah short handed staff dah. Kerja la jugak, walaupun demam selsema. Nak cuti raya pun gilir gilir. Ini adalah antara beberapa sebab kenapa aku berhenti kerja bank.

Tapi kerja bank banyak profit. Ekonomi gawat macamana sekalipun, tak effect langsung kat bank. Tak macam construction company. Kalau ekonomi gawat, jaga jaga la. Potong gaji ke, takde bonus ke, tu semua penangan kegawatan ekonomi. Kerja bank, gaji masih terus naik (secara konsisten), bonus setiap tahun pasti ada, performance bonus dan sebagainya.

KALAU LA. KALAU LA aku masih kerja bank, sampai sekarang. Kiranya 8 tahun la. Gaji aku sekarang dah 3k kot. (Tempat kerja sekarang tak sampai pun gaji banyak tu. Jauh lagi nak pegi ke 3k) Untung jadi clerk kat bank. Ade union macam NUBE yang support clerk bank. Fight untuk gaji, bonus.

Oh ye, 2, 3 minggu selepas aku berhenti kerja bank, semua clerk (bank tempat aku kerja ni) dapat back dated salary dan bonus sebab perjuangan NUBE fight untuk gaji dah berjaya. Kalau aku tangguh sket seminggu dua resign, aku dapat la buta buta gitu 7-8k. Nangis aku dengar. :'( (Padahal masa tu OM dah pesan, jangan resign dulu. Nanti dapat habuan. Aku je degil nak resign gak.)

Lepas resign, bebudak bank sume nganjing aku. Siot.

And what I miss the most,

I ♥ UOB Jalan Sultan Ismail's working environment. (2006 - 2008)

Colleagues (about 20-25 people) are the best colleague ever. I do miss working with ALL OF THEM.

Malay, chinese, indian, semua the best. None of them are sombong walaupun pangkat tinggi and different races.

I miss them. Nana, Zura, Kah Lai, Kak Wan, Kak Lina, En. Aziz, Izan, Eva, Hephzi, Stephanie, Shannen, Shereen, Vila, Joanne, Seng Kiat, Wei Chin, Anand, Samuel, eh ramai lagi la. Even the guard pun Gopal. Bertahun tahun Gopal jaga UOB JSI nih.

Teringat masa pergi team building kat A Famosa Resort, Melaka. Best gilaaaa. Gambar takde pulak. Tapi kenangan tu masih ada. Of course teringat sebab aku jadi leader untuk UOB JSI punya sorakan. Pastu main paintball, buat rakit, pastu mendayung, malam dinner, lepas dinner masing masing terjun swimming pool kat banglo. Eh best la. Cuma malam tu kami tak minum wine je. Hahahaha.. Yang chinese minum la wine kan.

Best kerja as a clerk teller ni, segala kerja yang kita buat hari tu, settle hari tu jugak. Tak pernah sekali pun kerja bawak balik, atau termimpi mimpi atau teringat ingat kat rumah. Which is otak free sangat sangat. Tak tension. Tension HANYA WAKTU KERJA sahaja. Of course, melayan karenah customer. Tapi itu lain kali cerita.

JAUH BEZA dengan aku kerja as a secretary sekarang. Kerja aku sekarang, 24 jam pikir. Walaupun sedang bercuti kat Langkawi sekali pun. Nak pikir nak arrange orang pick up bos kat airport, pikir document hantar kat printing, pikir ade document urgent Dato nak kena sign, nak kena call office follow up document, and banyak lagi nak kena pikir.

Terus terang, aku rindu kerja bank. Tapi kalau aku kerja bank, memang takde masa la aku nak update blog kan. Hahahahaha!

And on top of that. I do miss pegang duit puluh puluh ribu. Hahahaha.. Rindu kira duit ribu riban. Hahahha.. Bole?

Prestasi aku masa kerja kat UOB memang tip top. Terus terang cakap. Working hours, dari 8.30 pagi - 5.00 petang. Tapi aku pukul 7.00 pagi dah tercongok depan bank. Kalau officer tak sampai lagi, aku dok la tunggu sampai officer sampai bukak pintu sambil dengar mp3 handphone.

Ini semua gara gara taknak bersesak dalam lrt. Hahaha.. So gerak awal gile.

Aku pulak cepat pick up. Kalau belajar benda baru, memang cepat. So, mostly kerja kerja yang susah sikit macam remittance, nak kena issue GL, coding, selalu officer serah kat aku. Aku buat laju sikit. Even yang senior dah kerja 4, 5 tahun sebelum aku pun, aku lagi expert. Ha cemano tu.

Kadang kadang marah gak, kenapa aku yang kena buat kerja kerja ni padahal ade orang lain tu tak buat pun. Tapi aku take it in a positive way. Aku patut bangga officer lagi percayakan aku dari orang lain. Sebab tu kasi aku buat. So, aku buat je dengan hati terbuka. Chewah.

Aku ingat lagi, waktu aku nak resign. Aku serah surat resign kat OM. (Operation Manager, En. Aziz).

Dia tak kasi aku resign, dia kata aku ada potential untuk naik jadi officer. Tunggu la lagi 2, 3 tahun, dia akan recommend aku naik pangkat. Lagipun aku ade pergi kursus ape ntah (untuk naik pangkat). Bersungguh sungguh dia tak kasi aku resign. Mungkin sebab masa tu aku antara staf dia yang terbaik, so memang berat dia nak lepaskan.

Lepas tu, sorang sorang officer pujuk aku tak kasi resign. Ishk, sedih gak. Bukan officer je, malah BM (Branch Manager) pun siap panggil aku masuk bilik tanya kenapa nak resign. Aku jawab nak sambung belajar, padahal tak pun. Hahahha

Memang berat hati nak lepaskan kerja ni, tapi aku dah pilih jalan lain. Kerja dengan TRC yang best sangat ni. (Best lah sangattttt!)

Oh sedih pulak.

Apa kata layan gambar. :)


The best trio ever, Zura, Nini, Nana

Nana dan Zura

En. Aziz dan Nini (Me)

Zura and Nini (Me)

Nini (Me) and Kak Lina (PA) 
My bestie, Nana.

Ha, this is my protege. My anak didik. Hephzi Joy Bernard. Tengok, mentor ingat tau nama penuh anak didik nih.

My counter, tinggal kenangan.

Nini (Me), Shereen, Zura and Kak Wan.

Kak Wan, officer yang garang. Tapi hebat gila bab remittance.

This is my mentor. Yong Kah Lai. Still single. Sape nak?

Kah Lai is my mentor. Masa masuk UOB, dia clerk teller je sama macam aku. Bila ada staf baru masuk, Nana, Kah Lai naik jadi officer pulak.

Kah Lai memang hebat gila. Kira duit cash kat tangan laju nak mampus. Aku pun tak sempat pandang. Laju gilaaaaa.


Yang comel ni, Ting Wei Chin. Customer Service Representative (CSR).

Oh ya, officemate kat UOB ni semua panggil aku Nini. Ni semua Kah Lai punya pasal la. Dia carikan nick name untuk kami, senang nak panggil.

Mula mula masuk, aku suruh panggil As. Dia kata susah la As. Panggil Nini. Terus melekat sampai sekarang. Tapi kat UOB jela. Even aku jumpa diorang pun sekarang, memang panggil aku Nini pun.

Lepas tu Nana masuk. Nama betul Suzana. Dia kata panggil nama dia Anne (atau N). Memang semua orang panggil dia N katanya. Aku pun panggil dia N. Tapi Kah Lai punya pasal gak, dia kata susah. Panggil Nana. So ada geng. Nini dan Nana. Last last aku pun terjebak sama panggil Nana. Nini dan Nana.

Actually ade kisah gak pasal nama kitorang. Lain kali la cerita.



p/s: Kenapa gambar dengan Eva takde eh? One of my favorite officer gak tu.


Thank you for spending time reading this entry yaw!

6 comments:

  1. Nak tny sket bole..uob bkak sbt ahad jugak ehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak lah. Sama macam bank lain, bukak Isnin - Jumaat jer.. :)

      Delete
  2. Hye... Saya nak apply kerja teller kat UOB... Nak tanya gaji teller ni berapa ye untuk lulusan STPM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Starting gaji teller ni sama je dengan budak SPM, mahupun diploma. Sebab saya lulusan diploma kot. Tapi keje teller. Tak pasti pulak kalau boleh mintak lebih kalau ada experience atau ada lulusan.

      Masa saya mula mula masuk basic 1000 lebih je. Tu pun tahun 2006. Sekarang dah tinggi dah kot. :)

      Delete
  3. Hi Awak.. sy nak tnya.. dulu sy keje AmBank ade COLA RM300 monthly.. kat UOB ade x allowance lain.?? mcm mn ngan OT plak ye.???

    ReplyDelete
  4. Hi Awak.. sy nak tnya.. dulu sy keje AmBank ade COLA RM300 monthly.. kat UOB ade x allowance lain.?? mcm mn ngan OT plak ye.???

    ReplyDelete

Takkan baca je kot? Komen tak nak?