Thursday, January 16, 2014
Terimbas Kenangan Lama - Kelakar Okey
Hahahahaha.. Aku baru baca balik entri aku kat blog ni 5 tahun lepas. Gile dah lama gak aku ade blog. Dari 2009. Tapi sebenarnya aku ada blog lagi lama dari tu, 2004 atau 2005 atau 2006 kot. (Serius tak ingat) Tapi masa tu mana ada blogger atau wordpress, hanya blog guna ID friendster. Dulu account friendster, link dengan blog skali. So bila aku buat facebook dan blogspot, aku delete la semua account tak pakai macam friendster, myspace, etc. Terpaksa la delete gak blog friendster tu.
Entri ni buat aku teringat balik benda yang aku serius tak ingat langsung.
http://tingleasknie.blogspot.com/2009/06/agak-agak-kau-sempurna-sangat-ke.html
Sahabat aku Cik Puan Mizah pulak teringat nak update entri yang lebih kurang sama selepas membaca entri aku ni.
Bersiri siot. Ada 3 episod semua nya. (Watak utama Mizah dan Aku)
Episod 1 - http://bloggericious.wordpress.com/2009/07/04/kisah-cinta-suci-abang-bomba/
Episod 2 - http://bloggericious.wordpress.com/2009/07/06/kisah-cinta-suci-abang-bomba-ep-2/
Episod 3 - http://bloggericious.wordpress.com/2009/07/07/kisah-cinta-suci-abang-bomba-ep-3-akhir/
Dan aku baca balik entri Mizah ni. Seriously aku memang tak ingat langsung kisah kisah kitorang zaman remaja ni.
Dan bila baca balik, yer yer, aku teringat. Tapi ade jugak secebis dua kisah yang aku masih lupa.
Ape ape hal pun, zaman kami masa remaja ni adalah zaman kitorang paling naif dan bodo sengal ubi dan begitu banyak pengalaman yang kami dapat. Dan buat pengajaran sebenarnya.
Zaman dulu tak sama dengan zaman sekarang, zaman sekarang canggih melampaui batas. Nak cari jodoh sekarang senang sangat, Look Around je kat Wechat. Jumpa jodoh. Agak agak tak best, look around lagi. Jumpa handsome, add friend. Hmmmm.... Canggih sangattttt.. Agak agak 1km je, meh jumpa. Hmmm.. canggihhhh... (Adik adik aku la ni semua)
Zaman dulu harap ade orang salah nombor telefon je. Pastu kawan. Pastu jumpa. Hmmm.. Haa tu yang jumpa "abang bomba" tu..
Hahahahha kelakar la Mizah... Aku tak bole blah rasa nak gelak je ni.
Anyway, siapa yang dah baca entri ni, aku nak bagitau.
Aku jumpa balik mamat dalam ENTRI NI masa kenduri arwah Opah aku kat kampung dalam tahun 2011. Yup, kami terserempak, dia pandang aku, aku pandang dia, tapi pandang takde makna. Tapi dia pandang je aku. Maybe sebab aku ni familiar sangat bagi dia kot. Masa tu dia duduk bawah khemah minum air.
Tapi sorry lah encik mamat, saya dah kahwin anak sorang dah masa tu. Tak guna awak pandang pandang. Tu lah, masa zaman kita kenal kenal dulu buat perangai kan. Hakkk tuuiiiii... Hahahahaha..
Pastu aku saje saje je lalu depan dia dukung Rayyan, (konon nak bagitau aku dah ade anak lettewww).
Of course aku tunjuk muka dia kat adik adik aku (sebab adik adik aku tau gak cerita). Ikutkan aku tak confirm sangat, betul ke itu dia? Sebab dah dekat 10 tahun kot tak jumpa.
Lepas tu, dia bangun, dan jalan ke arah sekumpulan orang masjid yang lain. YES! ITU ORANGNYA! Tengok la cara dia jalan!!!
Hahahahaha.. Kami adik beradik semua gelak terbahak sebab sangat pasti itu adalah orangnya. Hahahahaha
p/s: Sape tak paham, memang kena baca entri ni. Huiii.. Kenangan betul.
Thank you for spending time reading this entry yaw!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Takkan baca je kot? Komen tak nak?