Wednesday, February 19, 2014

Smart Boy, Rayyan!





Petang semalam lepas balik kerja, mak cerita kat aku. Mak kata, cikgu sekolah Rayyan ada bagitau, katanya Rayyan dah tak nakal dah sekarang.

Yela, sebab masa first day Rayyan sekolah, cikgu sendiri cakap kat aku, "Nama budak nakal ni senang hafal. Macam Rayyan, Acap, Aiman. Ha ni sume budak nakal ni."

Tapi cikgu mention gak, bukan nakal sangat pun. Nakal budak budak, biasalah. Nak membesar kan.

So bila cikgu cakap macam tu, katanya Rayyan dah tak nakal, aku macam Wow! Tetiba baik plak nih. Bagus nye. Lagipun masa nak bayar yuran bulan 1 aritu, aku pun cuti, memang ingat nak jumpa cikgu sembang sembang pasal Rayyan. Dah ya, memang cikgu bagitau Rayyan ni nakal sikit. Suka kacau budak lain, lepas tu tak nak mengaku buat salah.

Pastu kalau suruh buat ape ape, semua benda tak tau. Padahal dia tau, cuma saja je nak menyakat cikgu. Alah, kat rumah pun sama. Kalau suruh Rayyan buat pape, dia mesti jawab Rayyan tak tau. Padahal tau je. Memang saje.

Dan mak aku cakap gak, hari hari sebelum Rayyan pergi sekolah, mak pesan. "Rayyan jangan nakal nakal kat sekolah tau." Mungkin sebab tu Rayyan tak nakal kot. Rasanyalah.

So, aku pun memulakan perbualan ngan Rayyan.

I: Rayyan nakal tak kat sekolah hari ni?

R: Takkkk.. (jawab selamba)

I: Kenapa Rayyan tak nakal?

R: Nanti masuk api kerake. (pelat tak boleh blah). Nanti terbakar. Haaaa.. (siap depa depa tangan)

Ha part ni aku gelak. Sebab takde sape antara kami, samada aku, Encik Tingkerbell atau mak aku sendiri cakap pasal api neraka. Ha ni mesti cikgu yang bagitau ni.

So saje je aku tanya lagi.

I: Habis tu, siapa yang nakal kat sekolah?

R: Acap. Satu je. (siap tunjuk jari 1) Acap. Acap nanti masuk api kerake.

I: Laa.. Kenapa? Acap buat apa?

R: Acap amik air Upin Upin Yayen. (Bekal botol air Upin Ipin Rayyan) Acap amik beg Spiderman Yayen.

Hahahaha.. Aku gelak je ngan mak. Rayyan mengadu la ni. No wonder Rayyan tak nakal dah sekarang. Takut api neraka rupanya.

So balik rumah. Aku ngan bebudak dua orang je kat rumah. Encik Tingkerbell balik lambat sebab jaga tiket bola PKNS vs Kelantan untuk Piala FA.

Macam biasa la, kalau dah kami bertiga kat rumah, kelam kabut jela. Boleh pulak Rayyan sakat adik dia, nasib adik dia tak jatuh terhantuk kepala. Tangan aku ni plak laju je menampor pipi Rayyan. Sorry Rayyan. Tangan laju gile. Tak sempat nak pikir. Sebab dia buat adik dia sampai Ibu dia ni terkejut tengok. Tu yang laju je tertampor.

Rayyan pegang pipi dia, sambil pandang muka aku buat muka kesian. Aku plak masih hangin, suruh die pergi jauh jauh. Dok belakang sana.

Tak lama lepas tu, Rayyan tetiba datang duduk sebelah. Nak mintak maap la tu.

Aku pun dah reda. Aku tanya dia baik baik.

I: Kenapa Rayyan buat adik? Rayyan tak sayang adik ke?

R: (Diam tak jawab)

I: Rayyan nakal sangat ni kenapa? Rayyan nak masuk api neraka ke?

R: TAK NAKKKKKKK!!! (terus dia baring kat peha aku)

Tak lama pastu, dia mintak susu. Lepas tu dia kata, "Yayen nak tido. Yayen nantok yah."

Lepas Rayyan tido, Syauqie pun tido. Lega dah Ibu dia nih.

Bila pikir balik, kesian kalau gertak gertak Rayyan pasal api neraka tu. Actually saje je cakap tu. Tak sangka dia memang takut sangat ngan api neraka tu. Mesti cikgu dia cerita macam macam.



p/s: Lepas ni boleh takutkan Rayyan lagi macam ni lah. Tapi Encik Tingkerbell dah pesan, jangan selalu sangat.

p/s/s: Rayyan masih pelat. Sikit sikit. Tapi takde la macam dulu. Kalau nyanyi lagu pun, mesti nak lidah tebal macam Ajai. Huruf 'esh'. Hahahaha


Thank you for spending time reading this entry yaw!

No comments:

Post a Comment

Takkan baca je kot? Komen tak nak?