Friday, July 19, 2013

Pengalaman Bersalin Kali Kedua - Part 2

Bersambung dari sini.

Dari pukul 12 tu lah. Sakit datang dalam masa konsisten, selang 10 minit. Dan sakit yang azab tu dalam masa 2 minit. Encik Tingkerbell pulak masuk labour room kejap kejap. Masuk, keluar, masuk, keluar. Motif? Entah. Takut tengok aku ke? Tak tanya pulak.

Berjalan jalan aku keliling labour room tu. Nurse pulak dalam setengah jam setengah jam dia datang check perut. Katanya lepas pecah ketuban, kena check jantung baby, takut dia lemas. Then dia pegang perut tengok contraction aku datang berapa lama.

Dalam masa takde contraction tu, aku jalan jalan la keliling labour room tu. Bila sakit datang, aku ngadap dinding, aku pegang besi katil, aku separuh cangkung, macam macam aku buat. Tapi dah nama pun sakit contraction, memang takkan hilang sakit. Dalam sejam pertama tu aku boleh tahan lagi sakit. Masuk jam kedua, aku dah tak bole tahan sakit dah. Dah la datang selang 10 minit, belum sempat nak buat pape, sakit datang balik.

Kalau Encik Tingkerbell ada dalam labour room, dia pun tak bole buat pape tengok aku. Dia siap suruh aku baring. Wei, baring lagi sakit. Baik lagi jalan jalan at least cepat sket bukak 10 cm tu. Sampai la kul 2, tahap aku dah tak tahan sakit. Siap mengerang bagai. Soh Encik Tingkerbell urut belakang masa contraction tu, tapi makin sakit ade la.

Midwife dan doktor masuk, dia nak check bukaan. Aku doa doa mintak mintak la dah 8 cm ke, 10 cm ke sebab dah tak tahan sakit benor dah.

Sekali doktor kata baru 5 cm. What??? Aku dah tak tahan sakit ni. Dah pukul 2. Mana bole tahan. Berapa lama nak tunggu nih. Doktor suruh tunggu, then suh aku buat cenggini cenggini.

Lepas doktor kuar, ade la dalam 2, 3 contraction pastu, aku tak tahan dah.

Dalam kul 3, aku tak tahan, aku tekan butang emergency untuk panggil nurse. Aku cakap aku tak tahan sakit. Then midwife masuk, check bukaan. Baru 6 cm. Pastu, dia ada tanya, nak amik ubat tahan sakit tak? Aku tanya ubat tahan sakit tu macamana. Nanti kalau sakit contraction datang, macamana nak teran sebab tak rasa. Dia jawab, itu epidural. Ubat tahan sakit ni, memang sakit still rasa lagi. Cuma, kalau amik, kita bole tidur kejap. Rehat, untuk amik tenaga nak teran nanti. Yela, lagipun aku dari pagi. Dok berjalan jalan kat bilik tu.

Aku pun decide nak amik ubat tahan sakit. Nurse pun masuk and bagi ubat cocok kat bontot. Mak aiii, cocok kat bontot wei, sakit bak ang. Dan dan tu, aku terus baring mengiring. Dan dan tu gak aku rasa macam lega. Macam nak tidur jap. Dan aku baring mengiring kebetulan memang mengadap jam. Tak sedar aku tertidur.

Tapi! Contraction datang je, aku terjaga. Sakit datang je, aku genggam palang besi katil tu, sampai sakit hilang, pastu aku tidur balik. Selang 10 minit sakit datang, aku genggam palang besi kuat kuat sampai ilang sakit pastu tidur balik. Itulah yang berlaku dari kul 3 lebih sampai kul 5 berulang ulang. Aku tau selang 10 minit sebab aku tidur ngadap jam kan.

Start kul 5 petang aku perasan contraction datang selang 5 minit. Oh no. Aku dah tak tahan. Dan aku dah mula rasa macam ade benda je nak keluar. Tapi aku tahan lagi. Yela, ubat tahan sakit ni memang kasi aku ngantuk betul. Sampai 5.30 petang, aku rasa macam nak berak sangat dah. Macam nak meneran je nih. Aku cepat cepat tekan butang emergency panggil nurse. Aku cakap tak tahan nak berak ni. Pastu midwife masuk, check bukaan dan dia kata, "Okey, dah boleh dah nih. Tunggu doktor yer. Dah boleh bersalin."

Alaa.. doktor mana? Tak tahan ni. Nasib la doktor memang kat luar, tengah menunggu aku je.

Encik Tingkerbell plak ntah ke mana. Cepat cepat call handphone dia suruh dia masuk. Cakap nak bersalin dah ni. Pastu doktor masuk, dan dan tu gak Encik Tingkerbell pun masuk.

Doktor check lagi bukaan, dia kata, "OK. Memang dah boleh sangat dah ni."

So diorang start buat preparation. Pakaikan aku sarung kain kaki, nurse tengah buat ape ntah. Aku tak tau la sebab tak sedar dok menahan sakit je. Sementara diorang tengah prepare tu, doktor suruh aku pakai gas tahan sakit. Tapi tak sempat pun. Memang aku nak teran sangat dah. Tak pikir nak amik gas ke tak.

Masa nak bersalin Rayyan dulu, memang aku amik gas tahan sakit tu. Tapi sama je. Sakit gak. (Boleh baca sini.) Tapi bersalin kali ni memang tak sempat langsung nak amik. Nurse tu pun macam terkial kial je dia, nak kasi aku gas ke tak nak kasi ke tak.

Encik Tingkerbell dah siap siap ade sebelah. Aku tak tau la ape lagi doktor buat kat 'bawah' tu. Aku tau nak teran je ni dah tak tahan. Then doc kata, "Ok, sakit je teran ok."

Dan dan tu, sakit datang je, aku amik nafas, aku teran sekuat hati. Dagu rapat ke dada, tangan pegang kaki. Perasaan masa tu macam terasa sangat ada benda bergerak nak keluar. Sama macam berak gak la. Ko teran, and ko rasa je 'benda' tu nak keluar and perasaan masa tu macam lega sangat.

Aku teran sampai 3 kali, kepala keluar. (Encik Tingkerbell bagitau). Teran kali ke-4, bahu keluar, and pastu terus teran ke-5 (tak bole lama lama sangat pause) terus baby keluar.

Berulang ulang aku sebut alhamdulillah, perasaan lega yang teramat, dan sakit serta merta hilang. Dan dan tu gak bibir terus kering, pastu rasa dahaga yang teramat. Letih sangat. Encik Tingkerbell dengan sweetnya cium dahi aku. Dia pun lega gak la tu kot.

Baby yang fresh baru keluar dari 'oven' terus letak meniarap atas dada aku. Sementara tu doktor jahit kat bawah. Aku pulak memang dah lemah selemah lemahnya memang tak larat nak bukak mata. Ni semua penangan ubat tahan sakit. Nak pegang baby pun tak larat walaupun atas dada ni je.

Mak aii.. Baby punya suara. Kuatnyaa die melalakkkk.. Dengan mata aku yang lalok lalok ni, aku tengok jari jari baby, panjang nyaa.. Tak macam Rayyan. Rayyan punya jari tangan ngan jari kaki ikut aku. Tapi baby ni, jari tangan jari kaki ikut ayahnya. And baby ni gelap, tak macam Rayyan kuar putih. Aku usap usap belakang baby (sambil mata memang dah lalok tak bole nak bukak).

Selesai semua benda benda yang patut diselesaikan doktor, baru la baby diangkat untuk dimandikan dan dibersihkan. Sementara tu midwife buat apa ntah bersih bersihkan bawah aku ke, kuarkan darah kotor ke, amende ke aku pun tak sure. Ingatan tak berapa nak kuat. Dah lalok kan.

Tau tau je, baby dah sampai, Encik Tingkerbell terus azankan baby. Pastu midwife kata dia dah bersihkan uri, dah selawat dah siap semua, tinggal terus tanam je nanti. Then, aku susukan baby pulak, cian dia melalak dari tadi lapar.

Makanan aku pun dah sampai memandangkan dah kul 7 lebih masa tu. Aku pindah dari labour room ke wad, pukul 9 malam. Sebab kul 8 malam nurse tukar shift, so nurse kena briefing dulu then baru kitorang dimasukkan ke wad.



Dah malam, baru la aku berkesempatan nak ucap terima kasih kat kawan kawan dan family yang wish good luck. Masa ni tak post gambar sebab Encik Tingkerbell tak kasi. Katanya tunggu dulu. Ntah nak tunggu apa pun tak tau la.

Anyway, aku dah officially a mom for 2 kids. Dah 2 anak beb. Cam tak caya je.

Welcome to this world, MUHAMAD SYAUQIE NAEEM BIN MUHAMAD SYAHBANI.

Baby MSN umur sehari.

Baby MSN umur seminggu.

Baby MSN genap sebulan.

Baby MSN latest pic. :)


p/s: Baby Muhamad Syauqie Naeem ni sebijik ikut ayah.

p/s/s: Tapi ade plak cakap sebijik ikut ibu. Mana satu ni?


Thank you for spending time reading this entry yaw!
.


Monday, July 15, 2013

Pengalaman Bersalin Kali Kedua - Part 1



Dah lama nak berbelog nak bercerita pengalaman bersalin nombor dua ni. Takut nanti makin tua, lupa pengalaman bersalin, ye dak? At least ade la coretan kat sini, at least boleh baca balik. :)

Ya. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi. Aku dah bersalin. 5 Jun 2013, Rabu iaitu sehari sebelum Israk Mikraj. So, cerita ikut kronologi yer.


31 Mei 2013 (Jumaat) - Pregnant 37 weeks 3 days
Pagi masa nak mandi tu, aku perasan ada keluar seketul lendir. Warna jernih, berketul. Tanda ke? Tanda nak bersalin ke nih? Rasa macam tak bersedia lagi je.

Cepat cepat google. Yup, kalau keluar lendir ketul tu memang tanda nak bersalin dah dekat. Tapi takde darah la pulak. So aku tunggu jela.

Hantar Rayyan pergi rumah mak, cerita kat mak ada keluar lendir. Mak kata, "Dulu masa mak beranak kan Apis, keluar lendir la. Haa.. Entah entah ko bersalin hari ni."

Aku kata tak kot. Tak sakit. Takde darah. So, pergi jela kerja.

Tapi dok risau gak kot kot Sabtu beranak plak. So, dah inform colleague siap siap takut bersalin hari Sabtu Ahad plak. Hand over kerja belum lagi, (sebab ingat lambat lagi, and due date pun ade lagi 2 minggu) maka petang tu kelam kabut gak la hand over kerja kat Yanti. Tapi kalau Sabtu Ahad belum beranak, Isnin kerja laaaa...

1 Jun 2013 (Sabtu) - Pregnant 37 weeks 4 days
Pagi pergi toilet nak kencing, (biasala tiap 2 jam kencing manjang) check ada lendir berketul lagi. Tapi tak banyak macam semalam. Takpela, tunggu jela. Takde sakit pape pun.

Braxton hicks datang kejap kejap je. Tapi bole tahan.

2 Jun 2013 (Ahad) - Pregnant 37 weeks 5 days
Pagi pun ada keluar ketul lendir gak. Still ignore sebab takde rasa sakit or kuar darah pun.

3 Jun 2013 (Isnin) - Pregnant 37 weeks 6 days
Pergi kerja. Pagi ni takde plak kuar lendir. Takpela.Gi keje macam biasa.

Officemate dok ingat dah bersalin sebab masuk keje lambat sket. Tak ingat sebab pe. Hantar Rayyan lambat kot. Biasa la, hujung hujung mengandung ni, lain macam kerenah Rayyan ni.

4 Jun 2013 (Selasa) - Pregnant 38 weeks
Hari ni ada pregnancy check up dengan Dr. Habibah, Pakar O&G Hospital Pusrawi.

Tapi pagi pergi kerja, check up petang. Petang tu dah siap siap pesan kat officemate bagitau nak gi check up.

Masuk je bilik doktor untuk check up, aku cerita kat doc pasal kuar lendir start ari Jumaat lepas. Doc kata, ok dia nak seluk tengok bawah macamana. Aik, dah nak seluk dah??

Doc seluk (mak ai, tahan sakit jap kena seluk bawah) pastu doc kata, "Awak nak masuk wad tak hari ni?"

Aku pun macam, "Aik? Kenapa?"

"Dah bukak 3 cm ni. Dah boleh  masuk wad."

Aku macam blur. Tak terpikir plak nak masuk wad dah. Aku terdiam jek.

Doc tengok aku blur, maybe dia paham kot. Then dia cakap, "Nak masuk wad hari ni ke, atau nak balik?"

Aku cakap, "Nak balik dulu la."

"Okey, kalau malam ni dah rasa sakit. Datang hospital cepat. Kalau awak tak rasa sakit, esok pagi pagi awak mesti masuk wad"

Aku cakap, "Bukan nak kena tunggu sakit contraction atau turun darah ke doktor?"

"Tak semestinya. Keluar lendir pun tanda jugak."

So aku diberikan GL dan surat rujukan masuk wad esok kul 8 pagi. Keluar bilik, aku call Encik Tingkerbell. Aku suruh dia amik cuti esok. Dia kata nape? Then aku cerita la kat dia dari A-Z ape yang doktor cakap tadi.

Aku tak straight balik rumah, aku singgah ofis dulu. Bawak la skali Rayyan dengan Ikah yang temankan aku pegi check up hari tu. Siap siap pesan kat Yanti kata nak bersalin dah esok ni.

Lagipun aku nak settlekan GL untuk aku bawak esok pegi hospital. Yela, kena fax GL ni la tunggu diorang fax balik la ape la. Dah settle semua baru balik.

Malam pulak, ade perasmian gerai family-in-law kat apartment rumah diorang. So sempat la pergi. Dah siap siap la bagitau FIL kata esok pagi nak masuk wad dah. Bersalin sebab dah 3 cm bukak nih.

5 June 2013 (Rabu) - Pregnant 38 weeks 1 day
Akhirnya pagi ni dah bersiap siap nak pergi Hospital Pusrawi. Hantar Rayyan pergi rumah mak dulu, then kami berdua suami isteri pergi ke hospital.

Dalam pukul 9 pagi baru sampai hospital. Biasala pagi nak pergi kerja, jalan jem bagai la. Masa tu tak sakit sangat. Sakit dah datang tapi sikit sikit je. Still boleh tahan.

Sampai kaunter, settlekan GL sebab ada problem sikit, dalam pukul 10 baru la dapat masuk labour room. Terus masuk labour room tuh! Dasat tak dasat. (Doktor yang suruh)

Sempat snap lepas masuk labour room pastu upload instagram. Hehehe 


Masuk labour room, salin baju pakai baju patient. Nurse masuk, and die start briefing dari A-Z. Then, midwife pulak masuk. Die check bukaan, baru 4 cm.

Seharian dari semalam, baru 4 cm? Aku ingat dah terus 5 cm ke. Hahaha..

Then aku dengar midwife cakap suruh kosongkan perut. Doktor dah bagi arahan. Kosongkan perut ni maknanya, nurse akan masukkan something kat dalam lubang bontot supaya semua sisa sisa dalam perut dan usus keluar. Tak sampai seminit, perut dah memulas mulas dah. Terus pegi toilet pastu bedebush! Perghhhh ade la dalam 10 minit dalam tu memerut. Baik punyaaaaa! HAHAHAHA

Pastu start buat CTG, check BP. CTG ni alat untuk check contraction baby dalam perut. Dan yer, memang dah start contraction. CTG slalunya 40 minit. Tapi aku plak tak sampai 40 minit. Sebab graf menunjukkan memang contraction dah start la kot.

Tak lama lepas tu, doktor masuk. Doktor plak check bukaan, katanya dah 4 cm lebih. Dan dia kata dia nak pecahkan ketuban. Ngilu je masa doktor nak pecahkan ketuban tu. Gedebush, air keluar punya banyak. Air ketuban jernih kata doktor, so ok. Yela, kalau ketuban dah berwarna, kemungkinan baby dah berak kat dalam. So far, aku punya baby ok, tak berak sebab ketuban jernih. Then nurse pakaikan aku pampers. Gedabak punya pampers untuk orang dewasa. Pampers untuk air ketuban ni la. Dibuatnya aku berjalan jalan kat dalam labour room tu satgi menceceh je air keluar tak ke naya.

Aku duduk, pastu berdiri, mesti rasa air keluar. Nasib pakai pampers. Oh lupe, doktor tanya aku nak amik epidural atau ubat tahan sakit tak? Aku kata tak nak. Dia kata ok. Kiranya aku nak natural birth la nih. Aku jawab yer.

Doktor kata ok la bagus la. Dia suruh aku banyakkan berjalan dalam wad. Kalau sakit datang, buat camni camni (die tunjukkan cara cara) pastu soh tarik nafas, lepas. Tarik, lepas. Gitu la katanya.

Doktor keluar, pastu tinggal aku sorang sorang dalam labour room. Oh yer, Encik Tingkerbell memang ada temankan aku. Tapi dia tu kejap keluar, kejap masuk. Boring kot. Gi sapkok jap, beli makanan, beli surat khabar la. Baca surat khabar la. Yela, aku masa tu belum sakit sangat so takde la die heran sangat kan.

Lepas doktor dah pecahkan ketuban dalam kul 11 lebih gitu, sakit dah start datang. And bila aku cakap sakit, yes. Memang sakit. Sakit contraction yang betul betul sakit. Pergh, orang kuat je boleh buat natural birth wei. Sakit dari kul 12 (lepas aku makan, sebab kebetulan dah kul 12 diorang kasi makan, so aku makan) sampai la kul 2 aku tahan. And dari kul 12 tu, bermula lah pertarungan aku untuk bersalin sebenarnya.


Bersambung... Part 2


Thank you for spending time reading this entry yaw!