Entri asal adalah pada 25 Ogos 2008.
KISAH BENAR
apakah yang akan kau lakukan jika kau seorang perempuan dan kereta kau mati di tengah jalan pada tengahari buta dan keadaan jalan raya yang sangat sesak ketika itu?
aku?
aku akan mati kebuntuan. dan tentu saja aku akan menelefon tunang ku. meminta pertolongannya, dan aku pasti tunangku aku cuba sedaya upaya untuk membantu aku. kerana aku tahu dia bagaimana.
tapi ini bukan kisah aku. kisah tunang adik aku.
kasihan Huda. sudah la kereta mati di tengah jalan. bila diminta pertolongan adik aku, dimaki pula sedangkan tunangnya sedang meminta pertolongan. kadang-kadang aku tak faham. kenapa adikku beriya menyuruh tunangnya menyelesaikan masalah itu sendiri. sedangkan sepatutnya adik aku tahu bahawa seorang perempuan sememangnya tidak tahu menahu tentang kereta. samalah seperti aku. hanya tahu memandu dengan laju dan melanggar peraturan jalan raya sahaja.
aku tidak dapat berbuat apa-apa ketika itu. lagipun aku sedang membeli-belah bersama mak aku. nak membantu, aku juga tak tahu.
aku semakin marah bila mengetahui yang adik aku hanya duduk di rumah tidak berbuat apa hanya menonton bola sepak MU kelab kegemarannya. sedangkan tunangnya, di tengah jalan raya sedang dalam kebuntuan tidak tahu hendak minta tolong pada siapa lagi.
akhirnya perkara itu selesai setelah pakcik Huda datang membantu.
dipendekkan cerita, aku menelefon bakal adik ipar aku itu untuk bertanya khabar. sememangnya aku sudah agak, perkara ini menyebabkan pergaduhan antara adikku dan tunangnya itu. sebab ketidakmatangan adik aku.
"Huda macamane? dah settle ke masalah kereta? Wan tak tolong?"
"Wan tak tolong langsung, Kaklong. die marah Huda lagi ada. dia suruh Huda call sape-sape settle sendiri"
"laaaa... ape ke bengap Wan nih. macamni ke nak jadi suami? Huda tak sound ke Wan tuh?"
"Huda dah sound dah. Huda nangis-nangis marah dia, bagi dia sedar sikit. bile dah kena sound, baru dia diam, dia pikir. pastuh dia nak datang tolong, tapi Huda cakap tak payah. pakcik Huda dah on the way"
"ishk... macamane la Huda boleh tahan dengan perangai budak-budak die nih"
"tu la... Huda dah 5 tahun dengan dia. dah masak dah dengan perangai dia. kena cakap baru dia faham"
itu antara perbualan aku dan Huda dalam telefon.
semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, aku dan mak beriya-iya hendak memaki Wan, adik aku.
ketika di rumah,
berbuih-buih mulut aku memarahi Wan tapi tidak lah sampai berbuih seperti Shabery ketika debat melawan Anwar.
"kenapa kau Wan? Huda tu bakal bini kau. macamane kau nak jaga dia kalau dah kawin kalau perangai kau macamni??"
bertubi-tubi mak dan aku memaki adik aku.
adik aku hanya diam.
dan dia menjawab dengan dahi berkerut dan nada serius,
"habis, kalau tayar motor Wan pancit tengah jalan, ade Huda nak datang tolong?? ade??"
aku dan mak memandang antara satu sama lain.
kami ketawa berdekah-dekah sehingga menitiskan air mata.
ya, sememangnya adik aku belum matang lagi.
nota kaki: beruntung juga ada adik begini. dia sememangnya pengubat jika anda dalam keadaan marah.
nota tangan: aku bukan hendak mengutuk adik aku, tapi kadang-kadang dia seorang pelawak dalam keadaan dia sendiri tidak sedar. aku sangat suka!
Thank you for spending time reading this entry yaw!