Suami: Sekarang apa yang awak kena buat lepas jadi isteri saya? (Memandangkan mereka tak kenal antara satu sama lain sebelum kahwin)Of course bila aku dengar statement si Isteri, terus aku terfikir. Aku rasa macam aku tak tau je warna kesukaan Encik Tingkerbell. Mahupun makanan kegemarannya. Macamana tu?
Isteri: Mak Limah pesan kat saya, yang saya kena belajar dan amik tau makanan kesukaan abang, warna kesukaan abang, bla bla bla...
On the spot terus tanya Encik Tingkerbell;
Aku: Awak, orang rasa macam orang tak tau pun warna favourite awak apa kan? Awak suka makan apa pun macam orang tak tau.Aku memang dah cukup kenal pe'el Encik Tingkerbell ni. Dia akan buat bodo semahunya dengan apa yang aku cakap. Pastu kembang kembang idong. Pastu kentut, pastu tak nak ngaku. Adoi... Laki aku ni...
ET: Ha, tu la. Orang je tau awak suka makan apa. Awak suka makan laksa. Hah, kan dah 1-0.
Aku: Alaa.. Memangla awak tau. Dah orang bagitau dekat 100 kali kat awak. Siap tiap tiap minggu wajib beli kat pasar malam, memangla confirm awak tau. Setakat 1-0 jek. Baik tak payah. Warna kesukaan orang awak tau?
ET: ...
Pelik kan? Aku dah kenal Encik Tingkerbell lebih dari 5 tahun. Kawin pun dah setahun lebih. Tapi masih ragu ragu dengan apa yang dia suka makan, warna kegemaran, dan macam macam lagi.
Tapi satu je yang aku pasti la. Semua masakan umi dia, dia suka makan. Especially Ikan Cencaru Belah Belakang. Ayam peram pun dia suka. Daging ketuk pun sama. (tak ingat la daging ketuk ke, ayam ketuk ke, janji ketuk ketuk sampai penyek)
Even aku sendiri suka masakan umi. Especially kuah lodeh umi buat. Sedap tau. Mak aku pun puji sedap gak.
Erk, berbalik kepada cerita asal. Aku memang tau semua makanan tu Encik Tingkerbell suka. Tapi which one he like the most? Memang tak tau. Sebab semua benda dia makan. Oh, air je aku tau die suka minum Soya. Tapi tak cerah pun kulit. Rayyan je cerah. Hahahaha!
Yang aku tau makanan dia tak suka ada la. Kuey Tiaw memang dia tak suka. Laksa pun dia tak suka. Kopi tak suka. (Sume makanan favorite aku dia tak suka. Aduhhh...)
Warna, aku memang tak tau warna favorite Encik Tingkerbell. Kadang kadang dia suka merah. Tak pun putih. Entah. Tak tau langsung.
Lagu kesukaan? Oh, ini aku mungkin tau. Banyak dia suka. Lagu rock lama lama memang dia suka. Sebab tu manjang dengar Sinar FM kalau naik kete ngan Encik Tingkerbell. Favorite segmen of course Carta Fulamak SMS Sinar. Hehehe... Aku pun suka gak dengar sebenarnya. Huhuhu... Yela, dia pun membesar dengan lagu lagu AXL's, Spring, Search, Fahrenheit, BPR, Febians, Wings, Fotograf, May, Rio, dan macam macam lagi kumpulan yang kadang kadang aku pun tak pernah dengar.
Banyak lagi yang aku tak tau pasal Encik Tingkerbell. Walaupun aku dah kenal dia agak lama. Lebih dari 5 tahun, kira lama la kan?
Benda benda remeh macam warna kesukaan, artis kesukaan, cerita kesukaan, bagi aku macam remeh kalau kita perlu sangat ambik tau. Entah, mungkin aku jenis yang malas nak amik tau sangat kot.
Yang penting aku tau siapa Encik Tingkerbell. Contoh macam kalau dia tengah marah, apa yang aku patut buat dan apa yang aku tak patut buat.
Yang aku tau, kalau dia marah, baik aku diam dan dengar je. Sebab aku tau, lagi aku marah dia balik, lagi teruk jadi. And aku tau, dia akan baik sendiri. Tiba tiba tegur aku balik dengan takde apa apa perasaan.
Kalau dia kata "Tak Nak", aku tau. Dia memang tak nak. Jadi jangan paksa paksa sebab tak pasal pasal nanti dia jadi hangin satu badan.
Kalau dia buat perangai pelik, tiba tiba menari kat dalam umah sambil goyang goyang bontot, layankan je. Dia tengah 'good mood'. Sebab bukan selalu mood Encik Tingkerbell ni baik.
Kalau Encik Tingkerbell tengah baca surat khabar, aku tak boleh kacau sebok nak tengok paper sama sama. Sebab itu adalah masa untuk dia berehat.
Kalau Encik Tingkerbell tengah tengok TV. Jangan la ajak bersembang. Sebab dia takkan respon apa apa pun. (Lagi lagi kalau tengok cerita Si Capik, memang kusyuk gila tengok)
Macam macam lagi pe'el Encik Tingkerbell yang aku dah masak. So, perlu ke aku amik tau warna kesukaan dia? Aku rasa macam tak perlu je. Sebab macam bukan satu keperluan.
Lagipun nasib aku baik, Encik Tingkerbell ni jenis tak kisah. Hehehe...
Huh, mungkin ada yang tak setuju dengan aku. Mungkin sebab penting jugak benda benda remeh camni. Yela, kalau nak buat suprise beli hadiah, takkan salah beli warna pulak kan. Lebih kurang camtu la.
Tapi sorry la. Aku dengan Encik Tingkerbell ganas sket. Kitorang tak main suprise suprise ke hadiah hadiah bagai. Kitorang buat biasa je. Kalau besday pun kalau ingat wish. Kalau tak ingat tak wish la. So far, tak pernah lupa la wish besday kan. Heh...
Kitorang ni kalau bergurau pun gurau ganas ganas. Main kentut kentut sape kentut lagi busuk ade la. Hahahahaha :D
Tak pun main sepak sepak.
Ataupun main kutuk kutuk. Aku suka kutuk dia bulu panjang, dia kutuk aku idong besar. Ishk, ade ke patut?
Apa apa yang kitorang buat pun, dia laki aku, dan aku bini dia. Let say, that we are different.
As long as we love each other.
And of course, with a Cutie Littlepie yang dah pandai merayap. Geram geram rasa nak gigit je bila merayap laju kejar remote control. Adeiiih...
Post Script: Go To Hell la Perampas Laki Orang (Erk, takde kaitan dengan entri kowt. Hahaha.. Just tak suka those bitch yang curi laki orang)
Oh yer. Thanks to Nabihah dan Naffsikah kerana mengingatkan aku bahawa;
ReplyDeleteEncik Tingkerbell SANGAT SUKA MAKAN SARDIN. Dan juga Telur Bistik.
Adoyaii.. Macamana bini sendiri boleh lupe nih? Ish Ish Ish...