Thursday, May 20, 2010

Sikit Je

One of my office mate pergi Langkawi esok. Teringat pulak aku masa masa indah kat Langkawi. Memang sangat best. Dan 3 hari 2 malam sangat sangat tak cukup untuk bercuti ke sana. Sebab banyak sangat tempat untuk dilawati memandangkan Langkawi memang bandar bersejarah.

Dan Pantai Chenang yang sangat indah dan best gila bila dapat cuci cuci mata. Wahh...

Biarlah gambar menceritakan segalanya...

Nak pergi Island Hopping. Tunggu di tempat yang dijanjikan.

Rayyan masih rilek, walaupun naik bot yang sangat laju dan hampir tertonggeng. Aduh.. Ibu yang risau, Rayyan rilek je tido.

Dah sampai Tasik Dayang Bunting. Yeay!!!

Ini kat Rumah Beras Terbakar.

Kelakar bila Yayah adik aku tanya, "Mana terbakarnye, takde pun". Hahahahaha.. So hilarious.

Gambar naik cable car, takde. Sebab masing masing takut. Dah sampai puncak baru snap pic. Huhuhu...

Turun dari cable car, main main dengan rusa.

Hadapan Kota Mahsuri

Kuci kuci ku...

Balik naik feri. Semua dah tertido. Aku je tak.

Rayyan maintain comel.

Masa pergi ni pun bulan Januari 2010. Rayyan kecik lagi. Baru 3 bulan. Kecik kecik dah jalan jauh yer Rayyan.

Malas aku nak detail cerita pasal ke Langkawi ni. Banyak sangat. Terlalu banyak. Cukuplah sekadar aku bagitau aku dah ke Langkawi. Dan Langkawi memang sangat best. Yeay!

Oh ya. Semua orang tau Langkawi adalah negeri bebas cukai. Masa ke Langkawi ni pun ada shopping sikit sikit. Tapi tak beli barang banyak sangat pun sebab takde masa. Duit pun kering sokmo.

Masa tengah tengah menunggu adik dan kakak ipar aku shopping cokelet, aku terdengar sorang akak ni cakap kat handphone dia. Aku terdengar pulak akak ni bersembang.

"Kau kat mana? ............... Aku tak tau la aku kat mana ni. Macam mana nak jumpa kau ni? ............... Ok, aku sekarang ada kat kedai 'Duty Tax Free' ni. Aku tunggu kau kat sini"

Ok, aku gelak masa tu. Tapi agak tak baik gelakkan orang jadi aku cover sikit gelak aku.

Sikit je.

Friday, May 14, 2010

Bila Dah Marah Sampai Nak Mencarut

Vavi betul. Rasa nak mencarut je dah keje aku sekarang. Kalau marah tak mencarut, tak sah.

Ni la rasa nak marah kat Maxis ni. Ntah apa masalah line lagi ni. Dah la memang line Maxis kat umah aku ni problem. 5 mesej aku hantar kat Encik Tingkerbell tak lepas lepas dari tadi. Dok send lagi, send lagi, tapi failed.

Tambah plak Malaysia kalah separuh akhir Piala Thomas. Lagi rasa cam nak mencarut.

Bodo punye Maxis. Tengok balance, ada lagi RM4.61. Cukup lagi kredit ni nak sms. Ape lagi la masalahnya.

Dah lama agak agak sakit hati, baik aku call terus Encik Tingkerbell. Cakap sekejap je, so tolak pun mungkin 50 sen je kot.










.....










.....










Oh, salah aku. Expired rupanya. Patut tak dapat sms dari tadi. Ni kan pula nak call. Hehehe...

Tak pasal pasal Maxis kena maki.





Post Script: Ingat nak buy online Maxis Topup via Maybank2u. Tapi duit dalam akaun pulak tinggal RM1.40. Macamane? Agak agak, murah hati tak?

Wednesday, May 12, 2010

Bila Dah Salah Cakap

Pagi tadi bersembang dengan Kak JJ kat bilik dia. Kak JJ agak seronok bila dapat list phone number untuk staf. Senang untuk communicate nanti. Tak payah mintak kat receptionist nombor telefon orang orang penting nih.
JJ: As, semua nama staf ada dalam list ni ke? Bestnya.

Aku: Tak la Kak J. Tak semua nama ada dalam list tu. Pangkat tinggi tinggi macam Kak J ada la. Macam As takde. Hehehe...

JJ: Ah, banyaklah!
Aku selalu sakat Kak JJ pangkat tinggi sebab dia baru saja pindah masuk bilik, yang bilik sebelum ini dihuni oleh Senior QS. Memandangkan Kak JJ memang naik pangkat pun, lagi la aku selalu sakat Kak JJ.

Aku sambung sembang lagi dengan Kak JJ.
Aku: Cuma pan*** besar je ada dalam list tuh. (Aku rasa aku salah cakap)
JJ: APA??? HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!! (Aku rasa Kak J nak guling guling gelak, tapi dia tahan)
Aku rasa macam kelakar ada, macam bodo pun ada, tapi sure lucah gile ape aku cakap tu.



Sorry la Kak J, ter'mencarut'.




Post Script:

Ayat Salah - Pan***
Ayat Betul - Pangkat

Sunday, May 9, 2010

Lebih Dari Lima Tahun

Aku pernah menonton tv dengan Encik Tingkerbell. Aku tertarik dengan beberapa barisan dialog pelakon pelakon tersebut.
Suami: Sekarang apa yang awak kena buat lepas jadi isteri saya? (Memandangkan mereka tak kenal antara satu sama lain sebelum kahwin)

Isteri: Mak Limah pesan kat saya, yang saya kena belajar dan amik tau makanan kesukaan abang, warna kesukaan abang, bla bla bla...
Of course bila aku dengar statement si Isteri, terus aku terfikir. Aku rasa macam aku tak tau je warna kesukaan Encik Tingkerbell. Mahupun makanan kegemarannya. Macamana tu?

On the spot terus tanya Encik Tingkerbell;
Aku: Awak, orang rasa macam orang tak tau pun warna favourite awak apa kan? Awak suka makan apa pun macam orang tak tau.

ET: Ha, tu la. Orang je tau awak suka makan apa. Awak suka makan laksa. Hah, kan dah 1-0.

Aku: Alaa.. Memangla awak tau. Dah orang bagitau dekat 100 kali kat awak. Siap tiap tiap minggu wajib beli kat pasar malam, memangla confirm awak tau. Setakat 1-0 jek. Baik tak payah. Warna kesukaan orang awak tau?

ET: ...
Aku memang dah cukup kenal pe'el Encik Tingkerbell ni. Dia akan buat bodo semahunya dengan apa yang aku cakap. Pastu kembang kembang idong. Pastu kentut, pastu tak nak ngaku. Adoi... Laki aku ni...

Pelik kan? Aku dah kenal Encik Tingkerbell lebih dari 5 tahun. Kawin pun dah setahun lebih. Tapi masih ragu ragu dengan apa yang dia suka makan, warna kegemaran, dan macam macam lagi.

Tapi satu je yang aku pasti la. Semua masakan umi dia, dia suka makan. Especially Ikan Cencaru Belah Belakang. Ayam peram pun dia suka. Daging ketuk pun sama. (tak ingat la daging ketuk ke, ayam ketuk ke, janji ketuk ketuk sampai penyek)

Even aku sendiri suka masakan umi. Especially kuah lodeh umi buat. Sedap tau. Mak aku pun puji sedap gak.

Erk, berbalik kepada cerita asal. Aku memang tau semua makanan tu Encik Tingkerbell suka. Tapi which one he like the most? Memang tak tau. Sebab semua benda dia makan. Oh, air je aku tau die suka minum Soya. Tapi tak cerah pun kulit. Rayyan je cerah. Hahahaha!

Yang aku tau makanan dia tak suka ada la. Kuey Tiaw memang dia tak suka. Laksa pun dia tak suka. Kopi tak suka. (Sume makanan favorite aku dia tak suka. Aduhhh...)

Warna, aku memang tak tau warna favorite Encik Tingkerbell. Kadang kadang dia suka merah. Tak pun putih. Entah. Tak tau langsung.

Lagu kesukaan? Oh, ini aku mungkin tau. Banyak dia suka. Lagu rock lama lama memang dia suka. Sebab tu manjang dengar Sinar FM kalau naik kete ngan Encik Tingkerbell. Favorite segmen of course Carta Fulamak SMS Sinar. Hehehe... Aku pun suka gak dengar sebenarnya. Huhuhu... Yela, dia pun membesar dengan lagu lagu AXL's, Spring, Search, Fahrenheit, BPR, Febians, Wings, Fotograf, May, Rio, dan macam macam lagi kumpulan yang kadang kadang aku pun tak pernah dengar.

Banyak lagi yang aku tak tau pasal Encik Tingkerbell. Walaupun aku dah kenal dia agak lama. Lebih dari 5 tahun, kira lama la kan?

Benda benda remeh macam warna kesukaan, artis kesukaan, cerita kesukaan, bagi aku macam remeh kalau kita perlu sangat ambik tau. Entah, mungkin aku jenis yang malas nak amik tau sangat kot.

Yang penting aku tau siapa Encik Tingkerbell. Contoh macam kalau dia tengah marah, apa yang aku patut buat dan apa yang aku tak patut buat.

Yang aku tau, kalau dia marah, baik aku diam dan dengar je. Sebab aku tau, lagi aku marah dia balik, lagi teruk jadi. And aku tau, dia akan baik sendiri. Tiba tiba tegur aku balik dengan takde apa apa perasaan.

Kalau dia kata "Tak Nak", aku tau. Dia memang tak nak. Jadi jangan paksa paksa sebab tak pasal pasal nanti dia jadi hangin satu badan.

Kalau dia buat perangai pelik, tiba tiba menari kat dalam umah sambil goyang goyang bontot, layankan je. Dia tengah 'good mood'. Sebab bukan selalu mood Encik Tingkerbell ni baik.

Kalau Encik Tingkerbell tengah baca surat khabar, aku tak boleh kacau sebok nak tengok paper sama sama. Sebab itu adalah masa untuk dia berehat.

Kalau Encik Tingkerbell tengah tengok TV. Jangan la ajak bersembang. Sebab dia takkan respon apa apa pun. (Lagi lagi kalau tengok cerita Si Capik, memang kusyuk gila tengok)

Macam macam lagi pe'el Encik Tingkerbell yang aku dah masak. So, perlu ke aku amik tau warna kesukaan dia? Aku rasa macam tak perlu je. Sebab macam bukan satu keperluan.

Lagipun nasib aku baik, Encik Tingkerbell ni jenis tak kisah. Hehehe...

Huh, mungkin ada yang tak setuju dengan aku. Mungkin sebab penting jugak benda benda remeh camni. Yela, kalau nak buat suprise beli hadiah, takkan salah beli warna pulak kan. Lebih kurang camtu la.

Tapi sorry la. Aku dengan Encik Tingkerbell ganas sket. Kitorang tak main suprise suprise ke hadiah hadiah bagai. Kitorang buat biasa je. Kalau besday pun kalau ingat wish. Kalau tak ingat tak wish la. So far, tak pernah lupa la wish besday kan. Heh...

Kitorang ni kalau bergurau pun gurau ganas ganas. Main kentut kentut sape kentut lagi busuk ade la. Hahahahaha :D

Tak pun main sepak sepak.

Ataupun main kutuk kutuk. Aku suka kutuk dia bulu panjang, dia kutuk aku idong besar. Ishk, ade ke patut?




Apa apa yang kitorang buat pun, dia laki aku, dan aku bini dia. Let say, that we are different.

As long as we love each other.

And of course, with a Cutie Littlepie yang dah pandai merayap. Geram geram rasa nak gigit je bila merayap laju kejar remote control. Adeiiih...

My Cutie Littlepie, Muhamad Rayyan Danish yang dah 6 bulan! Yeay!



Post Script: Go To Hell la Perampas Laki Orang (Erk, takde kaitan dengan entri kowt. Hahaha.. Just tak suka those bitch yang curi laki orang)