Saturday, December 31, 2011

Sedih #3 : Al-Fatihah Buat Atok

Tanggal 29hb Disember 2011 (malam Jumaat) jam 9:30 malam, atok tersayang Zacharia Bin Mat Amin telah pulang ke rahmatullah buat selamanya.

Arwah pergi mengadap Ilahi setelah 99 tahun berada di muka bumi ini. Hampir seabad lamanya atok hidup.

Aku sempat jumpa atok buat kali terakhir di Hospital Tapah hari Isnin, 3 hari sebelum atok meninggal. Waktu tu memang dah tau, atok akan pergi. Aku pegang tangan atok, tapi atok genggam balik tangan aku sekuatnya. Dia dah tak bole bercakap atau gerakkan anggota badan sebelah kanan waktu tu.

Akhirnya atok pergi. Semoga dia tenang di 'sana'.

Marilah sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.



AL-FATIHAH
ZACHARIA BIN MAT AMIN
13.06.1912 - 29.12.2011





Thank you for spending time reading this entry yaw!

Thursday, December 29, 2011

Sayonara 2011

Lagi dua hari kita akan melangkah ke tahun 2012. Sekejap sangat masa berlalu. Topik pagi ni kat radio hotfm pun pasal apa yang hangat pada tahun 2011.




Selalunya kalau tahun baru mesti orang bercakap pasal azam? Azam baru la, mission and vision. Macam macam. Aku? Entah. Kalau ada pun macam takde. Kalau takde tu, dah tentu tentu la maknanya takde. Hehehehehe..

Aku tak beberapa ingat apa yang berlaku this 2011. Sebab wayar aku banyak dah shot, so banyak kabel putus maka banyak benda cepat sangat lupa. Sebab tu Encik Tingkerbell selalu marah aku. Kuat lupa. Jangan salahkan aku please. Salahkan wayar putus. Kih kih kih...

Ni apa yang aku ingat sepanjang berlaku on 2011.

  • Awal tahun, Encik Tingkerbell belikan BlackBerry, but end up aku beli lain pakai duit bonus tahun baru cina sebab aku tak berkenan dengan yang dia beli. Oh my hubby memang sayangkan aku kan sebab tu dia belikan untuk aku kan. :P
  • Tahun 2011 juga tahun aku banyak kecik hati. Dengan Encik Tingkerbell, konflik dalaman dan luaran, konflik kat ofis. Macam macam. Tapi alhamdulillah, by end of this year, semua selesai. Hati gembira semula. Hati yang mengecut tu, kembang segar bugar semula. :)
  • Tahun ni ofis mula balik sistem lama. Kerja hari Sabtu half day except 1st and 3rd week of the month. Maka Isnin sampai Jumaat balik pukul 5:00pm. Instead of 5:30pm sebelum ni. Tak best langsung kerja hari Sabtu even half day je. Nasib hari Jumaat kekalkan lunch 2 jam. Kalau macam dulu gak lunch sejam je hari Jumaat, mau staf TRC buat piket. Kui kui kui.
  • Ofis buat pertama kali dalam sejarah (sepanjang aku kerja 3 tahun lebih) buat Dinner Let's Get Together kat Hotel Royale Bintang, Bukit Bintang. Diharap ada lagi di tahun mendatang. Pleaseeeeee...
  • Dan ofis juga buat pertama kali juga dalam sejarah tahun ni tak sambut Secretaries Week kat mana mana function. Sedih. :'( Tapi digantikan dengan lunch kat Hard Rock Cafe. Haaa.. best best! Itu pun sempena raikan committee yang involve wedding anak DSS. Kalau tak, memang tahun ni harem takde.
  • Of course julung julung kali buat pertama kali dalam sejarah juga tahun ni. Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2011 TAKDE LANGSUNG. Ini semua gara gara Jamuan Hari Raya 2010 yang over budget. Itu bukan salah kami. Itu pun konflik dalaman gak. Tak yah cerita. Cuma ganti dengan jamuan buka puasa je kat ofis. Itu tiap tiap tahun pun buat. -_-"
  •  The worst nightmare ever for me masa Rayyan diserang demam tarik masa raya hari ke-4. *nangis* :'(
  • Ofis ni tahun ni dalam sejarah jugak start pakai uniform company setiap hari Khamis. Memang Khamis adalah school day for TRC. Sebab uniform baju putih. :'(
  • Tahun ni juga first time aku book flight ticket untuk diri sendiri. Selalu book untuk boss je. Encik Tingkerbell tau aku ada beli flight ticket bulan Mei 2012 untuk diri aku dan diri dia. Pergi Hat Yai, Thailand je pun. Tapi die TAK TAU LANGSUNG aku ada beli flight ticket pergi Ho Chi Minh, Vietnam dengan budak budak ofis bulan Oktober 2012. Sekarang tengah fikir macamana nak bagitau ni. Takut dia marah. Any advice? Pleaseeeeeee. Ni semua salah AirAsia sebab buat sales murah. :'(
  • Tahun ni dapat Samsung Galaxy Tab Encik Tingkerbell belikan. Sayangggggg awakkkkkkk! Muarhhhhh! ♥ ☺
  • Tahun ni dapat rezeki lebih. Dapur dah renovate elok sikit. Alhamdulillah. :) Kalau ada masa aku update pasal dapur plak. :D
  • Banyak lagi tapi rasanya tak ingat kot. Wayar aku kan dah shot. :D

Harapan aku pada tahun hadapan, 2012:-

  • Semoga rezeki semakin mencurah curah seperti coklat yang tumpah di ladang gandum.
  • Increment please boss. Please please please I begggggggg yaaaaaa!
  • 2012 adalah tahun paling ideal untuk merancang next after Rayyan. :) Actually belum discuss lagi. Takpe takpe. Slow slow. :)
  • Aku tak mintak banyak. Harap dikurniakan keluarga yang bahagia, sihat, sentiasa dirahmati Allah swt dan harap la keluarga aku ni dapat perubahan besar yang lebih ke arah kebaikan.
Amin...



      p/s: Negara US tu sebok tengah bersiap siap nak menghadapi kiamat tahun 2012. Macam diorang tau je bila kiamat berlaku. Harap harap itu just propaganda diorang je. And harap harap benda tu (armageddon bagai) kalau berlaku pun terjadi kat US jek. 




      Thank you for spending time reading this entry yaw!

      Mari Jalankan Tanggungjawab Anda





      Aku dah daftar sebagai pengundi. Tapi masalahnya serius langsung aku tak ingat bila masa tahun bila ntah aku daftar. Sumpah tak ingat. Sebab selama ni pun aku tak pernah mengundi kot. Macamana nak mengundi pun aku serius tak tahu menahu.

      Tapi tengok la, mana tau kot tahun ni tergerak hati nak mengundi kan?

      Kepada yang nak check registration status tu, sila lah ke SINI!






      p/s: Sape mengundi kat Gombak gak? Meh jom kita pergi sama sama. :D



      Thank you for spending time reading this entry yaw!

      Wednesday, December 28, 2011

      Wordless Wednesday #11 : Pecah Laju

      Aww! Comel la tu yeh Rayyan!

      Tarikh: 24 Disember 2011
      Lokasi: Bard Corner, AU5D Keramat.


      P/S: Pecah Laju = Breakfast. Kui kui kui.



      Thank you for spending time reading this entry yaw!

      Wednesday, December 21, 2011

      Kenapa Harini Rasa Tak Best

       Hari ni aku rasa tak best.

      Sebab badan dah menunjukkan tanda nak demam. And the worst thing is...

      BlackBerry aku dah menunjukkan tanda nak sakit. Memory card tak boleh read.

      Oh no! My BlackBerry is my nyawa okey. Please jangan buat hal. Please.

      Seriously I'm not in the mood right now. K bye.


      Thank you for spending time reading this entry yaw!