Thursday, November 10, 2011

It's Priceless

Aku dah lama berangan nak dapatkan satu Samsung Galaxy Tab 10.1. Macam macam cara aku dah fikir untuk dapatkan satu untuk diri sendiri. Walaupun bukan keperluan, tapi kehendak, aku masih rasa yang I must have it one someday.

Siap planning nak jual mylappytappy. Lappy tu aku beli pakai duit bonus aku 2 tahun lepas tau. Sebab lappy tu selalunya malas nak bukak. Nak start, nak pasang broadband, nak connect, pastu nak tutup, kena shut down. Malas. Aku malas nak menunggu. Lagipun aku bukak setakat nak bukak FB, main game. Tu je. Bukan ade assignment nak kena buat ke ape ke. Tak perlu nak menaip sangat lah kan.

Selalunya, kalau aku dapat duit bonus, aku akan beli something yang aku boleh ingat.

Contoh 2 tahun lepas, duit bonus aku beli lappy. At least adalah something untuk aku ingat. Kalau tengok lappy tu, aku tau la aku beli pakai duit bonus.

Pastu tahun lepas beli BlackBerry pulak. Hehehehe.. 

Macam biasalah untuk orang gila gadget macam aku ni, aku plan la bonus tahun ni nak beli SGT 10.1. Perkara tu dah pun dikeutarakan ke Encik Tingkerbell. Seperti biasa, Encik Tingkerbell ni suka melenting.

Masa beli lappy pun, die bising. Last2 dia gak pakai lappy tu. Beli BlackBerry tu pun die masih bising gak, tapi belikan jugak untuk aku. And macam biasa la. Nak beli SGT, still bising.

Sampai la satu hari Encik Tingkerbell cakap bos dia pun nak beli SGT jugak untuk anak dia. Tapi bos dia tak reti nak beli kat mana, beli macamana, internet package macamana.

Dipendekkan cerita, Encik Tingkerbell suruh aku belikan je. Yelah, aku dah survey SGT ni lama dah. Lagipun ada kawan bole dapatkan harga murah lagi.

Jumaat 4/11/2011, lunch 2 jam. Aku pun tuju ke tempat yang dituju. Jumpa adik Nana kat sana. Nana tak dapat datang sebab dia keluar ngan kakak dia. Pong pang pong pang, aku angkat satu SGT harga RM1,850. Original set (ada usb connector + charger + headset) + screen protector + Cover + fully installed.

Balik ofis, godek godek siap buat macam SGT sendiri. Siap dah pikir nanti aku nak beli, aku dah tau mana nak dapat murah la bla bla bla. Berangan macam sendiri punya. Tapi tau, pakai sekejap jer. Selasa nak kena pulangkan bagi bos Encik Tingkerbell. Sebab Selasa dah start kerja kan.

Balik rumah, makan malam kat kedai penuh kelkatu dengan Encik Tingkerbell, aku tanya lah. 

"Bila nak pulangkan tab tu kat bos awak? Selasa eh?"

Encik Tingkerbell jawab,

"Awak pakai la dulu sementara ni"

"Laaa.. Apsal pulak? Bos awak pergi mana?"

"Awak pakai jelah tab tu sampai bila bila"

"Hah? Biar betul? Apsal? Tipu ahhhhh"

"Tak caya dah. Awak pun satu dol. Kalau dah orang suruh awak beli sendiri, dah tentu tentu untuk awak punya. Ape lah dol awak ni"

Aku terdiam. Aku dalam hati berbunga cinta.

Panjang lagi conversation kitorang. Tiba tiba Encik Tingkerbell cakap pasal pengorbanan la pulak la ape la. Poyo jek. Konon nak suprise at the same time die bagitau betapa die berkorban nak bagi aku SGT tu. Pergh, mentang mentang Ahad tu terus Hari Raya Korban kan. Buat drama betulla laki aku ni.

Sayang jugak laki aku ni kat aku kan? Dalam marah marah dia, dia belikan jugak untuk aku satu. Padahal aku tak mintak pun. Aku siap cakap nak tunggu bonus bulan 1 nanti. Pakai duit aku sendiri jek.

Betullah cakap orang. Laki mana tak sayang bini kan?

I ♥ you so much, Encik Suami aka Encik Tingkerbell. Thanks for everything.

Thanks again Encik Muhamad Syahbani bin Parun. ☺

Akhirnya Samsung Galaxy Tab 10.1 menjadi milikku jugaaaaaaa! Gembira tak terkata! *lompat lompat*

To Encik Tingkerbell: Walaupun harga SGT ni ribu riban gak, apa yang awak bagi kat orang is PRICELESS. Thanks again. ☺



Ehsan: Website www.samsung.com



p/s: Encik Tingkerbell kata bulan ni dia dah kopak. Siap nak pinjam duit aku lagi. Tu laaa.. Sape suruh main beli jekkkk. Takpe sayang, orang bagi pinjam. Bukan orang lain pun. Suami sendiri. :D

p/s/s: Dengan SGT ni, bole sms. Cuma tak bole buat call jer. Sebab aku masukkan simkad Celcom Berukband dalam slot simkad kat SGT ni. So, aku dapatkan servis internet 3G 24 hours. :D

p/s/s/s: At the same time, aku sms adik aku Ikah konon konon aku secret admirer dia. Dengan sengal sampai sekarang dia tak tau itu aku. Since aku dah post kat sini, KANTOI SUDAAAAA! Hahaha...

p/s/s/s/s: Sorry Ikah! Sebab aku sms ko, ko dah bazirkan kredit ko sms nombor Celcom aku! HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!



Thank you for spending time reading this entry yaw!

4 comments:

  1. HAHAHAHAHAHAHA! DAMNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN!
    WHAT THA HACK!! YOU GIVE DAMNATION TO ME? !@#$%^&*!!!!

    p/s : terkejut kot banglong bagi SGT tu! mcm takpecaye! :-O

    p/s : mulalah aku pk kot kot banglong nk kasi aku BB pulak nt. HAHA! :P

    ReplyDelete
  2. Ikah, serius aku memanjang gelak sepanjang sms ngan ko haritu. HAHAHAHAAHAHA!

    p/s: Terkejut? Aku lagi la bapak terkejut oooo!

    p/s/s: Abanglong kasi, tapi dalam mimpi jekkk. :p

    ReplyDelete

Takkan baca je kot? Komen tak nak?