Monday, July 18, 2016

Tragedi Berdarah: Raya Kedua - 7 Julai 2016





Dulu aku pernah post Tragedi Raya Ke-4 tahun 2011. Post ni. Kot belum baca la.

Tapi itu terjadi kepada Rayyan. Anak sulung. Masa tu anak masih sorang lagi la. Kini tragedi hari raya kembali lagi. Ishk ishk ishk...

This time terjadi kepada anak ke-3, Eilman Adha.

Jarang cerita pasal Eilman kat blog ni sebab dah 2 atau 3 tahun lebih rasanya tak berblogging kan.

Eilman sekarang dah setahun 8 bulan dah.

Dipendekkan cerita, raya kedua patutnye dah berjalan raya. Tapi Encik Suami pulak demam teruk. So pagi kami duduk rumah je. Petang tu decide pegi la rumah makcik kat area situ jugak. Lagipun bukan jauh, Encik Suami boleh drive lagi. Dekat je dengan rumah.

Macam biasa la kalau dah anak 3 ni, lasak lain macam. Semua lelaki pulak tu.

Ni lah anak kami. Eilman Adha, Syauqie Naeem, Rayyan Danish.

So dipendekkan cerita.

Masa tu ramai sedara dah balik termasuk mertua. Rayyan si abang sulung ikut la mertua sebab rumah last untuk beraya hari tu, memang rumah mertua. So nanti semua sedara akan ke rumah mertua nanti.

Dalam petang gitu, aku tengah makan dengan sepupu lain sambil borak borak. Si kecik Eilman ni berlari lari la kat ruang tamu. Ke depan, ke belakang, depan, belakang. Macam biasa.

Tiba-tiba aku dengar gedegang bunyi berlanggar. Encik Suami terus panik sambil pegang kepala Eilman, and jerit, "Berlubang berlubang berlubang berlubang"

Aku gegas la berlari ke arah Eilman. Dalam hati "amende la yang berlubang"

Rupanya, dahi Eilman dah berlubang. Masa tu tak nampak berlubang sebab Encik Suami dok tekan dahi tu nak elakkan darah keluar. Sekali Encik Suami lepaskan, meleleh darah laju ke pipi macam air mata. Perghhhhhhh darahhhhhhhhh banyaknye mengalirrrr....

Darah tumpah ke baju, ke tudung aku. Amik ais dan balut dengan tisu sebab nak stopkan bleeding, tapi darah still keluar. Darah kat tisu punye banyak sebab memang darah non-stop keluar. OMG! Syauqie kebetulan ade sebelah, tengok je kejadian. Tiba-tiba dia menangis, sebak agaknye tengok adik berlumuran darah.

Encik Suami dah gegas keluar amik kereta nak bawa ke hospital.

Sebelum keluar, aku mintak pakcik kasi plaster, nak tutup luka tu. Elok je letak plaster kat dahi, diam pulak Eilman. Eh, budak ni. Tadi beriya nangis sakit. Ni diam pulak.

Syauqie pulak tinggalla kat rumah makcik kejap. Nanti mintak tolong sepupu jagakan, then bawak Syauqie ke rumah mertua terus.

Klinik of course semua tutup. So destinasi takde lain, Hospital Pusrawi Jalan Tun Razak jela.

Dalam perjalanan tu, (yes, Encik Suami bawak laju gila, panik mungkin) Eilman diam je. Siap duduk belakang tengok kartun Upin Ipin. Tapi ade gak la die tiba-tiba tunjuk dahi, sambil cakap, "Tit tit"

Sakit la tu...

Sampai hospital, refer emergency. Tunjuk luka kat dahi, diorang cakap deep cut and suruh terus pegi bilik rawatan.

Doc check, dia kata letak gam je.

Fuh, ingatkan kena jahit. Risau gak sebab nampak tadi macam dalam sangat luka.

Ni masa dia diam. Lepas bukak plaster. Doc nak check.

Lepas tu (tak tau nak mention terms, MO ke, nurse ke) diorang cuci luka, and masa tu la melalak tak ingat dunia sambil sebut, "ibu yah ibu yah ibu yah" sampai la ke sudah. Letak gam, letak pelekat sket, plaster, baru diam. Terus diam plak tu.

Siap nyanyi nyanyi skali lagu Didi & Friends. Berjoget sekali. Padahal dahi dah macam tu dah. Haduii..

So jumpa doktor, doktor just cakap 3 hari tak bole basahkan area luka. Appointment lagi skali untuk wound inspection and dressing hari Ahad. Cukup 3 hari.

Keluar hospital, kami terus ke rumah mertua. Jumpa Rayyan dan Syauqie kat sana. Berakhirlah tragedi berdarah, tapi lepas tu berplaster laaa..

Hari ke-3, 10 Julai 2016.

Ni la rupa lepas 3 hari. Dah kering. Checkup patut Ahad kan, sebab 3 hari. Tapi kami pergi checkup Sabtu petang. Sebab Ahad ade plan lain. Nak holiday. Nanti cerita.

Yang dasat tu si Eilman ni, Selasa dah hantar nursery, pengasuh cakap, dahi berdarah meleleh Eilman pegi kopek. Gatal agaknye kot. Aduiyaiiii...




Thank you for spending time reading this entry yaw!

Wednesday, May 25, 2016

Happy 8th Year Anniversary!

Susahnya bila komputer dah tak boleh nak update entri. Terpaksa guna phone yang comel sangat ni. But it's ok. Aku tengah bosan ni so boleh la layan phone. Bos jap lagi masuk so what? Tak bole? Hashtag jangankecamsaya.

So 29 May 2016 ni hari Ahad, genaplah aku bekerja dengan company ni selama 8 tahun. Agak agak bos aku bosan tak dengan secretary dia ni? Hopefully tak la sebab aku nak kerja lama sini. Hahahaha.

Harapan? Hmmm. Sempena anniversary aku ngan TRC ni, aku just berharap dapat berkhidmat lebih lama tambahan ekonomi makin gawat ni. Nak cari kerja lain pun pikir sejuta kali kot. Banyak aku boleh cerita pasal kerja aku kat sini, bukan takat as secretary je, as QS, Quality Unit, despatch, driver, semua aku buat. Cuma tak cerita je.

Nak cerita pasal anak kat sini pun banyak aku nak cerita. Lagi lagi si kecik Eilman tu yang akal makin banyak tu. Tapi sebab tak selesa pakai phone, agak sakit hati gak la kalau nak bercerita atau letak gambar.

Ok next time cerita lagi. Kbai.



Thank you for spending time reading this entry yaw!

Thursday, May 19, 2016

Update Entri by Bloguma


Saje nak post entri kat sini guna apps dari Apps Store. Best ke tidak ke. Cantik ke tidak ke. Walaupun phone kecik, tapi nak gak try. Hahahaha



Ni plak add text with picture. Me and my sis. Yup, we're working at the same place. ✌🏻


Okey, try tengok dulu camne result entri ni.

Kbai.




AsknieAlias



All 5 of Us (2015)


This is our family.


This is our picture last year Raya Aidilfitri 2015. Tahun ni tak tau la tema warna apa pulak. Still belum decide. Any suggestion?

Rasa macam dah takde readers dah. Tapi sukati la. Ni diari aku kan?


AsknieAlias

First Entry for 2016



Dah berzaman rasa tak bersiaran kat blog ni. Ni pun post entri guna email. Tak mampu nak online kat rumah, busy anak ada 3.

Kat opis pun tak mampu since website blogger kena block. Macam kelakar je, tu pun nak block. Bapak ah kedekut.

Agak agak kalau rasa dah bosan nanti, aku update la cerita apa apa. Aku dah anggap blog ni macam diari aku dah. Sebab bila makin tua ni, makin banyak benda lupa. So bila baca balik entri entri lama, baru boleh flashback kisah kisah yang aku kongsi sini.

Tak pun, kasi anak anak aku baca satu hari nanti. Huhuhuuhu mesti comel kan?



K update lagi next time.

Daaa..


Thanks for reading this entry yaw…
AsknieAlias™