Thursday, May 31, 2012

Khas Untuk Cik Ikah

Video klip ini ditujukan kepada adik saya Siti Naffsikah memandangkan tajuk blog dia A Thousand Miles.

Hehehehehe.. Lagipun dah lama tak dengar lagu ni. Teringat cerita White Chicks. Kelakar gila. Hahahahaha





Video Klip: Vanessa Carlton - A Thousand Miles



p/s: Aku sebenarnya dah takde kerja dah ni.


Thank you for spending time reading this entry yaw!

Tuesday, May 29, 2012

Happy 4th Year Anniversary!

Hari ini 29 Mei 2012, maka genap lah kami bersama selama 4 tahun. Banyak suka dan duka sepanjang kami bersama, gembira, ketawa, sedih (selalu), menangis, semua aku dah merasa selama aku dengan dia.


Semoga perhubungan kami lebih baik memandangkan aku selalu ugut nak tinggalkan dia tiap kali aku sakit hati. Ugut ugut pun, bersama gak sampai 4 tahun dah ni ha.








Apa apa pun, Selamat Ulang Tahun yang ke-4! 









Semoga ada increment dan promotion bulan 7 ni. Kalau tak, aku ugut tinggalkan ko lagi nanti!




Bos! Saya dah kerja genap 4 tahun dengan TRC hari ni! Up la gaji!!! Resign kang!!!





p/s: Alamak, sori dah ugut. Kah kah kah.


p/s/s: Mimpi la nak resign. Kena lepuk ngan Encik Tingkerbell. Kah kah kah.


p/s/s/s: Agak agak bos baca tak?



Thank you for spending time reading this entry yaw!

Girls Night Out!

Night out lah sangat. Padahal pegi mekdi je. Puiiiiiii!!!

Memandangkan ini blog aku dan sukahati aku lah nak tulis ape pun kat blog ini, maka aku saje saje nak upload gambar kitorang adik beradik makan kat mekdi malam tadi. Hehehehehehe..

Ini pun sebab aku tidur rumah mak aku malam tadi. Kebetulan aku tak makan lagi, maka kami berempat beradik termasuk Rayyan pergi la Mekdi Petronas Taman Melati. Sume bayar sendiri okeh! Aku tak gaji lagi, jangan harap aku nak belanja. 10 sen pun aku berkira sekarang nih.


Inilah Ikah yang pelahap itu.

Rayyan dah pandai berlakon depan kamera hokeh! Sori Cik Bella, satu je pic awak ada ni.

Inilah aku yang pelahap juga!

Adik yang tidak sedar gambarnya sedang dirakam.

Malam tadi havoc gak sebab kitorang duduk depan TV yang tengah siarkan live hoki Malaysia vs India. Mau bising gak mulut aku ngan Rayyan dok sorak sorak kat depan TV. Tetiba Ikah kat sebelah pun sebok sorak gak. Aik, kata tak layan hoki. Hahahahaha

Malaysia kalah 2-3 ngan India, so kami balik la. Makanan pun dah habis. Tinggal coke ngan fries tak habis je kitorang tapau bawak balik. Hehehehe



p/s: Sebenarnya dah tak tau nak post ape lagi dah kat blog. Dari biarkan bersawang kan? Eh, blog aku. Sukati la kan?


p/s/s: Semenjak Faizal Saari jaringkan 2 gol dalam masa dua minit masa lawan Great Britain aritu, terus minat dia. Hehehehehe


p/s/s/s: Aku TAKKAN BENARKAN Rayyan menceburi bidang hoki. Kalau nak, main badminton k sayang.


Thank you for spending time reading this entry yaw!

Monday, May 28, 2012

Himpunan Jutaan Belia - Putrajaya Mei 2012


Note: Ini adalah entri bergambar. Maafkan gambar yang kurang kualiti sebab pakai handphone jer.


Semua sedia maklum kerajaan kita telah mengadakan Himpunan Jutaan Belia - Putrajaya Mei 2012 pada 23-27 Mei lepas. Ikutkan malas nak join benda ni, tapi dah bosan malam tu. Aku ajak gak Encik Tingkerbell pergi Sabtu lepas. Saje jenjalan malam malam. 

Mula mula Encik Tingkerbell berat hati nak pergi sebab dia malas nak drive jejauh ni. Tapi aku pujuk pastu aku buat muka seposen plak kan, dia ikutkan jugak kata bini dia ni haaa... Hehehehe




Lepas maghrib, kami makan dulu kat port biasa. Faizah Tomyam. Tomyam terbaik sebab tu kami pergi hari hari sini kalau nak makan malam. Hehehehe.. Habis makan dalam kul 9, agak lewat gak la kalau nak Putrajaya. Ingat nak cancel je. Tengok wayang je malam ni, esok siang pergi Putrajaya. Bila pikir balik sejuta kali, esok siang pergi mau panas terik. So teruskan jela pergi Putrajaya malam tu gak.


Makan 1

Makan 2

Makan 3 (Rayyan snap)

Makan 4 (Rayyan snap)

Gerak dari kedai makan kul 9 malam. Sampai sana dalam 9:50 malam cenggitu. Encik Tingkerbell parking plak kat perkarangan masjid tu. Jauh weih nak jalan sampai kat tempat banyak orang tu. Kira exercise di malam hari la kan.

Eh layan gambar jela. Malas nak citer panjang.


Ayah belikan Rayyan pistol kuar belon. Hehehe

Masjid Putra

Jalan, pastu tekan peng peng.

Peng peng lagi.

Tiap kali jalan peng peng, kata Rayyan.

Masa ni Erry Putra nyanyi lagu Sudah Cukup Sudah. 

Rayyan tergamam tengok persembahan.

Rayyan tergamam lagi.

Persembahan pertama kitorang nampak.

Peng peng lagi kata Rayyan.

Ada ular kat salah satu booth. Rayyan takut.

Encik Tingkerbell jumpa kawan kerja kat booth A&W.

Jumpa kawan, ape lagi tapau la root beer float free kan? Masa ni Encik Tingkerbell dah malas nak jalan lagi. Aku suruh gak jalan sampai habis satu tempat tu.


Ini namanya 1 Malaysia.

Alamak, ayah ni suka jalan tau bila nak snap pic.

Tak tau apa nama tempat ni tapi cantik sangat.

Rayyan kejar belon 1.

Rayyan kejar belon 2.

Pandai Rayyan senyum kan?

Tak tau mende. Snap je  masa tengah pit stop.

Hubby and Wifey. :)

Dataran ape ni ntah.

Oh saya nampak Fizo Omar. Hehehehehe

Masa pit stop ke berapa ntah.

:)

Rayyan ngan belon angry bird.

Rayyannnnnnnnn!

Muka budak penat.

Okey kesimpulan yang boleh buat. Bagi aku best sebab ini lah masa untuk keluar jenjalan dengan suami dan anak. Jarang sangat aktiviti ni kami buat sebab samada masing masing malas, atau panas, atau takde duit.

Tapi ni setakat jalan cuci mata, tengok konsert, tengok artis, tengok lampu, bawak Rayyan jalan. Okey la kan. Encik Tingkerbell pulak takde nak mengomel sangat. Selalu dia kuat mengeluh sebab penat.

Rayyan pun ceria je malam tu. Tapi yang tak larat tu, dah nak balik tu nak berdukung pulak dia. Ha tu memang tak larat sebab jalan jauh woooooo... Tu yang banyak pit stop tu. Rasa macam dah turun 10 kg. Nasib gilir gilir dukung. Hehehehehe.. Pastu bole plak meragam nak beli belon angry bird. Selagi tak beli, dia tak nak masuk dalam kereta.

Kami takde tengok sangat pun apa barang jual. Nanti berkenan, nak beli plak. Baik tak yah. So jalan jalan je. Sambil sembang sembang. Precious moment. :)



p/s: Masa balik tu, kawan Encik Tingkerbell call. Masa tu Encik Tingkerbell tengah drive. Aku dengar dia cakap, "Aku baru balik dari Putrajaya ni ada hari belia. Saja bawak bini aku jalan jalan." Omaigod, terharu wei. Pergi Putrajaya sebab bawak bini jalan. Bukan sebab bawak anak jalan. Hehehehehe

p/s/s: Encik Tingkerbell ni nampak je garang dengan aku, cakap aku pun kadang kadang tak nak terima, tapi deep inside I know he loves me. :) Laki mana tak sayang bini kan?



Thank you for spending time reading this entry yaw!

Friday, May 25, 2012

Friendly Match, PKNS vs Astro Arena

Dah lama tak update blog kan? Ari ni baru la free sket nak update. Cerita lama lama tu, nanti pikir balik macamana nak buat karangan dan flashback okeh!

Malam tadi, Encik Tingkerbell ajak pergi Padang PKNS kat Kelana Jaya. Ikutkan malas nak ikut sebab letih balik kerja, pastu pergi jauh jauh semata nak tengok game bola je. Tapi pikir balik, nak bagi Rayyan jalan jalan, okey la. Ikut jela.

Dalam kul 8 lebih kami gerak, 8:30 malam dah sampai stadium. Tengok tengok semua player dah bersiap tangkap gambar nak start game. (Aku lapar belum makan lagi ni. Tapi sabar jela.)

Actually ni bukan la lawan bola sepak professional player pun. Setakat staf PKNS je. Kebanyakannya ramai senior la, otai otai, pendek kata orang lamo la. Player untuk Astro Arena plak aku nampak la pengacara dia ada main, lain lain tak kenal sangat. Tapi yang aku paling kenal Johan Rajalawak ngan Ray deejay Eraradio.

Ikutkan Encik Tingkerbell kena main sekali sebab PKNS bagi dia jersi. Jersi siap nama, siap seluar, stoking bola pun kasi. Sume free. Tapi Encik Tingkerbell kan injured. Mana bole perform lagi dah macam zaman muda muda dulu. Keh keh keh.

Selalu bola amik masa 90 minit. 45 minit first half, dan 45 untuk second half. Tapi memandangkan ni permainan friendly biasa and ramai orang lamo lamo, main 3 set, setiap set 20 minit. Total permainan 60 minit jek. Kira orait la. Takde la aku pun nak menunggu lama kan.

First half best. PKNS leading 2-0. First gol tak tau sape gol kan tapi second gol Rusdi Suparman yang gol kan. Aku kenal dia sangat sangat sebab masa dia main untuk Selangor dulu, aku suka dia. Hehehehe.. Sekarang dah tua tapi still mantap lagi beb.

Rayyan yang tengok bola pun sebok sebok sorak sebab dengar orang lain sorak sorak. Bukan main lagi dia angkat angkat tangan marah marah player. Pastu siap amik air mineral letak tepi padang. Senang player nak amik air. Hahahaha comel Rayyan. Lupa nak snap pic sebab sebok tengok orang main bola. (Apa lah ibu ni)

Tapi yang kelakar nya, ada sorang player PKNS pakai jersi nombor 9816. Bayangkan jersi kat belakang baju tu selalu paling banyak dua nombor je. Macam laki aku pakai jersi nombor 55. Orang tu pakai 9816! Aku nak snap gambar nak bukti tapi tak sempat. Lagi pun orang tu tengah main, camne nak amik gambar. Jauh. Bayangkan nombor sampai 4 digit kat baju. Serius kelakar weih. Hahahahhaah

Okey second half plak terus 2 sama. Letih agaknya orang tua bermain. Hehehehe.. Masa Johan dapat bola, mula la penonton sorak sorak. Ada jela yang jerit jerit "Steadyla Mak Jemah!" adoiiii kelakor.

3rd half plak PKNS kalah 2-3 dengan Astro Arena. Okey la tu. Setakat main santai santai. Aku terus ajak Encik Tingkerbell gi makan. Lapar wei tak makan lagi. Dia pun tak makan lagi. Ingat nak makan kambing panggang yang diorang dah sediakan untuk semua orang, tapi aku malas la. Ajak je balik terus. Makan kat Keramat je.

Oh yer, mari layan gambar. Ni je yang sempat snap pun...

Rayyan sebok nak ikut ayah.

Eh, mana Rayyan ngan Ayah ni?

Okey dah nampak Rayyan dengan Ayah.

Dah habis. Semua pakat nak amik gambar.

Okey Rayyan mengada malu malu. Padahal dari tadi dok awan nanonanonanonano je tadi.

Johan dah banyak kali cakap Rayyan, Rayyan. Tapi Rayyan masih malu malu.




p/s: Maaf Encik Tingkerbell. Ini je gambar yang termampu. Maafkanku.


p/s/s: Kalau Zizan ada, maybe aku yang tergedik gedik nak amik gambar dengan dia. Tapi setakat Johan, hari hari jumpa depan ofis ni. 


p/s/s/s: Rumah Johan depan ofis aku je. Hari hari aku nampak dia. Sekian, terima kasih.


Thank you for spending time reading this entry yaw!