Tuesday, January 10, 2012

Keranamu Gigi

Entri sebelum ini menyatakan betapa aku  menderita sakit gigi. Akhirnya semalam aku terpaksa MC, dan pergi ke klinik kat Gombak. Senang sebab dah ada rekod pergigian kat situ.

Asalnya nak pergi pagi tapi last last pergi petang sebab tertidur plak. Hehehehehe..  Itu pun sebab gigi dah tak berapa nak sakit sangat sebab dah makan ubat tahan sakit, Arcoxia.

Serius Arcoxia ni satu satunya ubat paling berkesan tahan sakit gigi aku yang dah teruk tahap cipan. Itu pun nasib ada lebih sebab actually ubat ni ubat tahan sakit untuk Encik Tingkerbell masa dia operation lutut dulu. Ada lah dalam 4 papan kat rumah tu. Punya hebat kuasa bodek Encik Tingkerbell sampai boleh mintak kat doktor tiap kali ada check up.

Sebab ubat ni mahal okey. Aku google, sebijik RM6 kot! Kalau sepapan dah ada 10 bijik, bukan dah RM60? Ada 4 papan? Dah RM240 harga Arcoxia kat rumah aku. Nasib panel bayar. Pandai Encik Tingkerbell ni. Pandai pandai.

Bukan tu aku nak cerita okey.

Petang tu sampai klinik, punyalah ramai. Dari 4:00 petang aku sampai, pukul 5:30 petang baru dapat masuk jumpa doktor.

Aku cerita kat doktor apa masalah gigi aku. Sensitif la, tak bole kena usikla, semua aku cerita. Doktor kata dia check dulu.

Masalah gigi aku kat depan tau. Gigi kapak kat depan ni ha. Sekali doktor tengok, die ketuk gigi aku. Dia tanya sakit tak. Of course aku cakap sakit!

D : OOOOOOO.. Ni masalah saraf awak dah mati nih...
A : (Masih tak faham) Maknanya???
D : Awak perasan tak ada benda timbul kat gusi awak ni?
A : Ada. Perasan gak.
D : Tu maknanya saraf awak dah mati. Gigi awak ni dah mati. Dah tak boleh pakai lagi. Ada 2 je cara. Samada buat rawatan akar atau cabut.
A : Takkan nak cabut plak. Rongak la saya. Hehehehehe (Gelak)
D : Tau pun. (Gelak)
A : Berapa pulak kos?
D : RM300 untuk rawatan akar, tapi kena bayar jugak untuk X-Ray RM50, ngan lain lain. So dalam RM400 lebih la. Rawatan ada 2 kali. Kalau awak buat hari ni, nanti ada lagi 1 rawatan lagi la.
A : OOO... Kalau saya bayar separuh dulu boleh? Next rawatan saya bayar balance. Boleh?
D : Boleh. Nak buat hari ni ke?
A : Buat jelah hari ni. Sakit sangat dah ni tak tahan.
D : Okey. Saya tak bagi ubat kebas tau. Sebab nanti bila kebas dah hilang, lagi sakit awak rasa.
A : Hah? Sakit tak buat ni?
D : Tak sakit pun. Rasa macam kena tampal je.

Gong greng gong greng aku dengar macam gerudi, la ape la. Sepanjang buat tu aku tutup mata. Konon macam tidur la. Actually aku tak nak tengok apa yang doktor buat. Takut nanti jadi seram. Pastu bole plak tak sengaja bukak mata. Aku nampak la dawai la, besi la, pastu jarum injection la. Aduhhh.. Nyesal bukak mata. Tak pasal pasal aku nampak 'senjata' yang mengerikan.

Habis treatment, doktor kata kalau gigi rasa sengal sengal dalam 2, 3 hari tu, kira normal la. Dia bagi ubat tahan sakit. Dan ubat antibiotik WAJIB dihabiskan.

Aku rasa macam sekejap je doktor buat. Tapi tengok jam ada lah gak dalam 15-20 minit aku dating ngan doktor tu. Okey, nak tau apa tu rawatan akar? Sila baca. Sumber: http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/Rawatan%20Salur%20Akar.pdf


Rawatan Salur Akar (Rawatan Endodontik)
 

Latar belakang
Rawatan salur akar (rawatan endodontik) merupakan rawatan alternatif bagi gigi yang telah
dijangkiti atau rosak atau mati, agar gigi tersebut tidak dicabut dan boleh terus kekal
berfungsi di dalam mulut.

Apakah ciri-ciri gigi yang memerlukan rawatan akar?
• Gigi yang rosak teruk atau mempunyai tampalan yang besar hingga melibatkan
lapisan pulpa.
• Gigi yang telah mati

Kenapa rawatan salur akar perlu dilakukan?
Rawatan salur akar dilakukan supaya gigi yang rosak itu tidak dicabut yang mana akan dapat
mengekalkan gigitan dan fungsi gigi.

Apakah akibatnya jika rawatan ini tidak dilakukan?
• Ketidakselesaan atau kesakitan akan bertambah teruk
• Jangkitan atau nanah akan terjadi pada gigi tersebut
• Gigi itu mungkin terpaksa dicabut
 
Prosedur
• Rawatan ini mungkin memerlukan satu hingga dua atau lebih temujanji.
• Salur akar (kanal) gigi akan dibersihkan terlebih dahulu dengan menggunakan
peralatan dan ubatan sebelum ianya ditutup.

Bagaimana dengan penjagaan gigi?
Amalkan penjagaan kesihatan gigi seperti biasa. Ingat untuk :
• berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan ubat gigi berflourida.
• kurangkan kekerapan pengambilan makanan manis.
• dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala

Soalan yang kerap ditanya
1. Adakah rawatan ini menyakitkan?
J: Kebiasanya rawatan ini tidaklah menyakitkan. Bius setempat kadang - kadang
digunakan jika perlu.

2. Adakah saya memerlukan korona selepas rawatan salur akar?
J: Rawatan salur akar tidak semestinya memerlukan korona. Rawatan korona hanya
perlu jika kehilangan struktur asal korona gigi sangat teruk.
 
3. Di mana saya boleh mendapatkan rawatan ini?
J: Anda boleh ke klinik pergigian yang berhampiran untuk mendapatkan nasihat,
pemeriksaan dan maklumat lanjut mengenai rawatan ini.

Sumber: Gugel

Sumber: Gugel

Actually aku kena caj RM410 untuk rawatan ni. Yang tak tau pasal rawatan ni mesti kata mahal gila. Kalau yang dah tau pasal rawatan ni mesti kata murah gila. Mana taknya. Pasal gigi sebatang je RM410 terbang melayang. Takpela. Janji gigi ada. Takkan nak rongak plak. Nasib lah kena time bulan yang 'poket berisi' sikit. Cuba kalau kena tapi 'poket kempis.' Mau sejam aku dok pikir nak buat ke tak nak buat ke tak. Kan?

Aku cerita kat bos, kena RM410 untuk buat rawatan akar. Bos kata murah gila. Dulu dia buat kat Australia 10 tahun lepas kena AUD400. Bayangkan sekarang berapa pulak harga. So, bersyukur jela dengan apa yang kita ada yer.


p/s: Sekarang dah boleh gelak kuat kuat cakap kuat kuat, tak yah nangis nangis lagi dah. Hehehehe.. Janji tak rongak okey!

p/s/s: MC dapat sehari je. Encik Tingkerbell suruh mintak je MC 3 hari. Bayar mahal mahal sampai RM400 tapi MC sehari. Rugi! (Erk! Tapape ntah laki aku ni)


Thank you for spending time reading this entry yaw!

14 comments:

  1. macam mana rasa buat rawatan akar tu??sakit x????le story skit sebab saya pun ada masalah sama cm awak... :(

    ReplyDelete
  2. Rawatan akar ni tak sakit pun. Tak rasa pun sakitnya sebab doktor dah bius. Tapi kos je la mahal. Tak sakit don't worry. :)

    ReplyDelete
  3. Dulu awak pernah tampal ke sbelum gigi awak jadi sensitif?

    ReplyDelete
  4. Yup. Pernah tampal dulu. Tapi lama dah. Sebab tu la kot punca gigi jadi sakit macam ni.

    ReplyDelete
  5. lepas awk bt rawatan dalam masa nak tgu next appoinment ada rasa sakit tak?saya rasa sakit lepas 2 hari bt rawatan.doc.cuma bg ubt tahan sakit tp xada ubt antibiotik.skg nk tgu nex appointment dlm 4ari lg.tp gg terasa sakit even da mkn ubt tahan sakit..awk mengalami mcni tak?

    ReplyDelete
  6. Eh takde. Lepas buat rawatan terus rasa ok. Sampai la ke next appointment still ok tak sakit dah. Kira 2nd appointment datang tu sekadar nak complete kan ape yang belum buat la. So far mmg tak sakit dah pastu. Sampai la sekarang ni haaa..

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Buat kat klinik pergigian azlina, medan idaman, gombak. :)

      Delete
  8. Doc perempuan ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doktor ade laki n perempuan. Ikut giliran doktor la hari ape doktor apa.

      Delete
  9. Salam. Nk tanye kos rm410 tu utk sebatang gg ey?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Sebatang je dah RM410. Memang kopak la bulan tu.

      Delete
  10. Assalamualaikum nak tanya sekarang dah tahun 2022 gigi puan masih dalam keadaan baik ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, sekarang dah 2022. Lepas 10 tahun buat rawatan akar ni, gigi masih elok takde masalah pun. :)

      Delete

Takkan baca je kot? Komen tak nak?