Sunday, January 8, 2012

Berdenyut Denyut

Hari Jumaat, Sabtu, Ahad (hari ni) adalah hari aku takde mood, rasa nak mengamuk, rasa sakit, tak sedap hati, sensitif, dan lain lain yang negatif.

Kenapa? Sebab aku menderita sakit gusi. Berdenyut denyut ni. Lagi aku layan tidur, lagi tambah sakit. Macam macam dah aku buat ni. Makan ubat sakit gigi, kumur dengan air garam, kumur listerine, bubuh minyak angin cap kapak, semua aku dah buat. Tapi masih sakit.

Menangis semahu mahunya aku tadi. Sebab tak tahan sakit berdenyut je rasa. Bukan sakit geraham, tapi gigi depan plak tu! Macamana aku nak gigit makanan? TERLALU SENSITIF!

Ni pun aku masih menahan sakit. Aku tengah buat tak tau je dengan gusi aku yang makin lama makin berdenyut sekuatnya. Hampir nak menangis, tapi aku tahan. Aku buat tak tau je.

Mintak mintak esok dah kurang atau baik terus. Kalau tak, macamana aku nak kerja esok? :'(

Okey la nak menangis. Bye.




Thank you for spending time reading this entry yaw!

No comments:

Post a Comment

Takkan baca je kot? Komen tak nak?