Thursday, January 20, 2011

Movie Review #1: Khurafat

Tengahari tadi aku, Encik Tingkerbell, kakak ipar dan adik ipar sempat la pergi ke Galaxy Ampang dan layan cerita Khurafat.

Rayyan? Oh, Rayyan tumpang duduk kat ofis mak mertua. Dia nak tolong tok die buat kerja kat ofis. Hahaha...

Sambung balik.

Well, cerita ni boleh dikatakan best, tapi oleh kerana sound system macam hampeh, potong stim betul!!! Sound jela slow, kejap kuat. Memang potong stim!

Tau camni, baik tengok kat Mid Valley ke, KLCC ke, Wangsa Walk ke...

Boleh dikatakan banyak kali gak aku terkejut, banyak kali gak aku tutup muka dengan bekas popcorn (siap renyuk lagi bekas popcorn sampai lunyai), banyak kali aku tunduk bawah, banyak kali gak aku pegang Encik Tingkerbell kat sebelah, dan banyak kali gak kena marah dengan Encik Tingkerbell sebab pegang die.

Ah, suami sendiri. Bukan orang lain. Pegang orang sebelah kang, marah plak.

Oh yer, dan banyak kali gak aku mencarut. Ini semua gara-gara terkejut.

Memang boleh dikatakan agak seram la cerita ni. Aku boleh katakan tahap seram tu macam tengok cerita seram Korea/Jepun. Cara kamera gerak, cara hantu tu tunjuk muka, and so on.

Kalau korang dah biasa tengok cerita seram Korea/Jepun, korang dah boleh agak hantu tu akan keluar waktu bila dan kat mana.

Tapi cerita ni boleh tahan gak. Ada beberapa tekaan Encik Tingkerbell (pasal hantu tunjuk muka) salah. Hehehe...

Rating aku bagi pada cerita ni, 4 bintang dari 5. Best best.

Kenapa aku bagi 4? Sebab ada beberapa perkara:-

  1. Pasal makcik kerja kat hospital tu. Apa kaitan dia dalam cerita ni? Macam berkait, tapi tak berkait sangat. Itu aku tak paham.
  2. Masa scene kat hutan tu, hantu tu banyak sangat keluar tunjuk muka sampai aku rasa boring dan dah tak terkejut sangat dah. Kira macam kelam kabut sangat la pulak.
  3. Ending tak best. Aku tak nak ending camni. Ending sedih.... Tak suka. T_T (Aku tak nak ceritakan endingnya. Tak best la jadi spoiler. Hahahaha)
  4. Sound system HAMPEH! (Oh, takde kaitan dengan movie ni. Cuma effect kat aku as penonton la)

Kalau sound system ok, maybe aku bagi 4.5 bintang kot. Sebab tak terasa thrill nye la bila sound hampeh camtu.

Tapi cerita ni ada gak best.

  1. Aku suka part hantu-hantu yang muncul sepanjang cerita ni. Tahniah hantu! Anda berjaya membuat saya menutup muka dan menjerit dan mencarut pada waktu serentak. Tahniah!
  2. Masa dia lari dari hantu dan flashback, scene tu best sebab baru la terjawab semua persoalan aku masa tengok cerita ni. Haha
  3. Suka scene Anna toreh toreh tangan dia dengan pisau. Bapak ngeri!!!
  4. Scene kawan Johan drive kereta jenazah, pastu terkejut nampak hantu, pastu terjunam masuk gaung. Pergh! Giler arrh!
  5. Scene Johan dukung pocong. Bapak bangang + berani + bengong dukung pocong malam malam sorang sorang dalam hutan yang gelap gulita. Huhuhuhu... Tapi aku rasa macam menarik. Hehehe

Ikutkan, aku suka scene terkejut-terkejut tu. Hehehehe...

Tahniah la kepada pengarah muda Shamsul Yusof sebab berjaya mengarahkan cerita seram. Lepas ni boleh buat lagi yer. Improve kan pada yang perlu di improve.



p/s: Oh yer, aku masuk panggung lambat sikit. Terlepas satu dua scene kot. Sebab tu la aku rasa macam tak complete je tengok cerita ni. Adoiii... Ni semua popcorn punya pasal.

p/s/s: Dah tengah malam ni. Teringat pulak aku scene scene hantu kat dalam cerita ni. Alaaaaa... Dah la Encik Tingkerbell takde ni. Ok la. Chow! Tido!!!



xoxo

6 comments:

Takkan baca je kot? Komen tak nak?