Sila cari persamaan dalam kesemua perkataan tersebut. Tak tau? Ok, aku nak cite la nih.
10.10.10 (Ahad)
Wah, dah macam diari pulak.
Bangun awal sebab nak siapkan Rayyan, nak siapkan Encik Tingkerbell (ayah Rayyan pun nak kena ibu tolong siapkan), untuk talk show Nasi Lemak Kopi O, macam biasa la. Pukul 7 gerak dari rumah. (Lambat gak la).
Sampai Sri Pentas 7.30 pagi. Encik Tingkerbell pasang-pasang barang, sekejap je. Tengok krew untuk pagi ni tak ramai sangat sebab ramai krew dah pergi ke Terenggganu untuk Sua Rasa, pergi Putrajaya untuk persiapan perkahwinan Dato' Dr. Sheikh Muzaphar Shukor lagi, so tak ramai krew kat studio pagi tu.
Aku dengan Rayyan duduk kat tepi. Rayyan diam je. Baik pulak pagi ni. Sebab belum lapar lagi kan. Then datang Dr. Baby kita iaitu Dr. Zarin Ikmal Zan Bin Mohd Zain. (Panjangnya nama)
Doktor tegur Rayyan baik sebab senyap je pagi ni. Dalam hati, Wah, doktor sangat cute. Hahaha...
Ikutkan, itulah peluang untuk aku tanya pape pasal baby kat Dr. kan, tapi dah time-time tu jugak si Rayyan nak minum susu. So, terpaksa la aku keluar dari studio. Alaa.. Rayyan ni potong stim betul.
Keluarlah aku dari situ bawak Rayyan, pegi ke kereta yang tak jauh je, terus bagi susu dalam kete. Rayyan nak tidur dah, tapi dia nak main lagi pulak. Adoii
So, kembali lah aku ke studio. Tapi terkejut beruk pulak aku tengok studio penuh pulak manusia. Dari mana datang nya manusia ini???
Rupanya, Maher Zain dah sampai. Alaaaa... Kalau Rayyan tak meragam tadi, dah tentu-tentu aku dok sebelah dia. Sebab kerusi aku tadi kat kerusi sebelah dia duduk tu. Alaa.. Ni semua Rayyan la ni.
Dengan kamera handphone cabuk/cikai/cokia ni aku snap pic dengan tangan sebelah je. Sebelah lagi dukung Rayyan. Ini je aku dapat. Cis!!!
Snap gambar ape camni??? Dah la tak boleh zoom!
Serius hangin gile aku ngan kamera handphone aku ni. Dah la dapat snap 1 je. Sebab yang lain semua banyak photographer mane ntah kacau aku. Blok badan aku yang kecik ni. Then, si Rayyan tang tang ni la nak nangis. Ramai sangat kot. Terpaksa la keluar. Tak pasal-pasal kang suara Rayyan nangis masuk TV plak. Adoiii...
Disebabkan aku hangin tak dapat tangkap pic Maher Zain, aku snap pic Drum Simfoni. Lagi best.
Disebabkan aku hangin tak dapat tangkap pic Maher Zain, aku snap pic Drum Simfoni. Lagi best.
Selamba badak je aku naik pentas padahal tengah on air live tu. Nampak tak Dr. Baby kat situ. Hehehe
Pastu selamba badak plak aku pass si Rayyan kat Encik Tingkerbell padahal memang tengah on-air! Wahahahahaha!!!
Masa MZ nak balik tu, dah ada peluang nak snap pic dekat sebab dia lalu depan aku ni. Boleh pulak handphone aku hang. Memang aku sumpah seranah la handphone aku ni. Nak je campak masuk longkang tapi nanti aku nak telefon orang pakai ape pulak kan.
So MZ berlalu begitu saja tanpa aku snap apa-apa.
So Encik Tingkerbell packing barang macam biasa nak balik. Dah pukul 10 kan, balik la ape lagi.
Masa nak ke kereta tu, kebetulan MZ pun nak ke kereta. Aku apa lagi. Nak pergi snap pic 1 je. Last. Boleh pulak si nyah tu cakap tak boleh. MZ nak balik. Tau la PA, tapi tak yah la nak berlagak. Dengan orang lain boleh, dengan kitorang tak boleh. Katanya MZ nak cepat. Bukan ada orang lain. Aku, Rayyan dengan Encik Tingkerbell je. Orang lain takde dah. Tak bagi can langsung. Ni nak marah ni.
Dah dah. Aku tak hadap sangat nak snap pic ngan MZ la. Encik Tingkerbell tak habis-habis sumpah seranah PA dia yang nyah tu. Ntah sape ntah.
So, kitorang direct ke Shah Alam. Mom In Law (Umi) dan Father In Law (Abah) ade pertandingan mancing kat Tasik Shah Alam. Hadiah Rm40,000.00 tu beb. Masyukkkk kalau menang. Tapi apakan daya. Tak dapat pape pun. So, anggap hari tak bertuah ok.
Tapi Encik Tingkerbell dapat tangkap pic ngan kuda MBSA. Hahahahaha...
Itula cerita tak best 10.10.10. Balik rumah, tidur semua. Dengan Rayyan sekali bantai tido. Petang bangun, bawak Rayyan naik motor gi taman jalan-jalan sambil tengok takraw. Nampak gaya Rayyan suka dengan takraw ni. Oh bahaya. Nanti jadi macam ayah. Jatuh, lutut lari, urat lutut putus, operate, tak boleh jalan, tak boleh main takraw. Rayyan jangan ikut ayah ok. No no no no!
Aku dah boring taip panjang panjang. Yang penting, dapat duit kutu ke, dapat increment ke, dapat bonus ke, aku nak beli KAMERA DIGITAL. Tak pun beli handphone canggih manggih kamera 7 MegaPixel. Atau ada sape-sape nak sponsor???
p/s: Encik Tingkerbell kalau tangkap gambar mesti mata tutup. Ape la. Rayyan gak maintain.
rayyan nakal!
ReplyDeletealaa...sygnye xdpt tgkp..patot dye lalu sebelah ko, tngkp je..pakai hp abglong..tula, ajk adik xmo, hp xpenah hang..hahaha
ReplyDeletedie memang lalu sebelah nak snap. tibe2 hp hang. hangin je.
ReplyDelete