Friday, October 22, 2010

Selamat Hari Jadi Anakku, MUHAMAD RAYYAN DANISH


HAPPY BIRTHDAY TO YOU...
HAPPY BIRTHDAY TO YOU...
HAPPY BIRTHDAY TO MUHAMAD RAYYAN DANISH
HAPPY BIRTHDAY TO YOU...

Ibu nak ucapkan Selamat Hari Jadi yang pertama buat anak ibu, Rayyan. Semoga Rayyan jadi anak yang soleh, taat, mendengar kata, baik, handsome, tak nakal, semua yang baik-baik la.

Ibu dan Ayah sayang sangat kat Rayyan.

Tapi Ibu sayang Rayyan sejak Rayyan dalam perut Ibu lagi. Kita dah saling berhubung selama 9 bulan Rayyan dalam perut Ibu kan? Lepas Rayyan keluar, baru Rayyan jumpa Ayah, Opah, Atok, Neknden, Toknden, Makcik makcik, Pakcik pakcik, and the list go on and on.

Tapi kita berdua special kan? Kita berdua dah kenal dulu 9 bulan awal dari diorang-diorang semua tu.

Maknanya apa? Maknanya kita geng! Hahahahahah!

Hadiah Ibu takde apa nak kasi la sayang. Cukup tak kalau Ibu bagi Rayyan kasih sayang sepenuh hati seikhlas jiwa.

Kalau tak cukup pi mintak Ayah. Huhuhu..

Anyway, I will always ♥ U, Muhamad Rayyan Danish.

Once again, Happy Birthday.


♥ ♥ ♥ Muah Muah Muah ♥ ♥ ♥



xoxo

Saturday, October 16, 2010

Maher Zain di NLKO

Maher Zain - Insha Allah

Saje letak video ni. Senang Encik Tingkerbell nak tengok muka dia yang poyo tu kat TV. Hehehe...

Friday, October 15, 2010

"CUTEST BABY CONTEST" Bersama Sinar Raudah

Kali ini contest ini dianjurkan oleh Cik Amy dari Blog Sinar Raudah. So gambar yang akan dipertaruhkan adalah,

.
.
.
.
.
.

Nama Si Manja: Muhamad Rayyan Danish
Umur Si Manja: 11 bulan
Nama Ibu Si Manja: Nurhasni Binti Alias

Kalau sesiapa nak join jugak, marilah beramai-ramai klik pada link ini yer:-


Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Oktober 2010 tepat pukul 11.59 pm.

So, GOOD LUCK!!!



Thursday, October 14, 2010

The Way They Sleep Giveaway

Ok, GA kali ini agak menarik yer. The Way They Sleep GA ini dianjurkan oleh Cik Fizah.

Gambar bertuah itu adalah...

.
.
.
.
.
.
.
.


Nama: Muhamad Rayyan Danish
Umur: 11 bulan (22hb Oct ni cukuplah setahun yer)

Ikutkan Rayyan ada banyak stail tidur yang pelik-pelik. Tapi tak pernah snap pun. Ni pun kebetulan ayah Rayyan ni snap sebab tiap-tiap pagi Rayyan mesti tidur macamni. Solat Subuh kot. (Kebanyakan baby tidur camni la rasanya. Hehehe)

Papehal pun, marilah beramai-ramai join GA ini yer. Klik SINI. So, Good Luck!!!


Saya Nak Beg Itu ~ Giveaway

Aku nak join lagi GA ni. Sangat menarik sebab dapat tote bag ni. Banyak guna nih. Cantik pulak tu.

Nak tau lebih lanjut klik SINI ok!

Kalau ada rezeki InsyaAllah kan. Mari join beramai-ramai!


Update: Tarikh tutup asal adalah pada 3 Nov 2010, tetapi telah dipercepatkan pada 30 Oktober 2010. Harap Maklum.


Rayyan Yang Bijak & Nakal


Kesian si Qaisara kena lepuk ngan Rayyan. Tangan dia memang laju je nak melepuk orang. Kadang-kadang ibunya sendiri pun kena lepuk ngan Si Rayyan nih.




p/s: Ibu Qaisara, Cik Yanti jangan marah yer. Budak-budak la katakan. Hehehehe

Wednesday, October 13, 2010

Aksi Comel Rayyan


Perlu berterima kasih kepada Apis kerana upload video comel ini di Youtube. Rayyan memang comel!

Monday, October 11, 2010

Maher Zain, Nasi Lemak Kopi O, Handphone, 10.10.10



Sila cari persamaan dalam kesemua perkataan tersebut. Tak tau? Ok, aku nak cite la nih.

10.10.10 (Ahad)

Wah, dah macam diari pulak.

Bangun awal sebab nak siapkan Rayyan, nak siapkan Encik Tingkerbell (ayah Rayyan pun nak kena ibu tolong siapkan), untuk talk show Nasi Lemak Kopi O, macam biasa la. Pukul 7 gerak dari rumah. (Lambat gak la).

Sampai Sri Pentas 7.30 pagi. Encik Tingkerbell pasang-pasang barang, sekejap je. Tengok krew untuk pagi ni tak ramai sangat sebab ramai krew dah pergi ke Terenggganu untuk Sua Rasa, pergi Putrajaya untuk persiapan perkahwinan Dato' Dr. Sheikh Muzaphar Shukor lagi, so tak ramai krew kat studio pagi tu.

Aku dengan Rayyan duduk kat tepi. Rayyan diam je. Baik pulak pagi ni. Sebab belum lapar lagi kan. Then datang Dr. Baby kita iaitu Dr. Zarin Ikmal Zan Bin Mohd Zain. (Panjangnya nama)

Doktor tegur Rayyan baik sebab senyap je pagi ni. Dalam hati, Wah, doktor sangat cute. Hahaha...

Ikutkan, itulah peluang untuk aku tanya pape pasal baby kat Dr. kan, tapi dah time-time tu jugak si Rayyan nak minum susu. So, terpaksa la aku keluar dari studio. Alaa.. Rayyan ni potong stim betul.

Keluarlah aku dari situ bawak Rayyan, pegi ke kereta yang tak jauh je, terus bagi susu dalam kete. Rayyan nak tidur dah, tapi dia nak main lagi pulak. Adoii

So, kembali lah aku ke studio. Tapi terkejut beruk pulak aku tengok studio penuh pulak manusia. Dari mana datang nya manusia ini???

Rupanya, Maher Zain dah sampai. Alaaaa... Kalau Rayyan tak meragam tadi, dah tentu-tentu aku dok sebelah dia. Sebab kerusi aku tadi kat kerusi sebelah dia duduk tu. Alaa.. Ni semua Rayyan la ni.

Dengan kamera handphone cabuk/cikai/cokia ni aku snap pic dengan tangan sebelah je. Sebelah lagi dukung Rayyan. Ini je aku dapat. Cis!!!

Snap gambar ape camni??? Dah la tak boleh zoom!

Serius hangin gile aku ngan kamera handphone aku ni. Dah la dapat snap 1 je. Sebab yang lain semua banyak photographer mane ntah kacau aku. Blok badan aku yang kecik ni. Then, si Rayyan tang tang ni la nak nangis. Ramai sangat kot. Terpaksa la keluar. Tak pasal-pasal kang suara Rayyan nangis masuk TV plak. Adoiii...

Disebabkan aku hangin tak dapat tangkap pic Maher Zain, aku snap pic Drum Simfoni. Lagi best.

Selamba badak je aku naik pentas padahal tengah on air live tu. Nampak tak Dr. Baby kat situ. Hehehe

Pastu selamba badak plak aku pass si Rayyan kat Encik Tingkerbell padahal memang tengah on-air! Wahahahahaha!!!

Susah pulak si kecik ni nak pandang kamera. Lantak la.

Masa MZ nak balik tu, dah ada peluang nak snap pic dekat sebab dia lalu depan aku ni. Boleh pulak handphone aku hang. Memang aku sumpah seranah la handphone aku ni. Nak je campak masuk longkang tapi nanti aku nak telefon orang pakai ape pulak kan.

So MZ berlalu begitu saja tanpa aku snap apa-apa.

So Encik Tingkerbell packing barang macam biasa nak balik. Dah pukul 10 kan, balik la ape lagi.

Masa nak ke kereta tu, kebetulan MZ pun nak ke kereta. Aku apa lagi. Nak pergi snap pic 1 je. Last. Boleh pulak si nyah tu cakap tak boleh. MZ nak balik. Tau la PA, tapi tak yah la nak berlagak. Dengan orang lain boleh, dengan kitorang tak boleh. Katanya MZ nak cepat. Bukan ada orang lain. Aku, Rayyan dengan Encik Tingkerbell je. Orang lain takde dah. Tak bagi can langsung. Ni nak marah ni.

Dah dah. Aku tak hadap sangat nak snap pic ngan MZ la. Encik Tingkerbell tak habis-habis sumpah seranah PA dia yang nyah tu. Ntah sape ntah.

So, kitorang direct ke Shah Alam. Mom In Law (Umi) dan Father In Law (Abah) ade pertandingan mancing kat Tasik Shah Alam. Hadiah Rm40,000.00 tu beb. Masyukkkk kalau menang. Tapi apakan daya. Tak dapat pape pun. So, anggap hari tak bertuah ok.

Tapi Encik Tingkerbell dapat tangkap pic ngan kuda MBSA. Hahahahaha...


Itula cerita tak best 10.10.10. Balik rumah, tidur semua. Dengan Rayyan sekali bantai tido. Petang bangun, bawak Rayyan naik motor gi taman jalan-jalan sambil tengok takraw. Nampak gaya Rayyan suka dengan takraw ni. Oh bahaya. Nanti jadi macam ayah. Jatuh, lutut lari, urat lutut putus, operate, tak boleh jalan, tak boleh main takraw. Rayyan jangan ikut ayah ok. No no no no!

Aku dah boring taip panjang panjang. Yang penting, dapat duit kutu ke, dapat increment ke, dapat bonus ke, aku nak beli KAMERA DIGITAL. Tak pun beli handphone canggih manggih kamera 7 MegaPixel. Atau ada sape-sape nak sponsor???


p/s: Encik Tingkerbell kalau tangkap gambar mesti mata tutup. Ape la. Rayyan gak maintain.

Thursday, October 7, 2010

Shaira's Wedding

Shaira's wedding at Grand Ballroom, Sunway Hotel & Spa on 03.10.10. Supposedly letak picca pengantin kan? Tapi unfortunately picca jemputan (staf TRC) yang banyak. Pengantin jauh sangat. Kamera plak cikai. Ni pun cilok picca Eza dari FB. Hehehe...

Anyway, pengantin memang sangat² gorgeous dan sangat cantik. Sorry takde pic yer Shaira. Tahniah buat pengantin baru...

Shairah Binti Abdul Rahim
dan suami
Razman Bin Dato' Rahim

Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Ni sedikit sahaja pic yang aku masukkan k. Bukan ade gambar pengantin pun. Hehehe...

Rayyan yang dah boring nak balik. Dah la Encik Tingkerbell takde. Kami berdua je ni datang.
Masa nak balik. Semua gila posing.

Gambar posing gile banyak kot. Semua gila nak jadi model nih.

Rayyan dengan tuan punya kamera, Cik Eza. Sorry Eza, Rayyan dah mengantuk sangat time ni...
...dengan Cik Misya si BG.

Ape lah Rayyan, senyum tapi pakai puting. Hilang macho.

OK, posing terhebat diberikan Rayyan.

Hebatla sangat. Cheh!~

Kami 1st Giveaway


Satu lagi GA yang aku nak join yang telah dianjurkan oleh Kak Yanti.

Tarikh tutup adalah pada 30 Oktober 2010. Untuk mengetahui syarat²nya sila klik SINI, ok! Good Luck!

Sararisa 2nd Anniversary Giveaway

Aku pun nak sertai GA yang dianjurkan oleh Sararisa ni. Hadiah yang sangat best!

Kalau nak join pun bole, tarikh tutup adalah pada 17 Oktober 2010 jam 5 petang.

Sila klik SINI untuk mengetahui syarat²nya ok! Good luck semua!